|B A B 6 3

5.3K 154 0
                                    

Qisya mencampakkan telefonnya ke atas katil.  Bengang dia dibuatnya dengan sikap Aris yang langsung tak mempedulikan perasaannya sekarang ni.

Eiii!!! Kurang ajar punya Aris! Apa?! Dia ingat aku ni tak ada perasaan ke hah?!” punggungnya dihenyak ke atas katil.

“Tak guna punya perempuan! Kau dah rampas Aris dari aku! Pandai kau buat Aris bencikan aku dalam sekelip mata!” matanya membara dengan api kemarahan yang kian memuncak.

“Aku tak kira! Apa nak jadi, jadilah! Apa yang aku tahu aku nak hak aku balik! Aku nak Aris aku balik! No matter what!”

“Aku kena rancangkan sesuatu.  Aku tak boleh biarkan diorang hidup bahagia macam tu je!” tangannya menggenggam penumbuk.  Rasa bencinya terhadap Aila semakin mendalam dan membuak-buak.  Kau tengok Aila! Suatu hari nanti kau akan kehilangan Aris dari hidup kau. 
Aku akan buatkan Aris bencikan kau suatu hari nanti! Nekadnya dalam hati.

“Aku akan pastikan kau keluar dari rumah tu.  Aku akan buat kau merana! Sampaikan Aris nak tengok muka kau pun dia jijik!” bibirnya mengukirkan senyuman sinis.

“Tak apa…sekarang aku biarkan kau hidup bahagia dengan Aris.  Aku biarkan kau lahirkan anak kau tu dulu.  Tapi lepas je semua tu, aku akan mulakan game aku.  Dan waktu tu kau akan kenal siapa Qisya Aulia yang sebenarnya…”






ARIS dan Aila bergegas masuk ke dalam Hospital Kuala Lumpur.  Baru sebentar tadi dia mendapat panggilan daripada ayahnya yang mengatakan kak Marina sudah ditolak masuk ke dalam wad bersalin.  Mungkin sudah tiba masanya untuk dia bersalin. 
Mereka menghampiri Puan Zahrina dan Encik Ameer Iskandar yang sedang berdiri resah di luar pintu wad bersalin.

“Mak, ayah…macam mana dengan kak Marina?” soal Aris.  Aila berdiri di sebelah Aris sambil menanti jawapan dari mak dan ayah mertuanya.

“Tak tahu.  Harap semuanya oklah.”

“Abang Hafiz mana?”

“Ada dekat dalam temankan kak Marina.” Jawab Puan Zahrina sambil mulutnya terkumat-kamit membaca doa agar anaknya selamat
melahirkan.

Minit berganti minit, jam berganti jam.  Akhirnya, seorang doktor perempuan keluar dari wad.  Mereka bingkas bangun dan menghampiri doktor perempuan yang memakai tag nama Nazirah.  Masing-masing hendak tahu bagaiamna keadaan Marina sekarang ni.

“Bagaimana dengan anak saya, doktor? Dia tak apa-apa ke? Baby?” soal Puan Zahrina dalam keadaan cemas.

“Alhamdulillah…semuanya berjalan dengan lancar.  Puan Marina dan baby selamat.  Puan Marina melahirkan bayi perempuan.” ujar Doktor Nazirah.  “Kami akan pindahkan dia ke wad biasa dan ahli keluarga dibenarkan untuk melawat dia.”

Semua di situ mengucapkan syukur mendengar perkhabaran dari Doktor Nazirah.  Bersyukur kerana Marina selamat.

“Terima kasih doktor.” ucap Puan Zahrina.

“Sama-sama.  Saya pergi dulu ya? Kalau ada apa-apa, boleh rujuk kepada nurse terus ye? Saya minta diri dulu,” Doktor Nazirah berlalu pergi.

Di dalam wad, masing-masing melihat ke arah bayi yang masih lagi lena di pangkuan Puan Zahrina.  Comel betul! Manakala Marina dah Hafiz masing-masing masih lagi tidak lekang dengan senyuman.  Rasa bahagia bila dikurniakan seorang anak.

“Nah cuba pegang dia.  Pangku dia elok-elok.  Tampung kepala dia…”
Puan Zahrina menyerahkan bayi kepada Aila.  Aila cuma tersenyum bila semua mata memandang ke arahnya.  Rasa kekok pulak bila semuanya pandang aku.  Tanpa teragak-agak, Aila memangku bayi tersebut ke dalam pangkuannya.

Saya Sayang AwakWhere stories live. Discover now