Bab 2

134 16 10
                                    

"Takkan la awak?!!" Nadhirah jugak terkejut apabila memandang muka Syed Adwan.

Syed Adwan menjeling ke arah Nadhirah. Seraya itu, Syed Adwan pergi ke arah Wawa, dan menyuruh Wawa bawa masuk Nadhirah ke biliknya. Wawa hanya mengangguk apabila arahan yang dikeluarkan dari mulut CEO nya.

"Cik Nadhirah. Ikut saya ke bilik Encik Adwan." Arah Wawa.

"Kenapa yer saya kena masuk bilik Encik Adwan? Saya ada buat salah apa apa ke?" Soal Nadhirah dengan takutnya.
Lagipun Nadhirah nak balik. Dia tak nak bekerja di syarikat orang yang pernah dia marahi semalam. Dia takut Syed Adwan akan minta ganti rugi kes semalam. Semalam dia pergi berjimba seorang diri. Kata nya, hilangkan stres sebelum mula bekerja. Dan dia ingin minum kopi. Dah lama agaknya sudah tidak meminum kopi yang paling digemarinya. Malang tidak berbau, sambil menghirup kopi nya. Dia terlanggar dengan seorang lelaki. Air kopi itu terkena dekat baju seorang lelaki itu. Habis basah baju dia kerana air kopinya tertumpah kena baju lelaki itu.

"Cik Nad? Cik oh cik. Cik dengar tak apa yang saya kata?" Soal Wawa dengan peliknya. Agaknya Cik Nad ini mengelamun kot. Ha biar la. Yang penting sekarang aku kena bawa dia pergi bilik Encik Adwan.

"Ha apa?"

"Encik Adwan suruh saya bawa cik Nad masuk ke biliknya. Ada hal ingin  dikatakan." Jawab Wawa dengan tenangnya.

"Buat apa nak ke bilik dia?" Soal Nadhirah lagi.

"Mana la saya tau cik, jum ikut saya ke bilik Encik Adwan. Saya takut nanti Encik Adwan mengamuk." Pinta Wawa.

                                            ***
Tok ! Tok !

"Tuan ni saya dah bawa Cik Nadhirah. Saya masuk yer." Pinta Wawa.

"Ha ye masuk." Jawab Syed Adwan.

Syed Adwan sudah memberi kebenaran untuk masuk ke biliknya. Wawa membawa Nadhirah masuk.

"Wawa, kamu boleh keluar. Buat kerja tu. Jangan nak curi tulang pula." Arah Syed Adwan.

"Okay, saya keluar dulu ye tuan." Habis meminta izin untuk keluar,  Wawa keluar dengan lajunya. Dia takut dia terlibat dalam masalah ini. Tidak pernah - pernah Syed Adwan menyuruh orang yang tidak dikenalinya masuk ke biliknya. Melainkan orang itu ada buat masalah yang terlampau teruk.

"Okay Cik..."

"Jannatul Nadhirah. Just call me, Nadhirah." Potongku.

"Ha ye cik Nadhirah, awak tahu apa masalah awak?" Soal Syed Adwan dengan latangnya. Naik terkejut Nadhirah apabila Syed Adwan bercakap dengan latangnya. Dia takut akan suara itu. Dia takut dia di apa apakan oleh Syed Adwan.

"Tak tahu Encik.."

"Syed Adwan Rizqi. Panggil saya Adwan." Potong Syed Adwan dengan beraninya.

"Ha, kau kenalkan diri kau. Latar belakang diri kau. Pelajaran kau." Pinta Syed Adwan.

"Saya Jannatul Nadhirah binti Tuan Doctor Haji Zainal. Saya ada abang sorang. Saya fresh graduate dari bidang bisnes. Saya datang sini untuk memohon kerja sebagai Personal Assistant ceo disini. Saya harap saya dapat kerja disini."

"Kau anak Doctor Zainal?!! Kenapa kau nak kerja kat sini? Kenapa tak kerja dekat syarikat bapak kau??" Soal Syed Adwan dengan terkejutnya. Ye la anak Tuan Doctor Haji Zainal kot. Siapa tak kenal orang ternama itu. Sebut sahaja nama itu. Pasti satu dunia kenal.

"Saya tak suka lah kerja dekat situ. Kalau saya setuju kerja di syarikat ayah saya. Pasti saya akan kerja dari atas. Saya ingin mula dari bawah dan baru naik tangga demi tangga. Encik Adwan faham kan apa yang saya ingin sampaikan" Jawab Nadhirah.

