1

10 1 0
                                    


Duduk tanpa berbuat apa-apa di dalam kelas membuatkan punggungku kejang. Rasanya habis sudah buku untuk dibaca. Habis sekarang ni nak buat apa? Bosan betul. Awal-awal tahun macam ni ramai cikgu yang busy dan jarang masuk kelas.

"Dahlia, tahniah! Tahun lepas kau dapat anugerah individu perempuan paling aktif kokurikulum. Semoga tahun ni kau dapat anugerah tu lagi, sekali dengan pakej tokoh pelajar." Belakang aku ditepuk oleh sahabat baikku, Elis.

"Terima kasih, Lis. InsyaAllah, amin." Aku lemparkan senyuman ke arah Elis. Memang aku seorang yang dikenali sebagai pemurah dengan senyuman. Kalau tak senyum satu hari pasti aku ditimpa masalah.

"Babe, Cikgu Zaunah nak jumpa kau dekat bilik guru." Datang pula Lokman entah dari mana munculnya. Kawan baikku juga.

"Kenapa?" Aku angkat kening dengan perasaan ingin tahu.

"Manalah aku tahu. Buat apa tanya aku, aku bukan kaunter pertanyaan."

"Okay aku pergi jumpa cikgu jap. Elis, tolong kemaskan barang aku." Kakiku melangkah laju menuju ke bilik guru.

Sampai sahaja di bilik guru, aku lihat Cikgu Zaunah sedang sibuk mencatat sesuatu. Aku cepat-cepat menghampirinya.

"Assalamualaikum cikgu, ada apa cikgu nak jumpa saya?"

"Wa'alaikumussalam, Dahlia. Cepat betul kamu sampai, rasanya baru beberapa saat tadi cikgu suruh Lokman panggilkan kamu."

"Macam ni, sekolah akan hantar dua orang wakil untuk ke kem kepimpinan peringkat daerah. Cikgu dah bincang dengan cikgu-cikgu lain dan semua dah setuju untuk hantar kanu sebagai wakil sekolah kita. Kamu setuju? Kalau kamu setuju esok cikgu akan bagi borang," Jelas Cikgu Zaunah.

"Saya okay je cikgu. Tadi cikgu kata dua orang kan? Siapa lagi seorang?"

"Lokman lah. Dia tak bagi tahu kamu ke? Sebab tu tadi dia jumpa dengan cikgu."

"Oh ye ke, tadi saya tanya dia jawab tak tahu. Lokman ni nak kena ye," Aku dah geram dengan Lokman. Boleh pulak tadi dia kata dia bukan kaunter pertanyaan. Kurang asam!

"Nanti kamu balik rumah, tanya mak ayah kamu. Esok cikgu edarkan borang. Kem tu minggu hadapan. Empat hari tiga malam tau. Info-info semua ada dalam borang."

Aku mengangguk dan kemudian meminta diri untuk pulang ke kelas. Yay! Kem lagi. Seronoknya, tak sabar!

"Oi, Dahlia. Kenapa cikgu nak jumpa dengan kau?" Elis ni pun satu, bagi lah aku duduk dulu. Penat aku berjalan dari bilik guru yang jauh beribu meter tu. Ceh! Tak ada lah jauh sangat sebenarnya.

"Kau tanya Lokman tu," Aku menjeling pada Lokman. Dia pula kelihatan tersengih macam kerang busuk.

"Hehe, sorry Lia. Yang kau sibuk ni kenapa Elis. Bukannya cikgu pilih kau pun," Lokman menjelir lidahnya.

"Pilih apa ni? Aku tak fahamlah." Elis merungut.

"Kami berdua terpilih untuk ke kem kepimpinan peringkat daerah. Dua orang, aku dan Lokman sewel ni. Aku tak tahu la kenapa cikgu pilih dia. Tak ada sifat kepimpinan langsung," Kali ini aku pula menjelir lidah kepada Lokman.

"Eh, kau. Mulut baik-baik sikit. Kau tu macam berkepimpinan sangat." Balas Lokman.

"Mestilah!"

"Tak!"

"Ya!"

"Tak!" Kata Lokman tak mahu kalah.

"Eh korang dua ni. Sudahlah!" Elis separa menjerit, cuba untuk memberhentikan kami berdua.

"Fine!" Aku dan Lokman berkata serentak.

"Weh, nanti dekat kem tu mesti ramai awek cun kan? Boleh aku bawa balik satu, mana tahu melekat." Lokman menguis-nguis dagunya.

"Gatal!" Aku dan Elis pula berkata serentak.

"Eleh, korang jealous kan? Aku kan handsome, mesti ramai yang suka punyalah!" Kata Lokman mendabik dada. Bangga.

