BAB 8

4.1K 92 34
                                    

Sedang Diyana menjamah makanannya ada seseorang menarik kerusi dihadapannya, lantas Diyana mendonggak untuk memandang ke depan dan alangkah terkejutnya Diyana apabila mendapati seseorang itu ialah Irfan. Kini Irfan memandangnya tajam.

"Kenapa kau mesti terima lamaran my parents? Apa masalah kau hah? Soal Irfan geram.

"Untuk pengetahuan boss, saya terpaksa terima lamaran tersebut sebab saya banyak terhutang budi dengan your parents." Kata Diyana tenang.

"Ohh jadi kau terhutang budi dengan parents aku, so kau nak cakap kau kahwin dengan aku sebab nak balas budi  parents aku jelah. Ehh kau ni memang perempuan tak tahu malukan. Sedar diri sikit dengan bertutup aurat, berpurdah semua, entah2 di balik purdah kau tu, muka kau hodoh lagi hodoh dari muka hantu tak." Tengking Irfan kasar.

Papp

Tamparan Diyana membuatkan Irfan jadi kaku seolah-olah dunia bagaikan berhenti berputar. Irfan memegang pipinya yang baru ditampar oleh Diyana.

"Saya tahu saya mungkin tak cantik macam girlfriends boss tu tapi saya juga ada maruah diri, saya tak sangka ada orang sanggup membenci peraturan Islam kerana leka dan lalai dengan kekayaan dunia. Salah ke saya sebagai seorang Muslim menutup aurat saya. Apa boss ingat semua perempuan bertudung dan berpurdah hodoh ke, biar hodoh dimata manusia jangan hodoh dimata Allah. Boss Insaflah selagi boleh. And btw boss, kalau boss taknak kahwin dengan saya, saya tak kesah, saya redha. Tapi boss kena ingat mungkin kalau boss nak teruskan juga perkahwinan ni, saya terima. Saya pergi dulu, assalamualaikum." Nasihat Diyana panjang lebar.
"Betul juga apa yang dia cakap tu, tak semua perempuan macam tu. Eh apa yang aku cakap ni. Pandai betul dia berlakon. Aku tak boleh terpedaya." Katanya dalam hati.

Lantas Irfan menghirup airnya dan melangkah keluar dari restaurant itu.


"Diyana duduk di kerusi taman yang berdekatan dengan officenya. Disitu dia menangis semahu-mahunya sambil memeluk lututnya.

"Kenapa kau benci aku? Apa salah aku dah buat kat kau? Soal Diyana.

Dalam keadaan tersedu-sedan ada seorang memghulurkan tisu untuknya. Lantas Diyana mendonggak, rupa2nya lelaki itu ialah Khuzairi. Khuzairi tersenyum manis buat Diyana yang berada di hadapannya. Diyana menyambut tisu itu, untuk mengelap air matanya.

"Kenapa awak menangis ni? Soal Khuzairi prihatin. Entah mengapa dia turut bersedih apabila melihat Diyana menangis.

"Macam mana awak tahu saya ada dekat sini? Soal Diyana tanpa menjawab soalan daripada Khuzairi tadi.

"Saya nampak awak keluar dari restaurant tadi so saya ikutlah awak." Balas Khuzairi. Setelah itu mereka berdua hanya berdiam diri.

"Err, okeylah saya nak balik ni, nanti takut Jem pula." Kata Diyana setelah lama mendiamkan diri.
"Okey. Sebelum tu boleh saya minta nombor fon awak tak? Kata Khuzairi.

"Saya minta diri dulu, assalamualaikum." Kata Diyana sebelum berlalu pergi dari taman itu.

"Kenapa dengan dia, kelam-kabut je, atau mungkin dia tak nak bagi nombor fon dia kot. Tak pelah. Tapi tertanya-tanya juga aku, apa yang Irfan buat sampai dia boleh menangis macam tu. Aku kena siasat benda ni." Monolognya dalam hati.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 12, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

GADIS BERPURDAH ITU ISTERI AKUWhere stories live. Discover now