Bab 1

392 24 1
                                    

if there is always a lies,
there will be trust?


"Imani!" Suara yang sedikit kuat memanggil itu menyentakkan gadis yang jauh memandang ke depan.

"Apa?" tanya gadis itu atau lebih dikenali Imani di kalangan rakan-rakannya. Dia seakan-akan baru tersedar. Dikalih mukanya memandang kawannya yang sedang berdiri itu.

"Kau tak dengar aku panggil? Ni mesti sebab kau mengelamun lagi kan? Buku kat depan tapi otak ke lain!" ujar gadis yang berdiri di tepi meja Imani itu. Dia sedikit merungut.

"Ada apa kau panggil aku, Lia?" Imani menukar topik. Dia malas nak mengiyakan tekaan rakannya itu. Memang tadi dia mengelamun pun.

"Kau menung kan apa?" tanya Liana ingin tahu. Setiap kali kawannya ini berseorangan selalu termenung.

"Tak ada apa," balas Imani lalu memandang kembali buku di atas meja belajar. Liana menjuling mata ke atas. Bila ditanya itu sahaja jawapannya.

"Kau nak cakap apa tadi?" Imani kembali mengingatkan Liana tujuan memanggilnya tadi.

"Ah... aku nak bagitahu pasal esok ni. Semua pelajar dibenarkan balik. Aku dengan Shira nak balik. Kau?" ujar Liana atau nama penuhnya Nurul Liana. Untuk soalan ini sepatutnya dia tidak perlu tanya, pastinya semua pelajar mahu pulang ke rumah bila diberi cuti tapi bukan bagi Imani Qistina.

Bagi Imani cuti ataupun tak sama sahaja. Terperap dalam bilik asrama adalah pilihannya. Jarang dia balik. Kalau balik pun boleh bilang dengan jari berapa kali setiap tahun. Sikap pelik yang ada dalam diri Imani tapi itu semua tidak menjejaskan hubungan erat yang terjalin antara dia dan Imani. Malah semua kawan suka berkawan dengan Imani. Seorang yang happy go-lucky walaupun kadangkala sedikit misteri.

Imani berpaling memandang Liana yang sudah mengambil tempat di katil miliknya itu. "Malaslah aku nak balik!" Jawapan Imani membuatkan Liana menghela nafas. Dah agak pasti itu jawapannya.

"Kau kena balik la Imani. Cuti kali ni panjang. Seminggu kot. Kalau kau tak balik aku risau kau tinggal seorang-seorang kat bilik ni," pujuk Liana. Memang dia sangat risaukan keselamatan Imani. Dahlah perempuan kalau jadi apa-apa macam mana.

Imani mengeluh. Kalau ikutkan dia memang malas nak balik tapi betul juga kata kawannya itu. Tinggal seorang-seorang dalam bilik dengan semua pelajar majoriti balik pasti mengundang bahaya walaupun dia sedikit pun tidak takut.

"Yelah... aku balik!" Kata putus dari Imani. Dia tidak mahu membuat kawannya itu risau.

Liana tersenyum lebar. Nasib baik tak datang degil kau Imani! desis Liana dalam hati.

"Aku nak kemas barang dulu. Bila kau nak telefon parents kau?" Liana mencapai beg beroda dibawah katil. Dia perlu berkemas sekarang memandangkan hari sudah petang. Esok pagi parents dia sampai dari Kedah. Takut kalut pula malam ni. Lagipun dia memang tidak sabar hendak pulang ke kampung halaman. Seronoknya!

"Sekejap lagilah aku telefon," ujar Imani malas. Dia menyambung kembali menyiapkan assignment yang diberi itu.

***

"Minum, bang," pelawa seorang wanita anggun. Datin Aisyah meletakkan secawan kopi kegemaran suaminya itu di atas meja di halaman rumah mereka.

"Hmm." Dato' Azlan meletakkan surat khabar yang dibaca tadi di atas meja kopi. Dia mengambil cawan itu lalu mencicip perlahan.

Waktu-waktu petang begini masa selalunya dihabiskan bersama isteri sambil bersantai menikmati minum petang setelah seharian berada di pejabat.

[Edit] Cik Mafia & Encik PolisWhere stories live. Discover now