if there is always a lies,
there will be trust?
Imani resah di pembaringan. Mukanya sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Dahi Imani di penuhi peluh. Tidurnya terganggu.Tersergam sebuah rumah agam yang indah di hadapannya. Imani mengorak langkah untuk masuk. Dia menguak pintu utama yang sedikit terbuka itu. Memandang sekeliling ruang tamu yang menjadi tatapan pertamanya setelah masuk. Seakan pernah dia melihat ruang ini. Tapi di mana?
Bunyi seperti benda jatuh menarik minatnya untuk mendekat. Kaki dituju ke arah sebuah bilik di tingkat dua.
Bila kakinya berhenti di pintu sebuah bilik, Imani dapat lihat banyak buku yang bertaburan di lantai. Dia memandang ke satu arah apabila sebuah buku betul-betul tercampak di hujung kaki.
Terlihat satu figura menyerupai lelaki yang sedang terbongkok mencari sesuatu. Habis di geledahnya semua tempat. Imani tidak dapat melihat muka lelaki itu kerana keadaan yang gelap tambahan dengan figura lelaki itu seperti bayang-bayang hitam yang tidak jelas.
Apabila lelaki itu seperti berura-ura hendak pergi, Imani cepat-cepat menyorok. Mengelakkan diri dari di lihat lelaki itu. Kemudiannya dia mengikut setiap derap langkah yang menuju ke atas. Mungkin ke sebuah bilik?
Persoalannya terjawab bila lelaki itu berhenti di sebuah bilik. Seperti bilik utama. Nampak mewah dan besar. Imani ikut masuk ke dalam apabila lelaki itu dengan kuat menolak pintu tersebut.
Dia menyorok di tepi sebuah pasu besar. Memasang telinga sambil mata tidak lepas memandang dua orang yang sedang bertekak. Dia melirik kearah seorang lelaki tua yang sedang duduk bersandar di katil. Sesekali terdengar dia terbatuk perlahan.
"Kat mana kau letak surat tu?" jerkah lelaki yang berdiri. Mukanya nampak marah. Kedua-dua tangan digempal seperti menahan rasa yang memuncak.
YOU ARE READING
[Edit] Cik Mafia & Encik Polis
RomanceCredit for cover::@HeyL_AryaN Imani Qistina seorang gadis yang happy go-lucky tapi berubah setelah kematian atuknya. Bagi Imani kematian atuknya adalah satu pembunuhan. Untuk menuntut keadilan, Imani sanggup memperjudikan hidup. Meskipun menjadi seo...