"Wah tengok yang ni , dia baru je post dekat insta dia , handsome kan?"
"Ha 'ah la, handsome nya!!!"Aku menjeling ke arah mereka . Sakit telinga mendengar perbualan yang tidak munasabah . "Woi! Kita datang sini nak buat kerja yang cikgu bagi . Lagipun lagi dua minggu ada peperiksaan akhir tahun", aku seolah olah memberi peringatan kepada mereka tapi aku tahu yang peringatan ni takkan masuk dalam kepala mereka .
"Alah , jangan nak berlagak rajin lah Minji . Ni cuba tengok Kang Daniel ni uwah handsome tau", Daeun berkata . "Sudah sudah la dengan abang idola kau tu", aku tidak memandang mereka , sebaliknya aku menyambung membuat assignment yang cikgu bagi .
Kadang kadang tu tengok tengok lah juga si Kang Daniel tu , tapi tak ada lah sampai minat macam mereka berdua ni .
Katanya semua orang kena ada abang idola . Disebabkan aku tak suka sesiapa , mereka mula kenalkan aku dengan senior senior lain . Tapi aku tak tunjuk minat pun.
"Kau ni tawar hati lah", Heenji pula berkata kepada aku setelah habis berbual dengan Daeun . Daeun pula hanya mengangguk tanda setuju dengan pernyataan Heenji .
"Masalahnya , wajib ke ada abang idola ni?", aku cuba menyakinkan mereka bahawa tak ada masalah pun kalau tak ada abang idola ni.
Daeun dan Heenji memandang antara satu sama lain , nak cari jawapan kepada soalan aku . "Maybe...", Heenji berkata.
"Seriously? Entah apa apa lah korang ni", aku malas nak melawan mereka yang tak faham bahasa ni .
Tak sampai seminit , mereka berdua berborak lagi . "Weh itu bukan ke...", Daeun bersuara.
Aku melihat mereka dan pandangan mereka seolah olah tengah memerhatikan seseorang . Aku pun turut memandang ke arah itu.
"Jeon Jungkook! Ohmygod !"
![](https://img.wattpad.com/cover/131807339-288-k349636.jpg)
YOU ARE READING
abang idola | j.j.k [malay;on going]
Short Storyapabila seseorang yang kau memang tak nak jatuh hati padanya, tapi akhirnya, kau sendiri yang terjatuh tanpa sedar.