" Ayla! " , jeritan yang membuat gadis berumur dua belas tahun ini terkejut daripada lamunanya.
" Apa? Tak boleh ke sehari je aku minta jangan jerit bila panggil aku. Aku rasa kau boleh panggil dengan nada biasa tanpa jerit kan?" ucap Ayla Safura kepada rakan seusianya yang mempunyai tinggi yang lebih kurang dengannya sekitar 150cm.
" Ish dengar la apa yang aku nak cakap ni", ucap gadis yang berkacata mata dengan penuh kesal seraya duduk di tempat duduk yang sedia ada. Ayla pasrah dan duduk bersebelahan gadis itu untuk mendengarkan apa yang ingin disampaikan. Ayla menaikkan sebelah keningnya tanda menanyakan apa yang ingin gadis itu bicarakan.
Gadis berkaca mata yang dikenali sebagai Hanin memberikan sepucuk kertas yang dilipat-lipat kepada Ayla. Ayla mengerutkan dahinya dan mengambil kertas itu yang boleh dianggap sebagai surat . Ayla terpaksa mengurungkan niatnya untuk membaca isi yang ditulis dalam surat itu kerana dicegah oleh Hanin.
" Baca dekat rumah Ay. Tak selamat baca dekat sini", ucap Hanin memegang tangan Ayla dari membuka surat itu.
" HAH! lepastu apa jadi? Apa isi surat tu? siapa yang beri kau surat tu? cepatla sambung cerita aku nak tau ni". Ayla menggelengkan kepalanya melihat telatah rakannya Anis yang sedari tadi mendengar cerita tentang kisahnya yang lalu.
" Sudah la aku pun malas nak ingatkan semua tu lagi" ucap Ayla sambil berdiri dan ingin meninggalkan rakannya yang menunggu jawapan darinya. Tangan Ayla dapat dicapai oleh Anis sebelum sempat Ayla melangkah lebih jauh meninggalkannya.
" Kalau kau tak nak cerita details cerita klimaks pon jadi la", ucap Anis yang massih ingin tahu cerita yang sebenar. Ayla mengeluh panjang dan memulakan bicara.
" Okay.. aku buka surat tu dekat rumah dan isi surat tu dia terima aku. Kita orang couple sebelum UPSR. Emm selalu juga jumpa walaupun lain kelas. Kalau tak jumpa kat sekolah aku akan jumpa dia dekat tuisyen sebab kita orang sama tuisyen. Lepastu kita orang dah tak ada apa-apa hubungan", cerita Ayla kepada Anis.
Anis mengangguk-angguk kepalanya tanda faham akan apa yang dicerita oleh Ayla. Tetapi masih ada yang ingin dia ketahui dan dia kembali menanyakan soalan.
" Habis tu korang putus macam mana?".
" Kita orang tak putus". Anis menggaru kepalanya yang tidak gatal kerana keliru dengan apa yang di jawab oleh Ayla.
" Kalau korang tak putus macam mana boleh tak ada apa-apa dah?".
" Habis UPSR kita orang tak tegur, chat atau telefon. Masing-masing buat hal sendiri tanpa tegur antara satu sama lain walaupun bertembung dekat sekolah. Dia pun mula dekat dengan perempuan lain dan aku pun dekat dengan sorang lelaki ni. Walaupun aku dekat tapi tak ada perasaan pun dekat lelaki tu hanya sekadar kawan biasa. Lama kelamaan disebabkan salah faham aku simpulkan kita orang tak ada hubungan. So sampai sekarang aku tak rasa nak ada hubungan dengan mana-mana lelaki", ucap Ayla panjang lebar.
" Wow tak sangka eh macam tu ceritanya. So kau memang takkan bercinta lagi ke macam mana?" tanya Anis.
Ayla hanya diam dan mengangkat bahunya tanda tidak tahu.
***********
Cahaya matahari mula memasuki bilik Ayla melalui tingkap yang berada di biliknya. Ayla terbangun akibat sinaran yang cerah itu. Dia mencapai tuala dan menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
Usai sahaja membersihkan diri, Ayla mengambil telefonnya untuk melihat pesanan yang masuk dari aplikasi whatsapp. Banyak pesanan yang diterima terutamanya pesanan daripada group kelas. Ayla tidak berminat untuk membaca pesanan daripada group kelasnya. Dia memilih untuk membuka pesanan daripada sahabatnya baiknya iaitu Sa'adah.
Sa'adah menanyakan kepada Ayla adakah dia menceritakan semuanya kepada Anis semalam. Dengan pantas Ayla menaip untuk membalas pesanan tersebut. Ayla menjawab bahawa dirinya menceritakan secara ringkas sahaja bukan terperinci kerana dia tidak rasa penting untuk menceritakan semuanya. Selesai membalas pesanan itu Ayla meletakkan telefonnya di atas katil dan keluar dari bilik menuju ke ruang makan.
Memandangkan hari ini hari cuti maka semmua ahli keluarganya ada di meja makan menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh ibu tercinta. Ayla langsung mengambil tempat bersebelahan dengan adiknya dan mencapai makanan yang tersedia. Mereka menikmati makanan itu sambil bercerita dan bergurau.
Ayla mengambil keputusan untuk duduk di dalam bilik daripada menonton televisyen selepas bersarapan. Ayla membuka lagu yang ada di dalam telefonnya sambil membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Tangannya berhenti apabila lagu yang sedang didengarinya memutarkan lagu yang bertajuk hapuskan cintaku. Ayla menghayati lagu itu sehingga akhir. Kenangan demi kenangan yang muncul difikrannya saat ini. Tanpa disedari setitik air jatuh ke atas bukunya apalagi kalau bukan air mata yang kini mengalir dipipi gadis itu.
YOU ARE READING
CINTA TAK HARUS MEMILIKI
Ficção AdolescenteMusuh menjadi kawan. Kawan menjadi pasangan. Panggilan aku dan kau kini berubah. Cinta yang dibina ternyata tidak tulus. Adakah aku hidup untuk diperguna oleh CINTA? - Ayla Safura - " Ayla korang boleh bincang baik-baik.. Takkan nak putus macam tu...