TWMA #1

339 9 0
                                    

Setelah hampir 2 bulan bercuti, kini aku bergelar murid darjah 1. Sekolah baru, kawan baru, baju baru, cikgu baru... semua baru. Disebabkan Ayah dinaikkan pangkat sebagai CEO King Holding, kami sekeluarga terpaksa berpindah ke Bandaraya Kuala Lumpur. Secara tidak langsung, aku terpaksa berpisah dengan Aqil dan Aqish yang akan memasuki Sekolah Rendah di Melaka.

Kereta Toyota Camry yang dipandu ayah membelah kesibukan pagi di Bandaraya Kuala Lumpur untuk menghantar kami 3 beradik ke sekolah yang jauhnya mengambil masa lebih kurang 15 minit. Urusan pertukaran sekolah Abang dengan Kakak telah dibuat awal-awal, yang tinggal hanya aku yang perlu mendaftarkn diri pada hari ini.

7 minit berlalu bagaikan 7 tahun menunggu, excited gila nk jumpa kawan baru. Berkali-kali aku selongkar bag sekolah berwarna hitam dengan gambar kucing diatasnya bagi memastikan segala alat tulis dan buku tidak tertinggal.

"Pensil ada, pembaris ada, buku nota ada, botol air ada... bla bla bla..."

Abang Eirfan dan Kak Ezzaty yang duduk disebelah kanan dan kiri aku kerling seketika. Jari masing² sibuk meniti di atas handphone.

Abang Eirfan Hairul, bakal mengambil peperiksaan SPM di SMJK(C) Beryl Height tahun ini. Kakak Ezzaty Husna pula merupakan pelajar baru tingkatan 2 di SMK(P) Methodist. Aku pula bakal menghabiskan 6 tahun persekolahan di SK Taman Maryland sebelum melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah. What a sad lyfeuuu.

Usai sahaja menghantar abang dan kakak, kami bertolak ke SKTM.

●●●

"Puan isi borang ni dan bayar yuran RM30. Nanti buku dan kelengkapan lain kami akan edarkan ke kelas anak puan." Ujar cikgu yang bernama Tia kepada mama yang sedang mengambil pen dari dalam beg tangannya.

Kami diminta untuk beratur mengikut kelas masing². Ada 4 kelas kesemuanya, 1 Bestari, 1 Cergas, 1 Ikhlas dan 1 Jujur. Agaknya budak yang masuk kelas Ikhlas mesti ikhlas bila buat kerja dan kalau kelas Jujur, semua budak jujur? Kan kan kan?! Saya kunci jawapan saya!! Tetiba

1 kad yang tertulis nama Hanania dan Kelas 1 Cergas dipinkan oleh mama di uniform sekolahku yang putih suci mulus gebus gebas lipas! I bet baju ni sehari je bertahan, esok mesti segala taik lalat, cendawan, kulat, siput babi pesemua tumbuhh!

Langkah ku atur ke arah seorang kakak yang memegang sehelai kertas dengan tulisan 1 Cergas di atasnya lalu berbaris di belakang beberapa budak lain.

●●●

Masuk sahaja ke dalam kelas, sssuuuppp meja paling depan dan dekat dengan pintu menjadi pujaan hati. Mama kat belakang tidak dihiraukan, asalkan aku dapat meja paling dekat dengan pintu. Senang nk lari pecut masa loceng berbunyi.

Tiba-tiba, seorang budak lelaki yang giginya senget duduk di sebelah aku, seorang wanita sebaya mama berdiri di sebelahnya.

"Hi Hanania? boleh anak aunty duduk dekat sini? Kalau duduk dekat belakang nanti dia main²" kata wanita itu tiba-tiba.

"Boleh je Aunty, saya pun takda kawan hehe. Aunty boleh panggil Nia je" balasku ramah.

Mama yang baru siap berbual dengan beberapa ibu dekat luar mendekati aku lalu menyalami aunty itu.

"Saya Reen, baru pindah sini ke? Tak pernah nampak pun" tanya Aunty itu

"Saya Syaf. Ya saya, kami baru je pindah KL ni dari Melaka, ikut suami bekerja." Balas mama.

●●●

"

Aku? Diam membatu. Maklumlah baru kenal, malu-malu anjing.

"Hi" manusia disebelah menegur. Aku toleh ke kanan, dia cakap dengan aku kan? Budak lelaki itu tersengih memandang aku... 'Dah kenapa budak ni? Taula aku comel' (mata keatas tangan ke bahu)

"Nama awak apa?"
"Mak ayah awak mana?"
"Awak nak lollipop tak?"
Lolipop didalam mulutnya dikeluarkan lalu disuakan kepada aku.

"Errrr..." aku menggaru kepala yang tak berapa nak gatal. Banyak pulak soalan budak ni, aku bunuh pakai lollipop kau tu kang. Eh tabaik-tabaik, Nia kan nak masuk syurga.

"Am! Kenapa pengotor sangat? Bagi la yang baru. Haishh... sorry ye sayang... anak aunty ni selekeh sikit" sebatang lollipop baru berperisa Tembikai diambil lalu diberikan kepada aku. "Terima kasih aunty"

"Sayang nama apa? Parents dekat mana? Dah breakfast? Mana kawan lain?" Soal aunty itu umpama hendak menemu ramah calon menantu pilihan hihi... 'Kau dah gatal sangat ke Nia? Baru darjah 1 dah merenyam' kutuk hatiku.

"Nama saya Airin Elena Hanania, aunty bole panggil Nia jeee. Patu err mama dengan ayah dah balik. Dah breakfast dah dekat rumah tadi, patu saya tak ada kawan aunty...kawan saya pegi sekolah lain, dorang tak sayang saya latu" aku memuncungkan mulut. Aunty itu ketawa mendengarkan jawapanku.
"Comel la kamu ni hahaha. Nia boleh panggil aunty, Aunty Ammylea. Ni anak aunty" kepala anaknya diusap perlahan

"Saya Tengku Ammar Mikael, nak senang panggil je Am... Lagi satu, saya pun tak ada kawan HAHAHAHAHA" dia galak ketawa menunjukkan giginya yang sedikit senget dan tidak normal itu. 'Apa yang lawak pon tak tau la adeh...'

"Kita kawan boleh?" tanya Am tetiba.

"Boleh! Lagipun Nia tak ada kawan kat sini hehe" balasku pula.

"Ok lah Am, mama dengan papa balik dulu ye, ada kerja nak buat. Nia, aunty balik dulu, kalau ada apa-apa... cakap je dekat Am" Aunty Ammy berlalu pergi setelah berbual sebentar dengan beberapa orang guru "Bye mama!" Ammar melambai ke arah mama dan papanya.

Selang beberapa minit, kedengaran suara cikgu yang bertugas memanggil. "Murid kelas 1 Bestari sila beratur di sini" terpusu-pusu kami bangun lalu menuju ke arahnya. "Sila beratur dua orang sebaris" tambahnya lagi...

"Nia, sini la" aku melihat Am yang sudah berbaris dan terus bergerak ke arahnya.

♥♥♥
(956 words)

Maafkan beta kalau hambar😭.
Hit that tiny little star for me and do comments!!

Till We Meet Again (IN EDITING)Where stories live. Discover now