jam 0100

92 16 7
                                    

Sekarang author nk citer pasal dorm author masa form 3..cerita ni based on pengalaman author sendiri..

Waktu form 3 author ditempatkan dalam dorm 9..dorm pling ats skli..tpi rmai kakak senior cakap dorm tu horror sikit..tpi nk takut apa kn tiap² malam kiteorg mgaji dlm dorm

Waktu tu author mula minat dengan satu buku ni yang author pinjam dengan kwn..buku fixi dan author rasa buku ni femes sangat dgn kisah serammm..

Satu hari tu..author pinjam dengan kwn buku fixi tittle kacau..cover buku tu ad gambar mata n rmbut hantu (kalau korang dh bce la)

Malam tu author nk curi² baca buku sebab asrama author tkleh bwa buku mcm barang haram..*nakal tak author*

Sblum tu..haa dlm dorm author ad 20 orang yg trdiru drpd brlainan form..author satu dorm dengan kawan author yg tersyang...namany afrina..

Disebabkan buku tu haram dibawa so author pun cadang nk baca buku tu waktu tengah malam.

"Pina,boleh tak kau teman aku habiskan buku ni malam ni?tanyaku kepada afrina.

"Hurm..knpalah kau pergi baca buku hnti tengah² malam ni...tak takut kena kacau ke? Jawab afrina

"Hish kau ni takutkan aku pulakk..alah malam ni je sebab aku nk hntar buku ni esk.."pintaku

"Yelah.. yelah aku temankan..tapi jangan lewat sangat tau.."

*aku* mewakili author

Aku pun menyambung bcaanku..makin lama jalan ceritanya makin seram..afrina sabar menemaniku

Suasana dorm makin sunyi..ramai penghuni dormku berlabuh tirai melayari mimpi..lampu dorm hanya terpasang di bhgian deretan katil kami shaja..katilku brsebelahan dgn katil afrina..

Sedang asyik aku membaca...tiba aku terdengar bunyi sesuatu sedang berjalan di atas atap..aku nenoleh ke arah afrina..namun afrina kelihatan biasa n cool

So..aku pun bergerak ke katilnya...

"Pina..kau dengar tak ad bunyi something kt ats atap?"

"Hishhh kau ni jangan nk mengarut la..aku tak dengar pun.."afrina mnjawab ketakutan...

"Dhla jom tidur..aku takutlah"kataku

Aku pun menutup buku tersebut..malam tu aku tidur dengan afrina

Sedang kami melelapkan mata..bunyi tersebut makin kuat..tetapi yg peliknya bunyi tersebut datang dri atap..

Aku dan afrina bercadang untuk lari ke dorm sebelah

"Pina,klau bunyi tu brbunyi lagi skli lagi kita sma2 cabut keyh!!

Afrina hanya mengganguk..tiba² bunyi tersebut datang lagi..malah makin kuat

Tanpa buang masa aku dan afrina terus menarik selimut dan berlari ke dorm sebelahhh..

Aku terus menarik pintu dorm sebelah berharap dorm tu tidak berkunci..

Aku dan afrina terus masukk..tiba²..sbaik shaja kami melangkah masuk smua menjerit serentakkk!!!

Rupa²nya pghuni dorm tersebut juga mendengar bunyi tersebut..mereka berpelukkan di tengah dorm kerana takut..

Aku dan afrina terus mnceritakn kjadian tersebut..kwan kami di dalam trsebut terus mengajak kami tidur di situ

Kami tidur bramai² dalam ketakutan sehingga keesokkan paginya...

Sehingga kini kami tertanya² bunyi apakah yg datang dri atap tersebut...selepas kejadian itu aku serik untuk melanggar peraturan asrama lagi..

------------------------------------

-cerita ad smbungan tau...jgn lupa vote n comment..maaf kalau tak seram tpi kalau bnda ni jadi kat korang mesti korang pun naikkk seramm-








seram gilerWhere stories live. Discover now