29

10.8K 226 3
                                    

Neyla melihat ke sisi.Macam kenal.Retina mata memfokuskan kan lagi kearah objek.

“Aiman?"

Dia terpandang Aiman uang masuk ke dalam butik pengantin bersama seorang perempuan.Dan yang pasti seksi!

Perlahan-lahan dia menghampiri pintu utama butik pengantin itu.Diintai sedikit ke dalam.

“Ouh..Nak kawin.."

Neyla mengusap dadanya bila perasan akan masalahnya dengan ex boyfrennya akan selesai.

_____________

Carl melihat gambar² di tangannya.

“Kau pasti ke?" tanya Carl curiga.

Ash mengangguk pasti.

Carl melihat kembali data² dalam fail kuning yang dihulurkan oleh Ash.

“Ni bukan alamat yang bos tak kenal."perli Ash.

Carl menjeling.

“Aku tahu lah!"

Ash angkat keningnya.Aik? Kita pulak?

Carl meneliti lagi.Ya.Dia pasti alamat itu adalah alamat yang sama dengan 3 tahun lepas.

“Tapi kan bos.Apsal dia duduk dengan pasangan suami isteri.Lepastu ada 2 orang budak."

Carl terus memandang dengan tajam wajah Ash.

Ash telan air liur.

“Kau dah tanya jiran diorang?" soalnya tegas.

“Dah.Diorang kata tu anak² pasangan suami isteri tu.Kalau saya tanya pasal Airis.Diorang kata tu ipar pasangan tadi."

Kata² Ash menyebabkan Carl tersentak.Kalau betul lah sangkaan dia selama ni.Maknanya dia dah jumpa!

“Ok tak pe.Kau teruskan je.Nanti kalau ada pertambahan boleh inform aku."

Ash mengangguk sebelum meminta diri untuk keluar.

_______________

Sudah hampir sebulan Neyla bekerja di syarikat suaminya.Dan hampir² juga rahsia Neyla terbongkar.

Hari ni dia terpaksa pulang lambat sebab ada lagi kerja yang dia kena siapkan.

“Eh Airis..Ko tak nak balik ke?"soal Syikin sambil mengemas.

“Tak.Aku ada lagi kerja nak selesaikan."

“Ouh k..Erm aku tunggu kau la."

Neyla tersenyum kearah Syikin yang bersandar di kerusi.

Syikin bermain phonenya.Tiba² dia mula rasa tidak selesa.Ha sudah!

“Oii Airis.Aku nak terkucil.Kau duduk sini diam² key?"

Tanpa mendengar balasan dari Neyla terus Syikin membuat larian pecut ke toilet.Dengan heels 4 inci lagi tu!

Neyla hanya mampu menggeleng perlahan.

5 minit..

Tapak kasut seseorang yang berlari menuju ke tempatnya menyebabkan Neyla sedikit terganggu.

Semakin lama semakin dekat.

Mata Neyla terus memandang pintu utama untuk memasuki pejabat itu.

Bayang seseorang yang berlari dapat dilihatnya di dinding.

“Airis..!"

Neyla tayang muka pelik.

Syikin berlari dengan heels di tanganya.Manakala kaki ayamnya laju mendekati Neyla.

“Cepat kemas! Jangan lupa mask kau!"gesa Syikin sambil memakai heelsnya.

“Dah kenapa?" soal Neyla bingung.

“Jangan tanya sebab si CEO singa tu otw ke sini!"

Dengar saja kata² Syikin terus dia mengemas laju.Tanganya pula seperti robot.Laju menjalankan tugasnya.

“Ok! Jom blah!"

Syikin sempat mencapai handbagnya sebelum Neyla menarik tanganya ke arah pintu.

_____________

Carl melihat pelik pejabat yang dah kosong.

“Mana dia?"

“Mana saya tahu bos! Tadi ada je!" Ash kalut.

Carl memandang meja Neyla yang baru ditinggalkan beberapa minit yang lalu.

“Dia lari lah!"

Ash menunduk.Aku rasa tadi ada je budak Airis tu! Apsal nak lari pulak?

“Dia macam tahu je kita nak datang kan bos?"

Carl bergumam.Terlepas lagi nampaknya!

_______________

“Kaki aku! Kaki aku!"

Jerit Syikin bila mereka sudah tiba di parking.

Neyla mengelap dahinya yang berpeluh dengan belakang tapak tangan.Penat!

“Aku rasa macam kaki aku tak de je.."

Syikin menekan suis kereta Myvi nya.Pintu penumpang di buka.Punggung terus dilabuhkan atas seat.

“Taubat aku balik awal lain kali!"

Neyla termengah-mengah.Semput kerana berlari.

“Apa kata aku hantar kau balik?" pelawa Syikin.

Neyla berdiam diri.Kemudian senyuman kecil terukir dan semakin melebar.

___________

Kirana memandang Afiq dihadapannya.Wajah lelaki itu ditenung.

“Saya hensem ke?" tanya Afiq tiba².

Kirana menjuihkan bibirnya.Perasan tak habis².

“Mana ade! Muka macam rumah kena pecah masuk!"

Afiq menyeringai bila mendengar jawapan Kirana itu.

“Tak ngaku..So tarikh wedding kita bila?"

Soalan Afiq berjaya membuat Kirana diam

“Kenapa?"soal Kirana balik.

Afiq mengeluh.

“See? Airis dah lama menhilangkan? Apa kata kita kahwin je?"

Kata² Afiq menyebabkan Kirana tersentak.

“Kita dah bertunang minggu lepas..Jadi apa kata kita kahwin je?"

Kirana mula tidak senang duduk.Air dihadapannya langsung tidak diusik.

“Kita kahwin bulan depan? Ok?"

Afiq memandang Kirana yang masih diam.Kirana pula sudah pening berfikir sama ada hendak terima atau tidak.

____________














sorry readers..sis bz..short plak sis up kn? sorry again sbb sis sempat nk up..abaikn typo ye? bubye! vote n comment!

INNOCENCEWhere stories live. Discover now