H abis sahaja kuliah Dr.Sufian,aku terus sahaja keluar dari sana.Ada dua orang yang sedang menungguku untuk makan bersamaku.
"Ain...hari ni macam mana?Ok ke?"soal seorang gadis yang bernama Farah Lili,kawanku.Tapi dia juga bergelar pensyarah.Hebatkan aku..berkawan baik dengan pensyarah kat sini.Dia berumur 25 tahun.Beza 5 tahun je dari aku.
"Ok je."jawabku.
Seorang lagi ialah Zaharah Nafisa.Juga merangkap sebagai kawanku juga.Cuma...dia juga bergelar seorang lelaki..rambut dia pendek dan masa mula-mula dia masuk universiti ni,dia menyamar kan dirinya sebagai lelaki.Namanya ialah Muhammad Rykal sebagai lelaki .Dia berkata dia nak sara hidup keluarganya yang miskin.Aku dan Lili pun rasa kesian padanya.Hanya kami berdua sahaja yang tahu dia ialah seorang perempuan.
"Weihh...hari ni ramai perempuan pikat aku lagi wehhh..geli aku.."kata Zaharah sambil berbisik-bisik kepada kami.
"Lesbian."tiba-tiba sahaja Lili berkata sebegitu kepada Zaharah.
"Kau belum rasa lagi apa aku rasa bila diorang cakap 'i love you' kat aku!Kalau kau kena,mesti kau dh terkencing dah!"balas Zaharah dengan nada tidak puas hati.
"Ye..ye..sorrylah!"kata Lili sambil memeluk tubuh.
Apa nak kena lah dengan dua orang ni.Kata nk ajak aku makan,tapi boleh pulak bertengkar kat sini.Gaduh tak ajak!
"Saya pergi dululah!"kataku dengan nada sedikit merajuk sambil memeluk tubuh,bersedia nk pergi tinggalkan anjing dgn kucing ni.
....
Aku tak sangka diorang masih lagi bergaduh dan tak perasan akan aku yang merajuk ni!😭Aku pun terus aje pergi dari situ.
☁☁☁
Aku pun terus melabuhkan punggungku keatas sebuah kerusi berhampiran kafe tersebut.
Aku mengunyah roti dan meminum kopi latte yang masih panas. Ahhh..segarnya
..tadi masa kat dewan kuliah tadi,aku hanya mendengar separuh apa yang dikatakan oleh Dr.Sufian lalu aku terus sahaja tertidur.Tapi nasib baik sempat bangun sebelum habis kuliah tersebut.Tiba-tiba aku terlihat sepasang kekasih sedang lalu dihadapan ku sambil bercumbuan...mata aku terus membulat dan laju sahaja palingkan mukaku ke arah lain.
"Teruk betullah diorang ni.Bercium-cium kat tempat awam.Diorang ni takde adab ke?Dahlah aku tengah makan.."kataku terhenti dan terus sahaja berasa mual seketika dan elok kembali.
Aku berasa amat marah dengan mereka berdua itu.Diorang tu dah kahwin ke?Kalau belum takkan diorang boleh bersentuhan pulak.Diorang tak tau kot yang mereka tu bukan sesama muhrim.Jadi,mana boleh sentuh-sentuh macam tu!
Aku pun terus menghenti dari memakan roti,aku bangun,lalu pergi ke arah mereka berdua yang masih lagi bercium-cium tu!😷
"Hei!Korang ni tau adab tak?"laju sahaja kata-kata itu keluar dari mulutku.
Mereka berhenti bercium lalu memandang aku.Mereka berkerut dahi.
"Korang tau tak berdosa bersentuh-sentuhan macam ni selagi korang belum berkahwin lagi?"soalku sambil memandang tajam ke arah mereka berdua berganti-ganti.
"Saya rasa ianya bukan hal awak"kata perempuan itu lalu menarik tangan lelaki tadi untuk pergi jauh dari aku.
Apa dia cakap?Bukan hal aku?!Kalau dah terang diorang tu orang melayu dan aku ni sebagai umat islam,aku kenalah tegur!Takkan lah nk buat derkk je!
YOU ARE READING
Asalkan Dapat Bersamamu[H]
RandomKisah mengenai gadis islam kacukan Melayu-Arab berumur20 tahun yg meminati seseorang yang amat jauh dengannya.Hidup dia biasa-biasa sahaja tetapi segalanya berubah selepas dia menjadi tunang seorang pemuda kacukan Melayu-Cina-Korea yang bernama Ima...