BAB 3

308 3 0
                                    

DARYN AREENA tergesa- gesa menyarung kasut dan menghidupkan enjin keretaapabila menyedari dia telah terlewat. Kasut flat yang selalu dipakainya di kala dia memandu akan ditukar di hospital nanti. Berdesup kereta dipandu mengejar waktu. Nasib baik dia berjaya sampai pada waktu yang ditetapkan.

"Good morning!" Daryn menyapa Doktor Lutfi dan Siti dengan ceria. Lega kerana dia tidak terlambat.

"Good morning, doctor. Ceria hari ni? Ada apa-apa ke?" tanya Siti dengan senyum manis melebar. Cawan kertas dari atas meja diambil dan dihulur kepada Daryn. 

Daryn buat signal 'apa-ini' dengan mata.

"Untuk doktor..." jawab Siti dengan senyuman yang masih melekat di wajah.

"Thank you," kata Daryn seraya mengambil cawan tersebut.

"Untung, doktor..." kata Siti lagi. Di bibirnya masih mekar dengan senyuman. 

"Sampai-sampai aje, kopi mahal dah menunggu."

Daryn mengekek. Faham akan kata-kata Siti. Dia tidak perlu berkata apa-apa lagi.

"Special delivery tu."

"Ya?" Daryn ajuk rentak Siti yang terus-terusan ingin mengusik.

"Saya tak dapat minum kopi mahal yang sedap pun tak apa. Dah kenyang tengok muka Doktor Daniel yang handsome," seloroh Siti yang buat Daryn terus mengekek. 

"Amboi... Macam tu sekali." Wajahnya yang cuba dikawal terkoyak dengan senyuman. Geli hati! Tak tertahan untuk ketawa dengan gurauan Siti saban hari terutama apabila bercakap fasal doktor muda yang satu itu.

Setiap hari dia akan menerima cawan berisi kopipanas. Jenama yang sama, yang buat ramai yang iri hati. Daryn tersenyum lebar.

Usai kerja-kerja di wad, melawat wad, layan pesakit di klinik, separuh hari sudah terbang. Perutnya sudah berkeroncong. Dia perlu makan yang secukupnya kerana malam itu akan bermula sesi 'on call'. Namun belum pun dompet ditarik dari beg tangan di dalam laci, Suzie pula datang bersama Aini. Agak serius tingkah laku mereka.

"Doktor, patient kat wad mengalami shortness of breath. Doktor boleh ke sana sekarang?" tanya Suzie dengan nafas yang tercungap-cungap.

Tanpa membuang masa, Daryn melangkah meninggalkan klinik serta-merta. Dia perlu lakukan pemeriksaan segera jika pesakit membuat aduan seperti itu. Jika pesakit tiba-tiba mengalami demam mendadak atau mengalami kesukaran untuk bernafas seperti tadi, dia terpaksa tinggalkan semua perkara lain yang kurang memerlukan perhatian. 

DARYN congak-congak. Dari pukul 5.00 petang sehingga pukul 8.00 pagi, semuanya 15 jam. Ini bermakna dia akan bekerja selama 24 jam dalam tempoh tersebut. Malangnya dia perlu sambung kerja pada pukul 8.00 pagi selepas tamat on call nanti. Jadi, secara total menjadikan waktu bekerjanya mencecah 33 jam tanpa henti.

Fuh! Letih giler. Badan disandar ke kerusi. Mata dipejam rapat. Fikiran cuba dikosongkan. Kerja sebagai seorang doktor sudah sinonim dengan istilah 'on call' atau kerja lebih masa. Terutama bagi doktor muda sepertinya yang baru beberapa tahun praktis di dalam bidang kedoktoran. Terutama sekali di sebuah hospital kerajaan di sebuah bandar raya seperti di Kuala Lumpur. HKL antara hospital yang paling sibuk di bandar raya itu. Yang 24 jam sibuk dengan kes yang pelbagai jenis setiap hari. Keadaan seperti itu kadang-kadang sukar untuk dielak.

Mata terbuka apabila telinga menangkap bunyi sesuatu. Dikerling ke arah misi yang sedang bertugas. 

"Siti, saya akan buatward round sekejap lagi. Siapa doktor pakar yang on call malam ni? Cuba you check?"

"Dr. Haryati, doktor," jawab Siti.

"Thanks."

"Doktor akan buat ward round dengan Dr. Hayati malam ni?" Doktor Hayati adalah doktor pakar yang akan membuat lawatan ke acute cubicle, di mana terdapat pesakit yang memerlukan pemantauan rapi.

"Haah."

"Saya balik dulu, doktor. Bye!" tutur Siti ceria. Syifnya sudah habis.

"Bye.Take care,Siti!"

Usai pemeriksaan ke atas pesakit tadi, dia pulang semula ke klinik. Laporan juga perlu dibuat. Semua kes yang diterima pada hari itu juga perlu direview. Daryn pegang perut. Perutnya sudah terasa pedih. Baru dia teringat bahawa dia masih belum makan. 

#GHOST -  ZURA RAHMANWhere stories live. Discover now