"Lokman, aku rasa nak muntah la! Muntah pelagi." Elis buat gaya macam nak muntah. Aku pula dah meletuskan tawa yang besar.

"Kurang asam kau, Lis"

•°•°•

Malam itu aku dengan girangnya menanti kepulangan mama dan papa. Tak sabar nak bagitahu mereka tentang kem kepimpinan pagi tadi.

"Assalamualaikum," Pintu rumah dikuak dari luar. Terjenggul wajah mama dan papa di muka pintu.

"Wa'alaikumussalam, mama, papa." Aku salam dan cium tangan kedua-dua orang tersayang di hadapanku ini.

"Happy semacam ni kenapa? Tak menyempat mama dengan papa nak duduk rehat." Puan Aida membuka mulut.

"Hehehe, duduklah dulu. Lia nak minta izin sebenarnya," Aku mula menyusun ayat. "Pagi tadi, Cikgu Zaunah panggil Lia. Katanya Lia terpilih untuk ke kem kepimpinan peringkat daerah. So sekarang ni Lia nak tanya, mama dengan papa izinkan tak?"

"Boleh sangat Lia oi. Papa lagi suka tengok kamu aktif macam ni. Bila kemnya? Tarikh?" En. Zuan iaitu papaku menggosok manja ubun-ubunku.

"Minggu depan, esok cikgu bagi borang. Semua details ada dalam borang tu. Lia nak cakap banyak pun Lia tak tahu sebenarnya." Aku tersengih-sengih.

"Iyalah Amelia Dahlia kesayangan mama ni. Mama papa naik atas dulu ye, kejap lagi kita dinner sama-sama."

"Baik, ma." Aku tersenyum gembira sambil melihat mama dan papa menapak ke tingkat atas.

Syukur mama dan papa izinkan. Sebenarnya memang dari awal lagi aku sudah yakin mereka pasti benarkan. Aku bukanlah anak yang sering dimanjakan walaupun aku adalah anak tunggal. Kem-kem seperti ini sangat digalakkan oleh papa. Katanya nanti tak adalah anak papa yang seorang ni lembik, manja, mengada-ngada dan macam-macam lagilah.

•°•°•

Pagi keesokkan harinya, aku dan Lokman dipanggil lagi ke bilik guru untuk berjumpa dengan Cikgu Zaunah. Kami menerima borang penyertaan, borang pengesahan ibu bapa dan beberapa helai kertas lain. Ada kertas tentang barang keperluan yang perlu dibawa, ada juga kertas tentang aktiviti yang bakal dijalankan. Tak sangka kem kali ini lebih banyak aktiviti outdoor. Kebanyakan kem yang pernah aku sertai sebelum ini lebih kepada ceramah. Jujur aku kata, ceramah adalah sangat bosan!

"Dahlia, kau termenungkan apa tu?" Soal Lokman.

"Aku termenung ke tadi?"

"Yelah! Kalau tak buat apa aku tanya." Mukanya nampak geram.

"Hehe, aku pun tak tahu aku termenungkan apa." Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

"Dah, jom masuk kelas."

Aku mengikuti langkah Lokman dari belakang sehingga tiba di kelas. Cikgu masih lagi tak masuk ke kelas. Aku lihat Elis yang kebosanan di tempat duduknya. Mukanya tampak cemberut.

"Apa korang buat lama sangat dekat bilik guru tu? Aku bosan tahu tak." Elis menghentak meja perlahan.

"Lis, baru kejap kitorang tak ada dalam kelas kau dah bosan. Nanti kitorang pergi kem tu mungkin kau dah separuh mati." Aku tergelak kecil.

"Sampai hati korang dua tinggalkan aku," Nampak seperti Elis mahu menangis.

"Kau emo sangat ni apahal?" Soal Lokman.

"Nanti mesti aku rindukan kau dengan Lokman." Elis terus menerpa dan memelukku.

"Uish, mengadanya! Menyampah aku tengok. Nasib bukan aku yang jadi mangsa peluk kau." Desis Lokman.

"Aku dengan Lokman pergi kem empat hari jelah. Cuma hari Khamis dengan Jumaat kami tiada di sekolah. Sabtu Ahad tu kan cuti jadi kau tak payah nak sedih sangatlah," Aku menggosok belakang Elis bagi menenangkannya.

Elis ni memang manja sikit memandangkan dia anak terakhir dalam lima orang adik beradiknya. Walaupun usia dah mencecah 17 tahun tapi tetap manja. Nasib baik aku sebagai kawan baiknya sanggup melayan karenah si Elis ni. Best friend forever kononnya. Hahaha

Bila Terungkap Kata CintaWhere stories live. Discover now