Bab34 - Peluang kedua.

44 6 0
                                    

"U..l..a..n..g "

Ayat terakhir Aisyah.

Kepala Amirul rasa pening.Keadaan seperti berpusing pusing...

Dan...

"Amirul!! Amirul!!"Jerit Izzah ..sedang berdiri di sebelah Amirul. "I-i-izzah?"kata Amirul tergagap.

"Ya,  aku Izzah,  kau tengah berangan apa? Kita tengah dalam peperangan dan kau berangan. "kata Izzah.

"Izzah!!!"Jerit Amirul dan terus melompat ke arah Izzah. Izzah sempat mengelak. "Kau dah kenapa? Sawan?Ke kau dah tak betul?"kata Izzah kepelikkan.

"Aah! Cakaplah apa yang kau nak cakap..mana yang lain?"Soal Amirul."Mereka kan tengah uruskan Bashirah,  kau lupa ke?"Kata Izzah.

"Uruskan Bashirah? Adakah..ini..  bermaksud  , tak mungkin.. ia sangat mustahil. "bisik hati Amirul , tiba tiba Izzah menolak Amirul

boom!

Raksasa itu menembak ke arah Amirul. "Apa yang kau fikir? Nak mati ke?!! Amirul seriuslah sikit!!Kenapa kau tiba tiba macam ni..?!"kata Izzah.

"Izzah lengahkan raksasa-raksasa tu.."kata Amirul.Izzah mengangguk dan membuat letupan sebanyak mungkin.

" Aisyah,  gunakan kuasa dia.. untuk ulang balik masa,  dan hanya aku seorang sahaja yang ingat ke? "

"Baiklah itu tak penting lagi,  yang penting semua orang dah selamat,  tapi hanya buat masa ni,  Izzah dah tak ada cukup tenaga lepas lenggah kan masa aku nanti,  begitu juga yang lain..kalau aku tak gunakan serangan tu,  raksasa akan tetap menyerang.. Tapi kalau aku guna raksasa berhenti menyerang tetapi Hakim pula datang dan kami semua dah kepenatan..sama seperti sebelum ni..Hakim dapat kuasa untuk menyerang dari hasil serapan dari kuasa dan serangan kami,  tanpa serapan dia tak ada kuasa  , aku boleh matikan kuasa praditasi aku dan lawan dia,  tapi masalahnya ..macam mana nak jauhkan mereka semua dari kena serap dengan akar akar..tu. Arrhhh!! Hakim!! Kenapa kau buat semua ni!! Kau..kau.. akan terima balasannya! Kalau lah aku ada kuasa tu...Eh..nanti kejap aku tak ada..tapi mereka ada!! "bisik hati Amirul mula mendapat Idea.

"Amirul,  lama lagi ke?Aku dah nak kehabisan tenaga.."kata Izzah. 

"Aa! Sikit lagi Izzah,  tunggu sekejap.."kata Amirul , dia mula mencipta lingkaran magis yang besar..

"Bouq Praditasi..!!!"Seru Amirul satu lingkaran magis yang besar tercipta"Izzah! Sini kejap! Aku ada sesuatu nak bagithu"kata Amirul

Izzah Akur,  lalu mendekati Amirul. Amirul berkata sesuatu kepada Izzah. "Kenapa,?"Soal Izzah.

"Buat je , pastikan suruh mereka buat! Pergo dari sini sekarang!"kata Amirul.Izzah mengangguk dan terus berjalan pergi.

Sebaik sahaja Izzah pergi,  Amirul terus melepaskan serangan,  sepantas kilat pedang itu keluar menjuman dari atas ke arah raksasa raksasa itu.

Booom!! Semua raksasa itu musnah..

Amirul terduduk dan kuasa praditasi terus di matikan,  lambang pada matanya hilang begitu juga aura aura praditasi.

Tiba tiba seorang lelaki muncul...

"Heh,  betulah semua ni pernah terjadi.."kata Amirul sinis."Aku takkan tanya kenapa kau tak terkejut..Apa apa pun,  aku akan belasah kau cukup cukup"kata Hakim.

Tiba tiba akar besar keluar membelit badan Amirul." Pelik,  aku tak dapat serap,  mana mana kuasa dari badan dia?" bisik hati Hakim. Dia agak sedikit terkejut.

"Kesiannya,  kau nak hisap aku? Tak sangka kau ni jenis yang suka benda benda macam ni?"kata Amirul tersenyum.

Muka Hakim seperti dia sedang marah sedikit."Haha..tengoklah muka bengap kau tu,  dah tak ada idea..!"kata Amirul mengejek Hakim. Tiba tiba Hakim melepaskan tumbukan ke arah muka Amirul.

Pegembaraan: Amirul(1)Where stories live. Discover now