vol. 6

62 4 3
                                    

Nurse Harapan menarik nafas dalam dalam dan menahan kemarahannya.

Pesakit katil no 7 . Seorang lelaki muda berumur 20-an mula membaling kesemua barang-barang disekeliling katilnya . Botol air , mug , pasu bunga , pen , teddy bear dan tray alatan jahitan surgical bertaburan di lantai . Baru dimasukkan awal pagi tadi di ER kerana accident motosikal di persimpangan Amanjaya Mall.

" AKU TAKNAK LA KENA JAHIT KAKI AKU ! BURUK LA ! ARGHHHHHHH PFFFPHFHF "

Kedengaran jeritannya di seluruh wad kecemasan Hospital Bangtan. Walaupun lelaki tersebut terbaring di atas katil sambil meronta-ronta tangannya untuk membaling barang , helmetnya masih belum dibuka .

Kata paramedik yang menghantarnya tadi , helmet tak dapat dibuka kerana ikatan lock tersepit dan lelaki tersebut enggan membuka helmetnya , kononnya helmet baru.

" ENCIK BERSABAR YE , MEH SINI SAYA CUBA GUNTING TALI HELMET CIK " Dr Jeman cuba mendekati lelaki tersebut step by step dengan gunting di tangan . Perlahan-lahan dengan penuh hati hati , kang tergunting jari dia , tak boleh la nak sarung cincin waktu pernikahannya nanti.

Namun , cubaan Dr Jeman gagal apabila lelaki tersebut memandang matanya , dengan pandangan yang begitu tajam . Terkejut Dr Jeman , tidak pernah dia lihat pandangan mata yang begitu ganas dan bengis , setanding dengan ngauman Malayan Tiger di Zoo Negara.

Attendan Namjoon juga kelihatan teragak-agak dari bucu katil , di tangannya ada injection penenang untuk lelaki tersebut namun belum apa-apa lagi , dia tidak sengaja mematahkan jarum tersebut.

Maka Nurse Harapan , Dr Jeman dan Attendan Namjoon hanya mampu mengeleng kepala.

---

Tatkala pergaduhan tersebut berlaku , Dr Suga baru masuk sahaja tiba di kawasan ER , ditemani semangkuk Maggi Asam Laksa bersama USA ( udang , sotong dan ayam ) . Niatnya hanya mahu cari sos cili dari Nurse Harapan , namun dilihat keadaan yang kucar kacir seakan diserang zombie , maka Dr Suga mencelah

" Apsal ni bising-bising ? Den nak cari sos cili asalnyo "

" DOKTOR !!! TOLONG PLEASE!! " Nurse Harapan melompat-lompat dan mengadu domba kepada Dr Suga .

" Umur 20-an , TA patient yang taknak kasi kerjasama . Ghoyak juto kali tokse terima rawatan ." Attendan Namjoon menjelaskan keadaan kepada Dr Suga.

Dengan mengangguk-anggukan kepala , terus dengan rileknye Dr Suga menghampiri lelaki tersebut.

" hOi ! jaNgAn dAtanG dEkaT !! " lelaki tersebut mengarah dalam keadaan ketakutan, sambil mengacukan pisau surgery yang diambilnya tadi ke arah Dr Suga

" Rilek ye encik , saya nak rawat kaki encik ni je. Tolong bagi kerjasama- "

belum sempat Dr Suga menghabiskan ayatnya , lelaki tersebut mengamuk

" ACIK KAU NAK RAWAT KAKI AKU , KO NAK GUNTING HELMET AKU KAN ? KAKI AKU OK JE LA HAAAA JANGAN DATANG DEKAT !!!! "

Tanpa menghiraukan orang lain , Dr Suga menghembus nafas dan meluru ke arah kaunter ER , mengambil alatan surgical baharu dan bersiap sedia memakai glovenya.

Dr Jeman mengangguk tanda faham dan matanya mula berpinar-pinar tanda mode fanboy bermula. Attendan Namjoon masih tercegat di sebelah dan Nurse Hope sudah tersengih-sengih.

Ketiga-tiga mereka membisik dengan penuh kegedikan " tsundere mode,,,,,dr SuGa ?!?!???!?"

Dan ketika itu juga , tiba-tiba ada angin yang meniup. Rambut blonde Dr Suga ditiup-tiup , menampakkan tekstur warna yang suci serta jawlinenya yang tajam . Bibirnya yang seakan-akan Snow White pula menyerlahkan lagi wajah putih Dr Suga , ala-ala vampire .

