30

11.4K 234 10
                                    

Dato Edem mengeluh.Tapi bagi Dato Syukri itu mungkin adalah benar.

“Kita nak buat apa sekarang?"

Pertanyaan Dato Syukri menyebabkan Dato Edem kehilangan kata²nya.Memang dia buntu akan idea sekarang ni.

“Takkan nak berdiam je?"

“Apa kata kita biar je diorang.Lagi pula ni masalah diorang suami isteri.Takkan la kita nak kacau?Lain pulak yang jadi nanti."

Dato Syukri mengangguk setuju dengan besannya.

Mata tua mereka masih memerhatikan Neyla yang seronok bermain dengan dua kanak².Sementara Edry dan Ina hanya melihat dan ketawa di kerusi rehat.

“Jom balik."putus Dato Edem.

_____________

Kirana hanya termenung seorang diri.Rumah saja besar.Tapi yang ada pun dia sorang je..Afiq ajak kahwin dia tolak.

“Humm.."

Tv yang entah menyiarkan apa ditukar berkali-kali.Bosan sangat tu..

Tiba² phonenya di atas meja kopi berbunyi nyaring.Cepat² dia mencapai.Sangkanya Afiq.Tapi no Neyla.

“Hello..?"teragak-agak dia menjawab.

Ya hello! Aku ni!"

Kirana mengerutkan dahinya.

“Airis?"

“Yes la! Apsal kau slow sangat hah? Otak dah tepu sangat sebab rindu aku ke? Hahaha!"

“Diam aah!Dah la menghilang macam tu je!"sembur Kirana.

“Hahaha! Jangan marah beb! Aku nak prank je.Hehehe.."

Kirana mengetap bibirnya.Kurang asam jawa betul la! Orang risaukan dia, dia boleh pulak seronok dekat sana!

“Aku memang tak nak tahu apa rancangan kau sekarang ni..Tapi aku just nak tahu mana kau tinggal sekarang ni." dingin.

“Amboiih kau..Aku ade je lah..Nanti aku kasi tahu la.Btw aku keja dekat syarikat Carl."

WHATSS?!!"

Kirana menjerit kerana terkejut.

“Macam mana kau boleh keja sana beb?! Kau ni memang berani kan? Si Carl tu tahu tak pasal kau?"

Kirana menyoal seperti peluru.

“Dia tak tahu and..I almost caught by him!"

Kirana melopong.

“Kau biar betik Airis? Laki kau harap je belajar tinggi² kan? Tapi dia tetap bodoh jugak."kata Kirana dengan sindiran.

Neyla di hujung sana ketawa kuat.Apa punya perangai lah..Gelakkan suami sendiri.

“Aku letak dulu ok? Ada hal sikit lah.Bye!"

Bye."

Phone di pandang.Senyuman terukir di wajah.No seseorang di dail.

“Hello? Next month!"teruja.

___________

Edry menggeleng melihat drama air mata isterinya.

“Airis betul ke nak pindah?"soal Ina.

Edry mengangkat luggage Neyla menuju ke teksi.Dan hanya dia je tahu berat ke tidak luggage tu. MEMANG BERAT OII!!

Neyla memeluk tubuh Ina.

“Airis kena jugak.Sorry la eh?" pujuk Neyla.

“Apa kata Airis tinggal lagi sehari dua dekat sini?"

“Sayangg.."tegur Edry.

Ina memuncungkan bibirnya.Ade je tu!

“Aunty!"

Tiba² anak² mereka datang memeluk kedua-dua kaki Neyla.Terkejut habis lag mak cik tu.

“Jangan la pergi!" kata Iman dan Echa serentak.

Neyla tersenyum sebelum duduk bertinggung supaya tinggi mereka sama.

“Aunty kena jugak.Jaga diri tau? Jangan nakal²! Kesian mama dengan papa nanti."

Kata² di balas dengan anggukan kecil mereka berdua.

“Janji nanti aunty datang lagi?" soal Iman,abang.

“Ye..Janji."

Neyla mencium pipi mereka sebelum masuk ke dalam teksi yang sudah lama tunggu.

BYEEEE!!"

Neyla membuka cermin lalu melambaikan tangannya.Teksi berlalu pergi dari perkarangan rumah pasangan suami isteri itu.

___________

Neyla melihat rumah sewa barunya.Tidak ada apa² yang menarik.Sebuah tv yang mungkin 40 inci dan set sofa berwarna koko.Dinding yang dicat putih dan cream.

Dua bilik dengan tilam yang di letakkan atas lantai.di sisi tilam ada cermin panjang dan almari baju.Di dapur pula meja makan bulat untuk 5 orang dan peti ais yang masih baru serta set dapur yang lengkap.

“New life.."

Neyla menghenyak tubuhnya ke atas tilam yang agak tebal itu.Wajahnya diangkat menghadap cermin panjang yang ada di sisi tilam.

Dia tersenyum lebar.

____________

Carl melihat kertas putih ditangannya.

“Jadi bos?"soal Ash.

Carl mendengus geram.Kertas yang jelas mengenai perletakkan jawatan isterinya di koyak.

“Err.."Ash mati kata² bila melihat tindakan Carl itu.

“Aku nak..Kau cari dia sampai dapat!"

Ash mengangguk laju sebelum kalut² berlari keluar.Yang pasti sekarang ni..Singa jantan dah mengamuk!

Carl merengus melihat kertas yang dikoyaknya.Sakit hatinya sekarang ni.

_______________

Alif dan Syikin tergamam mendengar cerita Imran.

“So boleh aku tahu apa hubungan diorang sekarang ni?" tanya Imran.Dan soalannya mestilah untuk Syikin.

Syikin tersentak.Dia menggaru belakang lehernya.Tiba² dia diam.

“Kau tahu something kan?"

Soalan cepumas oleh Alif terus menyebabkan dia tersengih.Tapi kedua-dua jejaka itu memandangnya tajam.

“Ok².Aku cerita la ni.."terus Syikin cuak.

_______________

Neyla menonton drama korea setelah seharian mengemas.Bekas aiskrim Wall's di tangan di kerling, melihat isi aiskrim.

“Urm.."

Masuk saja ais dalam mulut, terus mencair.Nikmat!

TOK! TOK! TOK!

Neyla memandang pintu utama.

“Aiseyh..Sapa pulak yang datang memalam ni?"

Ok.Memang agak menakutkan bila ada orang ketuk pintu rumah jam 1 pagi!

Dengan takut² dia melangkah ke arah pintu.Tapi dia padamkan niatnya bila terpandang penyapu di sudut dinding.

Diambil penyapu itu lalu bersiap sedia di hadapan pintu.

TOK! TOK! TOK!

Sekali lagi pintu diketuk kuat.Neyla menggenggam batang penyapu dengan kemas.Kepala mengangguk yakin sebelum membuka pintu.

Penyapu terjatuh dari tangan.Matanya membulat memandang hadapan.Tegak.Ya.Badannya sedang tegak sekarang.

“Hi sayangg.."

__________






finally! klau hmbr sorry lah..sis bz ckit skrg..nnti pape or sis dh hbis sis up bnyk².thanks kpd author sarahyus_ sbb tlong wat cover tu! mmng lawo sgt! vote n comment!

INNOCENCEWhere stories live. Discover now