Aku menilik pemakaian ku di hadapan cermin. Baju kurung berwarna purple motif bunga - bunga dan tudung berwarna biru laut ku sarung. Resume di atas meja dan kunci kereta ku capai. Aku keluar rumah dengan langkah kiri sambil bibir ku terkumat - kamit membaca ayat kursi.
"Argh, takkan lah kau nak mati sekarang wahai kereta. Haih. Waktu nak pergi temu duga lah kau buat hal. Semalam aku berjimba tak nak pulak kau buat hal. Dasar cendol." marah Nadhirah
Tanpa membuang masa, Nadhirah buka telefonnya dan menelefon driver nya. "Ha Pak Man, kereta Dhirah tetiba mati ni, Pak Man hantarkan Dhirah boleh?" soal Nadhirah .
"Dhirah nak pergi mana pagi - pagi ni?" soalan dibalas soalan.
"Dhirah ada temu duga lah Pak Man, dah lambat ni. Takut tak sempat nak ditemu duga."
"Ha okay okay. Nanti Pak Man datang" jawab Pak Man seraya mematikan telefon bimbitnya dan terus menghidupkan enjin kereta untuk menjemput Nadhirah.
***
SETENGAH jam hadap jem, makin tak keruan Nadhirah kerna dia ada lagi 10 minit sebelum temu duga itu habis. "Pak Man tak boleh laju sikit ke? Dhirah ada lagi 10 minit ni." tanya Nadhirah dengan cemasnya.
"Mana boleh Cik Dhirah, nanti kena saman. Saya jugak yang kena jawab dengan Tuan Zainal." jawab Pak Man dengan lembutnya.
Tiba - tiba Pak Man memberhentikan keretanya di bahu jalan. Nadhirah sudah tidak keruan kerana takut terlepas temu duga itu. "Pak Man kenapa ni? Kenapa Pak Man berhenti dekat sini? Rasanya belum lagi sampai tempat yang Dhirah nak pergi" Soal Nad dengan tenang.
Pak Man keluar dari kereta dan Pak Man tengok enjin kereta. Berkepul - kepul asap keluar dari enjin. Pak Man masuk balik ke dalam kereta.
"Maaf Cik Dhirah, kereta kekurangan air. Sebab itu tidak boleh gerak." Rintih Pak Man.
"Serious la Pak Mad? Aduh macam mana ni? Nak jalan kaki ada lagi dalam 5 minit. Macam mana ni? Ha naik bas" Soalnya.
"Minta maaf yer Cik Dhirah, Pak Man kena telefon mekanik. Boleh ke Cik Dhirah naik bas?" Soal Pak Man takut takut.
"Boleh je, okay la Pak Man, Dhirah pergi dulu. Assalamualaikum" Pamit Nadhirah
***
Akhirnya, sampai jugak aku di syarikat yang terkenal ini. Lift ku masuk dan menekan punat butang number 15. Aku jenguk jam di tangan. Sudah menunjukkan pukul 12.01 minit?!!"Arghh kenapa lambat sangat lift ? - Soal Nadhirah kepada lift . Ha lift? Nevermind.
Nadhirah keluar dari lift sambil matanya melilau tengok orang yang tiada di kerusi menunggu. "Takkan sudah habis kot temu duga? Lambat seminit je pun" omel Nadhirah dalam hati.
"Yer cik, ada apa yang perlu saya bantu?" Soal ramah wanita itu.
"Ouh, lupa saya nak kenalkan diri. Saya Uswatun Hasana atau cik boleh panggil saya Wawa. Saya setiausaha di syarikat ini. Jika ada sebarang urusan sila maklumkan kepada saya." Terangnya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam.
"Ha ye, saya datang nak temu duga untuk jawatan personal assistant di sini. Boleh lagi saya ditemu duga?" Soal Nadhirah takut- takut dan berjabat tangan dengan Wawa.
"Maaf cik..."
"Jannatul Nadhirah, call me Nad." Potongku sebab aku tau dia nak sebut nama aku tapi dia tak tau.
