25

11.3K 226 10
                                    

5 months later..

Dada langit yang dipenuhi bintang² di lihat penuh minat.Entah kenapa.Tetapi semua bintang² itu bergerak.

“Airis.."

Neyla menoleh ke sisi.Ina datang dengan 2 mug di tangan.Senyuman nipis terukir.

“Nah."

“Thanks."

Hot chocolate di sisip sedikit.Manis.

“Airis tak nak pulang ke?"soal Ina.

Airis menunduk.Kemudian dia tersenyum kecil.

“Erm malas la.Nanti² la.."

Ina mengeluh perlahan.Bahu Airis diusap.

“Airis..Kita sebagai manusia ada silapnya.Macam Carl.Akak tak rasa dia saja² bertindak macam tu."

Neyla diam membatu.Sesekali wajah Ina di pandang.

“Dah 5 bulan Airis.Tak nak balik ke?"

“Akak..Airis bukan tak nak.Tapi ni pasal hati kak." kata Neyla dengan lemah.

“Tak semua tahu apa yang Carl fikir sekarang ni.Airis maafkan la dia eh? Orang yang memaafkan lebih baik dari orang yang di beri maaf."

Neyla memandang dada langit semula.Menghadam kata² Ina sebentar tadi.Lebih baik?

__________

Carl rasa hidupnya kosong.Sekarang dia sudah menjadi CEO di syarikat Dato Edem.Dia sudah meninggalkan pekerjaan yang sememangnya kesukaan dia dari dulu lagi.Polis.

“Ni apa ni! Kalau tak pandai nak buat baik tak payah buat!"

Pekerja perempuan itu tertunduk mendengar Carl mengamuk.Selalu ada je yang tak kena pada mata CEO itu.

Carl mendengus.

“Dah. Kau boleh keluar."

Menikus saja pekerja perempuan itu keluar.

Carl meraup wajahnya kasar.Tanpa Neyla hidupnya kucar kacir.Entah di mana lagi dia perlu mencari isterinya sekarang ini.

“Airis.."

Gambar kahwin mereka di atas meja di ambil.Wajah isterinya di usap perlahan.

TOK! TOK!

“Masuk!"

Suara garang Carl bergema.Seorang pemuda masuk.Meja Carl dihampiri.

“Bos. Di sini ada masalah sedikit. Kewangan syarikat."

Carl memandang tajam wajah pemuda itu.

“Masalah apa?"soalnya serius.

“Duit syarikat semakin susut dari bulan lepas.Banyak juga yang susut."

Carl menongkat dagunya dengan kedua-dua tangannya.

“Berapa susut?"

“Hampir mencecah ratusan ribu.."

“APA?!!"

Belum sempat pemuda itu menghabiskan ayatnya Carl sudah menengking.Dari duduk kepada berdiri.Wajahnya menyinga.Pemuda itu mula kecut perut.

“Panggil semua ketua setiap department.Kalau ada yang tak datang cepat² inform aku." tegas.

Pemuda itu mengangguk sebelum keluar dari bilik bosnya.

Carl merengus kasar.Tangan digenggam erat.

___________

Fyra melihat jam tangannya.Sudah menginjak ke angka 3.Kelibat abangnya langsung tidak kelihatan.

INNOCENCEWhere stories live. Discover now