BAB 1

3.2K 75 0
                                    

Suasana di dalam kelab malam itu amat bising dengan bunyi-bunyi muzik, tapi bagi Irfan itu benda biasa. Irfan selalu berkunjung ke situ.

Tiba-tiba ada seorang perempuan yang memakai baju yang menjolok mata menghampiri Irfan. Irfan tersenyum sinis.

"Hai baby". Sapa Elyana manja

"Oh hai sweety." Balas Irfan dengan senyuman.

"Baby jomlah teman I menari." Kata Elyana sambil mengoda-goda Irfan.

Dalam hati Irfan menyumpah seranah Elyana.

"Dasar perempuan murahan. Kau ingat aku suka dekat kau ke? Bagi aku semua perempuan sama je, mata duitan. Aku akan jadikan kau sebagai pemuas nafsu aku je." Bentaknya dalam hati.

"Ok, my sweety let's go." Kata Irfan sambil memeluk erat pinggang Elyana.


Sebaik sahaja Irfan membuka matanya dia terlihat Elyana di sisinya. Dia tidak mengendahkan Elyana, lantas bangun dari katil dan menuju ke bilik mandi.

Setelah selesai membersihkan diri Irfan menyarung baju ke tubuhnya, tiba-tiba ada seseorang memeluknya dari belakang. Siapa lagi kalau bukan Elyana.

"Baby where are you going? Kan awal lagi ni." Soal Elyana.

"I nak balik. See you tonight sweety." Kata Irfan sebelum melangkah keluar dari bilik hotel yang ditempahnya semalam.


Sesampainya Irfan di hadapan banglo rumahnya dia terus melangkah masuk ke dalam. Dia ternampak mummynya sedang duduk di ruang tamu.

"Baru nak balik Fan." Sindir mummynya.

"Fan duduk sini kejap mummy nak cakap dengan kamu sikit. Irfan akur, lalu melabuhkan punggung di hadapan mummynya.

"Mummy nak cakap apa?

"Mummy nak kamu berubah Fan, Mummy nak kamu tinggal dosa-dosa yang kamu buat tu Fan, Mummy tak sanggup nak tengok anak mummy buat benda-benda yang dilaknat Allah. Bertaubatlah Fan." Kata mummy Irfan.

Irfan tidak mengendahkan kata-kata Mummynya, lantas bangun dari sofa dan melangkah menaiki anak tangga. Mummy Irfan mengeluh berat

"Bilalah kamu nak bertaubat Fan? Mummy dah letih nak tegur kamu. Ya Allah engkau bukalah pintu hati anakku, engkau bukalah mata anakku untuk melihat yang mana baik dan yang mana buruk, Ya Allah engkau ampunilah segala dosa anakku, Amin." Doanya dalam hati.

GADIS BERPURDAH ITU ISTERI AKUWhere stories live. Discover now