"Faham faham"

"Ha awak Nadhirah. Boleh mula kerja esok. Jangan lambat pula. Kalau lambat lagi, saya tidak teragak - agak nak pecat awak yer. Dah awak boleh keluar sekarang. Jangan lupa esok. " tutur Syed Adwan sambil kenyit mata kepada Nadhirah.

                                            ***
"Kamu dah balik Adwan? Macam mana kerja hari ini? Anything problem?" Soal Dato' Syed Hisyam  a.k.a daddy nya.

"Hari ini okay  je daddy. Cuma, Wan penat sikit jer. Maklum lah kali ini, Wan yang kena handle project  dekat Singapore."

"Itu lah. Mummy dah kata, cari isteri. Senang sikit Wan nak pergi mana - mana. Semua isteri yang settle kan." Nyampuk Datin Quraisya a.k.a mummy nya. Datin Quraisya membawa sedulang air kopi untuk diminum oleh anaknya dan suaminya yang tercinta.

"Ha kamu berdua. Sudah - sudah la tu cerita 'about bisness'. Meh minum ni. Kang mummy  mogok setahun kang." Memang segaja ditekankan perkataan bisness  itu. 

"Ni daddy nak tanya. Kamu tiada calon isteri ke Wan? Daddy dengan mummy teringin nak timang cucu. Kawan - kawan daddy mummy semua dah ada cucu. Takkan lah daddy nak suruh adik kamu Daniea itu kahwin pulak." tanya Dato' Syed Hisyam.

"Okay okay lagi sebulan Wan bawa calon isteri Wan ye. Daddy dengan mummy jangan risau." Tersenyum - senyum Syed Adwan. Dia teringat akan Nadhirah. Apa la budak tu buat. Dah makan ke belum, dah mandi ke belum, dah tidur ke? Soal hatinya.

"Diam - diam ubi berisi ye bang. Tak cerita kat adik pun?!!" Nyampuk Daniea sambil menuruni tangga.

"Wah! Sejak bila ada calon ini. Sampai hati tak gitau mummy ye. Taknak la kawan dengan Wan lagi. Mummy kawan dengan Daniea je." Merajuk Datin Quraisya

"Alah awak ni. Nanti dia bawa la jumpa kita. Awak sabar je. " tutur  Dato' Syed Hisyam.

"Mummy daddy  Wan naik bilik dulu ye. Wan nak mandi nak rehat. Penat pulak hari ini. Hehe." Syed Adwan meminta izin sambil mengucup tangan kedua - dua ibu bapanya.
   
                                              ***

"Ummi Abah! ! Dhirah dah balik" Lolong Nadhirah.

"Apa kamu ni Dhirah. Terpekik terlolong. Ingat. Kamu tu perempuan. Bukan lelaki. Ummi tak tahu lah siapa yang berkenan dengan anak ummi seorang ini. Nama je perempuan tapi perangai mengalahkan kaum Adam. Bebel Datin Sri Madihah a.k.a ummi yang tercinta.

"Apa ni ummi. Melalut sampai ke sana pula. Ni ummi. Dhirah ada happy news. Dhirah dah dapat kerja Ummi ! ! " pekik Nadhirah.

"Alhamdulillah. Dapat jugak kerja. Kurang sikit beban ummi nak melayan kerenah kamu."

"Apa ni ummi. Ummi tak suka Dhirah duduk dekat rumah ke ummi? Sampai hati ummi. Nanti Dhirah dah ada suami, Dhirah cepat - cepat pindah ye." Majuk Nadhirah. Ummi mengelengkan kepala. Haih anak aku ni, lain yang cakap. Lain pulak yang dia faham.

"Dah - dah. Kamu pergi naik bilik. Pergi mandi, solat. Nanti dah buat semua tu. Turun bawah makan sekali dengan ummi abah." Arah Ummi.

"Baiklah Ummi ku yang tersayang. Dhirah naik dulu. Baii" Balas Nadhirah. Seraya itu, Nadhirah menaiki tangga untuk ke biliknya. Sebelum melangkah masuk ke biliknya. Nadhirah hendak berjumpa dengan abang yang paling dibenci oleh nya. Nadhirah membuka tumbol pintu tanpa mengetuk pintu bilik abangnya. Dia memang sengaja buat lagu tu.

"Abang !! Where are you?!! Abang oh abang.."

To be continued..

20☆ sis akan update bab 3. Baii sayang - sayang Dsv. Muahhh 😂💋❤

Jangan lupa vote dan comment ye. 😙

Kopi CintaWhere stories live. Discover now