BAB 4

2.7K 81 1
                                    

Hari ni merupakan hari kedua Diyana bekerja di syarikat itu. Banyak betul kerja yang Diyana nak kena buat hari ni, sampai dia tak sedar yang sekarang sudah waktu lunch.

"Hai awak, jom lunch." Sapa satu suara. Diyana mengangkat kepalanya lalu melihat siapakah gerangan yang menegurnya . Rupa2nya lelaki itu ialah Khuzairi.

"Assalamualaikum awak maaf saya tak lapar, lagipun saya ada banyak kerja yang nak dibuat." Balas Diyana.

"Waalaikumusalam. Ala Diyana Please, kali ni aje". Pinta Khuzairi sambil membuat muka yang comel.

"Kalau awak tak nak, saya bagi tahu satu syarikat ni yang kita boyfriend and girlfriend. Awak nak ke? Ugut Khuzairi.

"Ish, yelah. Saya ikut awak lunch." Balas Diyana.

"Ish main ugut2 pula, kang aku bagi penampar juga kat mamat ni. Asyik kacau aku je, pasrah jelah Yana ." Runggut Diyana dalam hati.

"Yeah, thank you. Dah jomlah cepat." Kata Khuzairi.


"Awak nak makan apa? By the way awak jangan risau awak nak makan apa saja saya yang belanja." Kata Khuzairi.

"Tak pelah awak saya boleh bayar sendiri, lagipun saya tak nak menyusahkan awak." Balas Diyana sambil menolak pelawaan Khuzairi.

"Okey la kalau awak dah kata macam tu." Malas nak gaduh, lagipun dia yang nak sangat belanja aku, jimat duit aku.

Selesai membuat pesanan, Diyana hanya diam bermain dengan handphone ditangannya. Tanpa Diyana sedari Khuzairi merenung wajah milik Diyana.

"Kenapa bila aku tengok muka dia aku rasa tenang ja? Bila aku tengok wajah dia aku rasa tak sampai hati nak jadikan dia pemuas nafsu aku. Wajah dia putih kemerah-merahan, dan yang paling aku tak boleh nak tahan bila tengok mata milik dia. Memang sejuk mata memandang.

"Khuzairi, encik". Panggil Diyana sambil melambai-lambaikan tangannya di hadapan wajah Khuzairi. Khuzairi yang baru tersedar dari lamunannya tersentak.

"Ye ada apa awak panggil saya tadi? Soal Khuzairi.

"Saya nak tanya kat encik kenapa pandang saya macam tu? Balas Diyana.

"Takde apa2. Eh tau makanan kita dah sampai." Balas Khuzairi sambil mengubah topik perbualan mereka tadi.

"Huh nasib aku ada alasan nak bagi kalau tak mesti kantoi yang aku tenung dia lama2." Katanya dalam hati.


Diyana melangkah masuk ke dalam rumahnya setelah memberi salam. Diyana ternampak umi dan walidnya sedang menonton televisyen di ruang tamu rumahnya.

"Umi, walid tengok cerita apa tu? Soal Diyana sambil melabuhkan punggung di sebelah umimya.

"Ni ha tengah tengok cerita TITIAN CINTA NI." Balas uminya.

"Ouhh".

"Macam mana kerja hari ni? Soal walidnya yang sedari tadi berdiam diri.

"Okey je". Balas Diyana pendek.

"Umi walid Yana naik dulu ye." Kata Diyana.

"Yela."


Sedang Diyana membuat kerjanya ada seseorang memanggilnya, lantas Diyana mendongak.

"Diyana boleh awak tolong saya tak?

"Ye, boleh aje. Apa benda yang bos nak saya tolong ni? Soal Diyana semula.

"Saya nak awak teman saya lawat tapak projek." Balas Irfan.

"Okey." Balas Diyana pendek.


Sepanjang perjalanan ke tapak projek Diyana dan Irfan hanya berdiam diri. Mereka agak kekok. Setelah sampai di tapak projek itu Irfan terus memberhentikan keretanya.

"Dah sampai, jom keluar." Kata Irfan.

Diyana hanya menganggukan kepalanya, dan terus melangkah keluar dari perut kereta. Diyana hanya mengikut langkah Irfan dari belakang.

Irfan menyuruh Diyana untuk tunggu di tempat duduk di situ sementara menunggunya. Sedang Diyana leka dengan telefon pintar miliknya ada seseorang menjerit memangil namanya.

"Diyana jaga2". Jerit Irfan sambil berlari mendapatkan Diyana. Diyana yang sedikit tercengang itu mendongak ke atas alangkah terkejutnya Diyana apabila terlihat sebuah besi akan jatuh lalu menghempapnya.

Seluruh badan Diyana terkaku serta-merta. Diyana bagaikan di gam disitu, Diyana memejalkan matanya.

"Papp". Diyana yang tidak merasakan sakit lantas membukakan matanya. Sekali lagi Diyana terkejut apabila mendapati Irfan memeluknya.

"Kau tak apa2kan? Soal Irfan cemas.

"Huh nasib baik aku sempat selamatkan Diyana kalau tak, tak tahu la apa yang akan jadi pada  Diyana." Katanya dalam hati.

Diyana hanya Menganggukkan kepalanya. Dia masih terkejut dengan kejadian yang berlaku tadi. Tiba2 Diyana terasa sakit di bahagian kepalanya apabila dia terlihat tompokan darah yang mengalir pada badan Irfan. Diyana terus pengsan tak sedarkan diri.


"Aduh sakitnya kepala aku". Kata Diyana sebaik sahaja tersedar.

"Eh aku kat mana ni? Soalnya dalam hati.

"Eh, kau dah sedar ke, baguslah. Lama kau pengsan tadi." Kata Irfan yang baru masuk ke dalam wad.

"Dahlah kau tidur dulu rehatkan diri kau. Aku dah bagitau parents kejap lagi diorang sampailah tu." Kata Irfan lagi.

"Thank you, sebab selamatkan saya tadi kalau tak mesti saya dah mati." Kata Diyana sambil mengucapkan terima kasih kepada Irfan.

"Sama2. Dah rehat, aku nak keluar dulu." Kata Irfan sambil melangkah keluar dari wad Diyana.

Sorry la klau story ni bosan. And jgn lupa Vote and Comment tau.

GADIS BERPURDAH ITU ISTERI AKUWhere stories live. Discover now