Bab 4

20 3 0
                                    

A ku dah pening sekarang ni!Tadi kat luar aku baru nak tanya Shafiq,tapi dia terus pergi..Heishh..Tak boleh jadi nih!Kena tanya dia!Dah banyak message aku bagi dia!Entah bila dia nak jawab.Sekarang dah pukul 9 dan aku dah solat tadi.

Abang!Tadi abang kata abang sedara Iman kan?!Jawab betul-betul!🙏~Ain

Kalau abang sepupu Iman belah ibu nya ,Jadi maksudnya abang ada pertalian darah lah dengan Iman!~Ain

Kenapa abang tak bagitau adik awal-awal?!~Ain

Adik terdesak sangat nak tahu semua tentang keluarga abang!~Ain

Cepat bagitau!~Ain

Abang!~Ain

Tengku Shafiq!!😧😤~Ain

Tengku Shafiq bin Tengku Faris!!~Ain

Kalau abang tak jawab sebelum pukul sepuluh nanti,esok adik cekik abang!~Ain

Aku pun dah rimas dengan tangan aku yang tak sabar-sabar asyik dok periksa je message aku yang tak berbalas tu.

Jadi aku pun menyibukkan diri tengok tv Korea dengan Amir.

Tiba-tiba telefon ku berdering.Aku pun segera periksa.

Cik Ain.Sila datang ke kampus sekejap.~Sir Iman Annoying

Aku terkejut beruk lah.Dia nak jumpa aku? Malam-malam ni?Buat apa?Aku ada buat silap ke?

Nak apa,Sir😒?~Ain

Datang je lah!~Sir Iman Annoying

Maaf.Saya tak dapat datang sebab bas tak beroperasi malam-malam buta macam ni.Kalau 'sir' nak bagitau saya sesuatu,bagitau kat sini je!~Ain

Datang sekejap pun takpelah.~Sir Iman Annoying

Suruhlah orang lain.Saya sibuk!Bye!😡~Ain

Lega aku bila Sir dah tak tengking lagi kat message tu.

Dah pukul sepuluh dah pun dan Shafiq masih tak balas-balas message aku.

Takpelah.Malam ni aku nak tidur dengan aman tanpa gangguan.

☁☁☁

Pagi-pagi lagi aku dah datang kampus.Sebab hari ni bas datang awal.Jadi aku yang pertama sampai sebab dah pukul tujuh.

Tapi bila aku langkah masuk je dalam kampus,aku tersenyum.Memang betul.Si Wati tu selalu datang pukul 6 setengah.Tapi hari ni dia tak datang pun.

Tiba-tiba telefon ku berdering.Aku pun checkla.Apahal pulak lah Group Sweet & Macho ni pagi-pagi dah bising?Yang peliknya,pahal takde lagi orang yang kat sini?Semua orang takde.Biar betul.

Sedihhh!!😭😭~Rykal Macho

Sedihnya malam tadi...rindu lah pulak kat Sir Iman...😢~Wati Sweet

Asalkan Dapat Bersamamu[H]Where stories live. Discover now