" Koi mili gaya" nyanyi Aisya riang. Dengan badan-badan sekali ikut menari rentak lagu Hindustan yang terpasang di corong radio itu. Bukan main lagi dia menari sambil memegang bulu ayam di tangan. Maklumlah niat asalnya ingin mengemas rumah tetapi terbantuk bila dengar lagu kegemarannya terpasang.
"Woi makcik. Mu ni kan. Sapa hati mu kan. Nyanyi tak ajak saing. " terjerit kecil Aina apabila melihat rakan baiknya itu sedang elok menari di ruang tamu rumah sewa mereka. Mula-mula nampak macam nak marah tetapi akhirnya dengan Aina sekali terjebak dengan lagu Hindustan tersebut. Nama pun kawan baik kan. Mestilah sekepala !
Tengah asyik-asyik menari tiba-tiba kedengaran satu suara sedang memberi salam. Aduhh! Kacau betullah. Baru je nak feeling jadi Kajol kejap. Tempik Aisya dalam hati. Baru je dia mahu berhenti dan pergi membuka pintu, dia baru perasan yang pintu sudah terbuka luas. Kelihatan Hakim sedang berdiri tegak di muka pitu.
Alahai ! Dia nampak ke ? Tidak sedar pula dia pintu tidak tertutup. Ini mesti kerja si Aina tu. Selalu sangat terlupa nak tutup pintu. Aduhai! Mana nak letak muka kepada jiran mereka tu.
"Eh Hakim. Awak buat apa dekat sini? " Aisya garu kepala melihat jiran baru mereka itu.
" Tadi saya ada masak Meatball sikit"
" Then?" Aisya garu kepala lagi.
"Saya buat banyak. So nak kasi awak dengan Aina sikit buat rasa. Kan elok berkongsi ! ye tak." Hakim mengeluh kecil sambil tersenyum.
" Eh buat susah-susah aje. Terima kasih lah Hakim. Segan pulak saya. Ni dah masuk kali kelima awak hantar makanan since kita berjiran . Patutnya saya perempuan, saya yang hantar makanan, ni tak. Awak pulak yang hantar." Tebal muka Aisya menahan malu kepada jiran baru mereka.
" Cantik awak harini " Puji Hakim ikhlas. Aisya yang memakai baju t-shirt biru lembut bercorak Mickey Mouse bersama seluar track tiga suku itu kelihatan sangat menawan. Melihat Aisya ketika pertama kali mereka berjumpa, dia sudah jatuh hati. Aisya Hana betul-betul membuka pintu hatinya. Gadis lemah lembut itu sangat berbudi pekerti. Aisya baru sahaja berpindah ke apartmen Aina bulan lepas dan ini memberi peluang baik buatnya untuk mengenali gadis itu.
Aisya tersenyum. Dia suka tinggal disini. Walaupun mereka tinggal di apartmen, jiran-jiran sangat prihatin antara satu sama lain. Bagus kan.
"Aduh Aisy. Aku dah cakap.Hakim tu memang syok kat kau " segah Aina apabila melihat apa yang ada di tangan Aisya. Meatball. Umm sedapnya.
"Apa kau ni? Apa selama ni dia tak pernah hantar makanan ke dekat kau. Dia ikhlas lah." Tidak faham betul Aisya. Aina suka suki je anggap Hakim tu syok kat dia. Tidak ada maknanya. Biasa lah berjiran kan. Kena lah ber......" Belum sempat Aisya menghabiskan kata, Aina sudah memotong.
Memang lah Hakim baik. Tak cakap jahat pun. Cuma takde lah sampai nak hantar makanan selalu macam ni. Pelik lah. Biarlah. Untung badan dapat saing lawa macam ni. Boleh tumpang senang kan. Dapat makan macam-macam! Hahahaaha. Aina gelak jahat sambil menggigit meatball. Umm boleh tahan lah anak bujang masak kan.
YOU ARE READING
Love, Hana
Non-Fiction"Hidup umpama langit. Kadang cerah kadangnya mendung. Tapi sayang, langit aku tak pernah secerah yang lain" Dhia Afina "Benci dan dendam bila disimpan gelap lah hati dan jiwa. Bahagia yang datang pun akan nampak seperti duka" Afiq Ilman "Aku nak ca...