3

74 9 5
                                    

Vrooommm!

Kedengaran bunyi motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang oleh empat gadis Youtuber.

"Laju lagi! Weng weng!" Leyn memintas kesemua kereta yang menghalang laluannya.

"Wohoo! Jalan ini kita yang punya!" Jerit Reen bagai diserang histeria. Nas di hadapan sekali pula memegang camera dan merakam video mereka semua. Boleh upload dalam Youtube!

"Woi! Berhenti tepi! Kau ingat ni jalan bapak kau?!" Laung satu suara dari belakang. Serentak itu mereka semua berpaling memandang empunya suara.

"Siot ah! Polis wei! Laju! Laju!" Rai yang bertindak sebagai ketua mula meninggikan suara.

Akhirnya, mereka akur dengan arahan apabila motor-motor besar polis trafik tu mula menghimpit mereka ke tepi.

"Ha apahal?" Soal Nas kurang ajar. Ketiga-tiga orang polis itu tergelak besar.

"Suara macam chipmunk ada hati nak jadi minah rempit." Ejeknya sinis.

"Kau!!" Nas mula mati ayat.

"Dah! Apa pakcik-pakcik bertiga ni nak?" Sinis kedengaran suara Reen. Polis tersebut menunjukkan riak terkejut. Punyalah buruk sampai Leyn dan Rai menekup mulut menahan tawa.

"Aku nak saman korang semua! Bawa motor macam pelesit! Apa korang ingat sekolah korang tu ada kaki ke nak lari kalau lambat?" Jerkah polis yang bernama Kamal.

"Eh, mampus ah! Bukan motor bapak lu!" Balas Nas dengan lagak kurang ajar.

"Ahhh! Bapak tak bapak. Kau kalau dah nak mampos sangat pergi mampos kat lain. Ni tak pasal-pasal  orang nak kena kejar pulak." Jawab polis di sebelah Kamal iaitu salim.

"Tah! Kami tengah on the way nk pergi minum kopi. Kacau line ah korang berempat ni." Sambung si Kamal.

"Ade aku suruh ke kau kejar aku? Tak kan. Kau yang sibuk sangat hal kitorang kenapa?" Hambur Leyn kepada mereka bertiga.

"Kau berempat ni cakap besar kan. Dah aku tak kira sekarang ni aku nak tanya korang ni ada lesen ke tak ha?" Tanya si polis ketiga.

Mereka berempat hanya diam tak berkutik. Lalu segera Kamal menyambung.

"Ha.Tau pon diam. Tak ade lesen kan. Elok sangat lah tu. Dengan tak ada lesen. Bawak motor macam pelesit. Pastu tak bagi kerjasama dengan polis."

"Ah, pergi mampus! Kau nak saman, saman ah. Aku peduli apa?" Lantang Reen bersuara.

"Wei Reen, aku tak kisah lah kalau kena saman. Masalahnya, bapak aku dah block account aku lepas kita buat problem. Apa-apa hal kena minta dekat dia duit. Takkan aku cakap nak minta duit sebab nak bayar saman. Silap-silap motor aku pun kena rampas." Perlahan Nas berbpisik kepada Reen.

"Kau ikut aku sekarang! Korang jangan lari kalau tak nak kawan korang ni sakit!" Kamal mula memegang kuat lengan reen. Reen meringis kesakitan. Untung berlapik je kalau tak memang dah arwah si Kamal tu.

"Lepas lah, babi!" Maki Reen tak puas hati.

"Kurang ajar kau buat dia macam tu!" Leyn mula menarik-narik lengan Reen dibantu oleh Rai dan Nas tapi tiada hasil.

"Ikut je lah budak!" Jerkah Salim.

"Tak nak bodoh!" Suara Rai naik satu oktaf.

'Keluar suara jantan siak.' gumam hati Nas.

Dalam masa yang sama, Aril, Yaz, Syaf dan Qal kebetulan lalu di kawasan tersebut.

"Weh, korang! Tengok tu! Behenti kat sana! Aku nak tolong Reen!" Laung Aril kuat cuba melawan bunyi deruman motor. Rakan-rakannya semua mengangguk setuju.

Muser VS YoutuberWhere stories live. Discover now