2

6 0 0
                                    

"Kau dah fikir masak-masak ke aisy?" Ain mengajukan soalan yang sama sejak tadi. Dia risau Aisya bertindak melulu kerana terlalu mengikut perasaan marah.

"Kau nak aku fikir apa lagi, ain? 23 tahun aku hidup, baru sekarang Papa nak beritahu hal sebenar? Aku ada adik Ain. Adik kembar aku.Sanggup papa dan mama pisahkan kami berdua. Selama ni aku hidup hanya dengan kasih sayang seorang ayah. Aku happy aku tak kisah sebab papa cakap mama dah lama meninggal sejak akubkecil lagi. Rupanya semua bohong. Mama  bawa diri ke tempat lain bersama adik kembar aku sendiri. Tanpa aku tahu mama masih hidup. Aku kena tipu hidup-hidup ain. Apa lagi yang kau tak faham?" Tersedu-sedu aisya menangis.

"Aisya, kau dengar sini. Kau tak boleh nak buat keputusan melulu macam ni. Mungkin ada sebab kenapa papa kau rahsiakan dari kau. Jangan hukum dia macam ni." Ain menepuk bahu aisya perlahan-lahan. Dia faham sangat perangai kawannya yang seorang itu. Kalau dah marah, semuanya jadi salah di mata dia.

"Apa plan kau sekarang ni?" Ain bertanya perlahan setelah melihat tangisan aisya makin reda.

"Aku nak cari adik kembar aku. Aku yakin dia masih hidup. Papa ada bagi aku gambar dia dengan nama penuh dia. Aku harap info tu cukuplah untuk aku cari mana dia dengan mama sekarang ni?" Aisya menekup mukanya perlahan. Sakit hatinya terhadap papa masih belum hilang.

"Aku nak cari dia. Aku nak tebus semua salah aku pada dia. Aku janji" air yang mengalir di pipinya diusap kasar. Dia perlu kuat untuk semua ini.

Love, HanaWhere stories live. Discover now