"Maaf cik Nad, temu duga baru je habis. Encik Adwan tak suka orang yang tidak tepati masa. Encik Adwan amat mementingkan displin pekerja disini. Cik Nad lambat kemungkinan besar cik tidak akan dapat bekerja disini." Tutur Wawa dengan takutnya.
"Alah cik wawa, takkan tak bole? Saya amat memerlukan jawatan ini." soal Nadhirah dengan gesah nya.
"Saya tanya Tuan Adwan dulu yer. Cik Nad boleh duduk di kerusi sana. Saya pergi panggil..." Sebelum Wawa menghabiskan ayatnya, Syed Adwan atau dikenali sebagai Ceo paling hot di Asia Tenggara buka pintu biliknya.
"Ni apa bising - bising ni? Saya nak buat kerja kat dalam pun tak senang. Haih." Marah Syed Adwan. Maklum lah, Syed Adwan ini orangnya panas baran. Ada sahaja yang kacau kerja nya pasti dia akan mengamuk.
"Maaf tuan. Saya sudah beritahu cik ini bahawa temu duga sudah habis. Tapi cik ini minta untuk beri dia peluang." Jawab Wawa dengan takutnya.
"Haih. Habis la aku kali ini." risau Wawa. Ye la, apabila Syed Adwan mengamuk. Dia akan buat keputusan secara melulu. Banyak pekerja sudah dibuang olehnya kerana kacau ia buat kerja. Maklum la CEO. Pasti banyak kerja yang perlu di buat. Stres katanya.
"Biar saya cakap dengan dia. Mana dia?" Soal Syed Adwan dengan marahnya.
"Dia duduk dekat kerusi sana tuan." Jawab Wawa dengan lemah lembut sambil jarinya menunjuk kearah kerusi yang diduduk oleh seorang perempuan berbaju kurung dan bertudung.
"Comel jugak perempuan ni. Haih." omel Syed Adwan keseorangan. Syed Adwan terus ke tempat yang diduduki oleh perempuan itu. Tanpa memberi salam, Syed Adwan terus sergah perempuan itu.
"Ha apa yang kau nak? Nak minta peluang? Baru temu duga dah lambat, belum lagi kerja. Ingat ye. Aku tak suka orang lambat datang bekerja. Belum lagi kerja dah lambat. Kalau dah kerja tak tau lah apa jadi nanti. Entah - entah bankrap syarikat aku bila ada sorang macam kau. Tak ada displin langsung. " Marah Syed Adwan tanpa memandang wajah perempuan itu.
"Erh saya, erh saya.."
"Saya apa?" Potong Syed Adwan
"Saya cuma nak minta lagi sekali peluang. Saya minta maaf kerana lambat menghadiri temu duga ini. Ada masalah sikit tadi. Boleh tuan beri saya peluang?" Nadhirah menghabiskan perkataan yang ingin dikatakan. Dan waktu habis Nadhirah berkata - kata, Nadhirah pandang ke arah muka Syed Adwan. Seraya itu, Syed Adwan memandang muka Nadhirah.
"Ha? Kau?!!!" Terkejut Syed Adwan apabila memandang muka Nadhirah.
"Takkan la awak?!!" Nadhirah jugak terkejut apabila memandang muka Syed Adwan.
To be continued. .
Promote ;
Cinta saya hanya satu, iaitu awak! chaa___
Bersatu selamanya _sticht38_
Always be mine! nrazleeyaOkay sis nak buat rules macam ni. Sis akan update jika mencapai 10 vote. So setiap bab sis akan tambahkan sasaran sis. So ya, sis akan tunggu sampai dapat 10 vote baru sis akan update bab 2. Okay baiii 😉
Jangan lupa vote dan comment ye. 😙
YOU ARE READING
Kopi Cinta
RomanceJannatul Nadhirah seorang yang garang, pemarah, dan jugak pemalu. Nadhirah atau dipanggil mesra Nad, ingin berkerja sebagai personal assistant ceo di sebuah syarikat terkenal iaitu Histamine Holdings. Malang tidak berbau, dia tidak percaya bahawa ce...