PART 73

12.6K 459 162
                                    

Pasu yang berada di atas dinding itu sudah selamat sampai di atas jalan raya! Berderai dan mengeluar semua isi di dalamnya.

Tengku Ryan menolak Tengku Bella ke tepi, Airish sudah berada di bawah. Tangannya memegang erat dinding.

"RYAN! I CAN'T HOLD ANYMORE!" jerit Airish sekuat hatinya, tanganya berair dan basah ia membuatkan tapak tangannya licin. Airmatanya deras mengalir, beginikah pengakhiran perjalanan ku.

Ya Allah kau bantu lah aku, ampunkan dosa ku.

Baru sahaja Tengku Ryan mahu menolong Airish, kakinya di tembak!

Terus dia terjatuh ke lantai dan berdecit. kaki dipandang sekilas jelas darah mengalir. Pedih mula menguasai!

"Betina tu biar mampus!" tawa sinis Tengku Bella jelas didengari.

Tengku Ryan menguatkan dirinya, tangisan  Airish Xavier memang benar - benar membuatkan dia terseksa!

"Rish! Dengar sini kuatkan diri kau ! Jangan mengalah." jerit Tengku Ryan sekuat hatinya.

Airish sudah ketakutan. Dipandang bawah sekilas, bunyi hon kereta dan kereta lalu jelas didengari seperti betul betul berada di cuping telinganya.

Ya Allah, bantulah hamba mu ni.

Tengku Ryan cuba untuk bangun! Malangnya kakinya belah kanan ditikam, pisau itu ditolak sedalam dalamnya!

"Argh!"

Jerit Tengku Ryan sekuat hatinya!

Tengku Ryan mula meringis kesakitan, empangan nya pecah.

Tinggal lagi satu pegangan sahaja pada dinding kukuh itu, Airish sudah tidak mampu menahan nya lagi!

"MUM! DAD! ABANG! "

" NENDA! POPO!  "

" MUMMY! DADDY! "

" RYAN! ABANG! "

" KING! PRINCESSES XAVIER! "

Airish menjerit sekuat hatinya, biarlah nama nama yang dijeritnya dijadikan sebagai kali terakhir untuk disebutnya.

"Ya sayang!  kuat, tahan sikit je lagi. " balas Tengku Ryan dengan kuatnya.

Tengku Bella menghampiri Airish yang sedang tergantung, kuatnya gadis ini. Satu tangan masih kuat untuk memegang dinding.

"Selamat malam Airish." kaki Tengku Bella memijak tangan Airish Xavier dengan kuatnya sehinggakan darah keluar dari jemarinya.

DUSH !

Airish terlepas pegangan nya! Dan dia terjatuh dari bangunan tinggi itu. Mata sudah dipejam rapat.

DUSH!

DUSH!

Satu tembakan das pada jantung Tengku Bella pada arah belakang, Tengku Bella tersenyum sinis!

Tengku Bella juga turut terjatuh!

Princess XavierWhere stories live. Discover now