Kelas tutorial

65 6 2
                                    

Amin sedang menelaah pelajaran seorang diri di luar bilik tutorial yang akan berlangsung dalam 20 minit lagi.Jika kuliahnya hanya mempunyai jarak masa satu jam memang dia tidak akan pulang ke rumah.Dia akan melepak di luar bilik tutorial atau di perpustakaan sehingga kelas bermula.

Ketika itu tiada pelajar lain di situ.Bilik tutorialnya terletak agak jauh dari bangunan-bangunan yang lain.Kawasannya lebih sunyi pada waktu petang dan malam.

Ada mesej yang baru masuk dalam grup whatsApps bernama Mistik.Grup ini sudah dia sertai sejak setahun yang lepas.Mesej yang baru masuk itu dibaca penuh minat.Ia berkenaan kisah seram yang dilalui oleh seorang pelajar universiti tahun pertama dia tinggal di hostel.Universiti mana tidak didedahkan.

Gambar yang dihantar dia zoom in.Gambar itu dikatakan ditangkap ketika pelajar itu mula² masuk ke biliknya.Di satu sudut iaitu di hujung meja belajar terdapat sesuatu seperti wap putih.Ia seperti melayang ke udara.

Asap vape kut.Amin cubq menafikan.Namun orang yang bertanggungjawab menyebarkan gambar tersebut bermati-matian mengatakan ia bukan asap dari rokok atau wap dari vape.Ia adalah sesuatu yang datangnya dari alam ghaib.

Amin mendekatkan skrin telefon ke muka.Mahu menilai sendiri tetapi dia tetap berasa sangsi kerana ia mungkin telah diedit.

Telefon pintar itu cepat-cepat disimpan.Pensyarah sudah datang untuk memulakan kelas tutorial.Dia mengambil tempat duduk di barusan hadapan sekali.Barisan hadapan memang barisan kesukaanya kerana apa yang diajar pensyarah lebih mudah masuk otak.

Pensyarah itu menyusun kertas di atas meja.Amin memandang ke kiri dan kanannya.Tidak ramai yang hadir pada petang itu.Dia malas mahu ambil tahu.Kertas yang berisi nota ditarik keluar melalui beg.Sesama dia mahu mengambil pen,telefonnya bergetar menandakan ada mesej whatsApp dari rakan sekuliahnya,

Kelas tutorial Sir khai dibatalkan hari ni.

Amin membalas.

Jangan main².Sekarang Sir Khai dah ada dalam kelas.Kau tak datang tutorial hari ni ke?!

Sir khai sekarang di Korea atas urusan kerja.Kau kat mana ni?

Amin mengetap bibir.Rakannya yang juga berbangsa melayu bernama Azmi ini memang suka mengusiknya.

Aku dalam kelaslah.Kau tu yang malas datang kelas!!!

Amin,kau biar betul?Sir Khai ada di Korea sekarang. Kalau x percaya,kau boleh whatsapp dia sendiri.

Takkanlah dia mahu menghantar mesej whatsapp kepada lelaki berumur 40 an ini sedangkn nereka kini berada dlm satu tempat. Beberapa minit kemudian,dia mendapat mesej whatsapp sekali lagi. Kali ini daripada group Tutorial Sir Khai.

Hello guys! Saya sekarang berada di Korea. Kelas tutorial dibatalkan seperti yang saya beritahu semalam ya! See you guys next week!

Sir Khai turut menghantar gambarnya sedang selfie di sana.

Amin mematungkan diri. Apa yang dikatakan Azmi benar belaka. Sir khai memang berada di Korea tetapi siapa yang berada di hadapannya ini? Dia mengangkat muka memandang ke hadapan.

Lelaki yang seiras Sir Khai masih sibuk menyusun kertas di atas meja. Langsung tidak memandang ke arahnya. Apakah ini jelmaan Sir Khai?

Dia menyimpan pen dan kertas² dan notanya ke dalam beg dengan penuh hati-hati. Bimbang 'Sir Khai' akan menyedari perbuatannya. Dia menguatkan semangat dan bangun menuju ke pintu. Dia akan keluar dari situ. Tidak sanggup dia berlama-lama bersama hantu!

Ketika tangannya memegang tombol pintu, 'Sir Khai' menegur.

"So, you dah tau.."

Jantung Amin bagaikan berhenti berdegup. Dari ekor mata, 'Sir Khai' tidak memandangnya dan tetap sibuk dengan kertas² dua ats meja seperti tadi.

Tapi apa maksud kata²nya itu?

Beberapa orang yang duduk juga bukan manusia?Termasuknya dia smuanya lima orang.Padanlah yang lagi empat itu hanya diam membisu sahaja.Dia memegang tombol dan memulasnya.Ketika pintu tertutup semula,hilai tawa bergema dari dalam bilik itu.Amin berlari lintang pukang.

Amin berpegang pada tuang perhentian bas.Nafasnya tersekat.Beberapa orang duduk di situ memandangnya dengan pandangan yang pelik.Macam dikejar hantu sahaja.

Setelah nafasnya teratur,dia duduk di situ dan menghantar mesej kepada Azmi.

Bila Sir khai pasal kelas cancle?!

Semalam.

Kenapa aku tak tahu.

Kau online tak semalam? Ada tak baca mesej Sir Khai?

Tak.

Patutlah!!Aku ingat kau tahu tapi aku hantar jugak mesej takut kau tak tahu.

Tak apalah Azmi.Jumpa kau nanti.

Alright.

Semalam dia tidak online seharian.Terlalu fokus pada assignmentnya.Oky,salahnya sendiri kerana tidak peka,getus Amin.

Dia ada memeriksa mesej di grup itu tetapi dia tidak nampak mesej Sir Khai tentang kelas cancle.

Bas tiba juga.Dia masuk lalu menyandarkan kepalanya ke dinding bas.Apa yang baru berlaku pada dirinya sangat menakutkan.Tidak dapat dia ingat yg dia berada dalam satu ruangan dengan hantu!!! Dalam 10 minit pulakkk tu!!!

seram gilerWhere stories live. Discover now