Terus meluru ke arah lelaki itu , dia mengeluarkan injection penenang yang baharu sambil berkata

" Atok kau ke , Acik kau ke , aku nak tengok kaki ko je "

"nOOoooOooOoOooOoOoOO" lelaki tersebut bertindak dengan lebih ganas dengan membaling buah pisang yang ada di atas meja sebelahnya.

" PAK! "

maka sebatang pisang pun hinggap di muka Dr Suga.

Ternganga habis orang-orang disekeliling , termasuk Dr Jeman , Nurse Harapan , Attendan Joon , acik cleaner , kucing , pesakit lain , dan juga Dr Min, yang baru sahaja tiba di ER tersebut.

Dengan penuh gaya , Dr Min pun mencelah .

" Apsal ni ??? "

" Dr ? Tolong ni ha , patient mengamuk . Dr Suga yang dah layan dia ni pun kena pukul dengan pisang " jelas Attendan Namjoon kepada Dr Min.

Dr Min menggeleng kepala dan ketawa kecil

" Cis , minah mana ni gelak kat aku " getus hati kecil Dr Suga . Baru sahaja nak jadi hero , tiba-tiba digelakkan pula.

" Mari sini saya tolong , bukan begini cara untuk settlekan " kenyit mata Dr Min ke arah Dr Suga

" Cis buat kali kedua , tak guna minah ni . Dia mempersoalkan kerjaya aku ke ni ? " getus lagi hati kecil Dr Suga. Maruahnya hampir tercalar akibat tamparan pisang puaka tu . Ini pula ditambah komen doktor wanita yang tidak dikenalinya .

" Encik ? Encik ada masalah untuk buka helmet tu ke ? " dengan penuh sopan dan cute Dr Min bertanya lelaki tersebut .

Kali ini , lelaki tersebut hanya terdiam sementara .

" Er , dekat sikit boleh doktor ? Nak bisik ni " Lelaki tersebut bersuara.

Ternganga lagi sekali orang disekeliling termasuk Doktor Suga , Doktor Jeman , Nurse Harapan , Attendan Joon , pesakit lain dan juga acik cleaner.

" aik ? tak mengamuk pulak ??" Dr Suga mengomel sendirian. Pelik . Perempuan ni dah kenapa ?

"Pssst....Doktor.....Sebenarnya........"

"Sebenarnya apa ?? "

" Iphone saya tersangkut dalam helmet......Malula kalau bukak sekarang "ujar perlahan lelaki tersebut. Malu takut digelak orang ramai.

Maka ketika itu , Dr Min mula mengambil alih dan merawat lelaki tersebut . Langsir ditarik dan ditutup supaya orang luar tak nampak.

" Haaa , kalau sekarang saya buka helmet awak , tak apa kan ??"

" Okay, pelan pelan tau . Sakit ni telinga, kena kepit dengan Iphone "

Dr Suga cuba mencuri-curi lihat sebalik langsir. Curious . Apa la perempuan ni buat sampai lelaki ni boleh menyerah .

Dr Min terus menggunting tali helmet lelaki tersebut sambil berkata

" dalam kiraan 3 , kita tarik sama-sama ok ?"

" hehe , baik doktor cantik "

Disebalik langsir , Dr Suga yang mendengar perbualan mereka menahan kemarahan.

" Ceh , bab perempuan cantik kau laju je ek ? Takdelah cantik mana pun"

"1"

"2"

"3"

Helmet lelaki tersebut dibuka perlahan-lahan. Iphone yang terlekat dalam helmet jatuh berkecai , dan rambut ikal mayang lelaki tersebut jatuh menutupi sebahagian muka . Basah kuyup kerana peluh .

Namun secara tiba-tiba sahaja , angin sepoi-sepoi datang meniup dan mengerbangkan rambut lelaki tersebut. Rambut hitam yang sedikit wavy menampakkan rupanya yang gila-gila handsome.

Dan yang menyaksikan kejadian tersebut adalah Dr Suga.

dan dia terus jatuh terduduk sambil membisik kepada diri sendiri

" Tak guna engkau , McD Delivery Boy Jeon. "

______________________________________

Ha amacam ??? Akhirnya setelah dua tahun , saya kembali . Enjoy !







You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 23, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

ʙᴀɴɢᴛᴀɴ ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ'Where stories live. Discover now