TWMA #2

289 9 4
                                    

Setelah 2 minit berperang dengan beberapa orang budak untuk mendapatkan tempat duduk di tepi pintu. Akhirnya!! Aku terpaksa duduk di tengah-tengah kelas setelah ditentukan guru kelas kami. Am pula duduk di sebelah aku setelah mendapat keizinan guru kelas.

"Baiklah, selamat pagi murid-murid, saya Cikgu Nik sebagai guru kelas dan guru bahasa melayu kamu untuk tahun ini. Jika ade apa-apa masalah, boleh cari saya" ucap Cikgu Nik di hadapan kelas.

Tiba-tiba...

"Cikgu, panaslah dekat sini"

"Cikgu, bila boleh balik?"

"Cikgu, saya lapar!"

Bla bla bla! Gamat suasana bilik darjah untuk seketika apabila masing-masing sudah mulai bosan.
"Dah, dah! sekarang tolong keluarkan buku tulis dan salin ayat ni. Cikgu nak kamu tulis balik ayat tu sebanyak 10 kali." Baru saja Cikgu Nik hendak menulis ayat di papan putih, suara-suara murai mula berkumandang

"Cikgu! Abu patahkan pensel saya! Huwaaaaaa..."

"Cikgu!! Nazmi kencing dalam seluarrrrrr!"

Erkkk? Budak-budak kelas aku bertempiaran lari menjauhi Nazmi termasuk aku dan Am yang duduk selang semeja di hadapan Nazmi. Masing-masing tergelak geli hati dengan reaksi spontan Nazmi yang terus saja meluru ke bilik air, kerusi miliknya yang sedikit basah tidak dihiraukan.

"Kamu semua duduk dalam kelas dan tolong senyap, cikgu nak pergi bilik guru kejap.
'Sabar lah cikgu, Nia tau cikgu mampu menempuhi segala cabaran dan dugaan yang mendatang untuk hari dan tahun seterusnya! Hahah!!' bisik hatiku.

◈◈◈◈◈◈

Ku Tiaw goreng yang dimasak mama pada pagi tadi menjadi santapan aku pada waktu rehat. Aku dan Am sama-sama berjalan menuju ke kantin sekolah yang terletak di blok sebelah kelas aku. Satu meja yang dipayungi batu berbentuk cendawan menarik perhatian kami untuk duduk disitu.

"Awak makan apa?"soal aku kepada Am.

"Saya makan nasi goreng ikan masin, awak nak?" Aku mengangguk perlahan.

"Bukak mulut" lalu disuapkan aku sesudu nasi goreng.

"Sedap, pandai mama awak masak. Nak Ku Tiaw?" Aku suakan pula makanan kepadanya.

"Ku Tiaw ke Kue Tiaw? Hahaha. Takpela, saya tak berapa suka Kue Tiaw" gigi senget ditunjukkan lagi.

"Hi!" Panggilan dari arah belakang menyentak perbualan kami berdua.

"Hi jugak!" Kami membalas kembali.

"Boleh saya duduk dengan awak berdua?" soal budak perempuan bertocang itu.

"Boleh, mari lah duduk sini"

◈◈◈◈◈◈

KRINGGGGGGGGG!!

"Yeayyyyy" semua bersorak riang menandakan tamatnya waktu persekolahan. Masing-masing melangkah keluar dari kelas, menuju ke arah pagar sekolah menunggu ibu bapa masing-masing.

"Bye Am! Bye Nia! Esok jumpa lagi" pamit Maya sebelum melangkah ke arah sebuah kereta. Maya? Kawan baru la hehe, ala yang tegur dekat cendawan tadi tuuu.

"Nia, awak tinggal mana?"

"Rumah" terus sahaja lengan aku yang beralaskan baju kurung dicubit.

"Adooooo!! Am! Sakit la! Bagitau aunty Ammylea nanti" aku menjelir ke arahnya

"Bagitaula, tak takut pon. Esok jangan tegur saya dah! Makan sorang, patu tanak duduk sebelah awak dah. Saya nak tukar dengan Nazmi HAHAHA padan muka!!" Ugut pulak dah.

Till We Meet Again (IN EDITING)Where stories live. Discover now