Matanya memerhati pergerakan Aila yang sedang berjalan bersama seorang lelaki. Lelaki lain pulak. Hari tu dengan lelaki lain. Haih! Mana satu yang betul ni. Hati pun tengah menggelegak panas sekarang ni sebab jeles tengok Aila dengan lelaki lain kali ini. Kalau lelaki yang sama pun aku tetap jeles. Dah tu sembang, borak-borak kemain lagi mesra.
Dengan aku? Hmmm...jangan haraplah dia nak borak sakan macam tu. Kalau jumpa aku je, asyik mengelak! Tak pun lari.Marina memandang ke arah yang sedang dipandang oleh adiknya. Apa yang dia tengok sebenarnya ni? Dari tadi macam terhendap-hendap je. Namun, bila dia ternampak Aila dengan seorang lelaki lain, baru dia faham. Hahaha...takkanlah adik aku ni jeles kot? Hmmm...aku jadi tertanya-tanya memang dia sukakan
Aila ke macam mana? Dah banyak kali dah dia nak terkantoi dengan aku tapi sajalah aku buat senyap tak tanya banyak.Bahu Aris ditampar perlahan dari belakang menyebabkan Aris tersentak. Mungkin terkejut sekali. Mata Aris jelas cuak bila melihatnya di belakang. Hmmm...sah! Memang dia tengah sukakan Aila. Tak nak mengaku! Tapi, kalau dia sukakan Aila, Qisya dia nak letak dekat mana pulak?
"Apa kau ni kak? Main terjah je. Nasib baik jantung aku ni still ok,"
Aris mengurut dadanya. Janganlah kantoi dekat dia yang aku tengah stalk Aila tadi."Tak adalah...aku cuma pelik je kenapa kau suka stalk Aila eh? Kau sukakan Aila?" sengaja dia memancing umpan Aris.
"M...mm...mana ada. Merepeklah kau ni!" huish...berdegup elok jantung aku ni bila kak Marina tanya soalan macam tu.
"Yelah tu. Kau ingat aku tak tahu ke dik oii? Tak payah nak tipu aku sangatlah. Kalau kau suka, kau cakap je suka. Habis cerita kan? Tapikan, kalau kau suka Aila, macam mana dengan Qisya?"
Aris terdiam seketika. Qisya? Entah...dia langsung tak terfikirkan Qisya sekarang ni. Dia lebih tumpu kepada Aila. Tapi, bila dah tumpu dekat Aila mata dia sakit pulak jamah pemandangan yang...haish! Memanaskan hati aku betul!
"Dahlah! Stop nak berangan sangat! Ingat! Kau dah ada Qisya. Jangan nak jadikan Aila sebagai mangsa kau pulak. Aku pergi dulu. Pergi kerja terus! Tak payah nak mengendap anak dara orang sangat!" Marina berjalan pergi meninggalkan Aris. Macam-macam betullah adik aku ni.
KINI mereka berada di stesen Gemas. Hentian terakhir penumpang sebelum mereka bertolak balik dari Gemas ke Padang Besar. Aila meneguk air mineral di dalam botolnya. Hari ini, syif mereka akan habis di Padang Besar. Maknanya mereka perlu ambil train untuk pulang ke KL Sentral.
"Aila..."
"Ye?"
"Hujung minggu ni saya akan akad nikah. Lepas tu, tiga hari kemudian saya akan buat resepsi. Awak datang tau? Saya dah invite yang lain. Awak je saya belum invite lagi. So, ni kad kahwin saya..." Hafiz menyerahkan sampul kad undangan perkahwinan kepada Aila.
"Oh ya? Dah nak kahwin? Hmmm...selamat bakal pengantin baharu. Awak dah ambik cuti ke?" tanya Aila sambil memerhati kad undangan perkahwinan tersebut.
Majlis perkahwinan antara Muhammad Hafiz b. Hilmi bersama dengan pasangannya Yasmin Marina bt. Ameer Iskandar. Wait...Ameer Iskandar? Kenapa aku macam pernah dengar nama ni eh? Tapi...wait! Takkanlah ayah Aris kot? Emmm...tak mungkin! Alah! Nama macam ni banyak dalam satu Malaysia. Apa? Kau ingat ayah Aris je boleh dapat nama macam tu?
"Awak datang ye? Tak best lah kalau salah seorang kru kerja tak datang..."
"Insya-Allah saya akan datang. Kalau saya bawak kawan saya sekali boleh? Sorang je..."
"Bawak je. Tak apa. Tak luaklah makanan kalau setakat tambah seorang," mereka berdua ketawa. Kad undangan disimpan di dalam beg sandangnya.
Jam sudah menujukkan dua tiga puluh petang. Masa untuk mereka bertolak. Penumpang pun masih lagi berpusu-pusu masuk ke dalam train. Ada seorang pegawai memberi isyarat duduk di tengah-tengah platform.
Memberi isyarat sama ada mereka perlu bertolak atau belum. Bendera merah masih dinaikkan oleh pegawai tersebut. Selepas wisel ditiupkan,
Hafiz menekan punat menutup pintu train. Bendera hijau dinaikkan tanda mereka boleh memulakan perjalanan mereka. Perlahan-lahan acceleration ditolak naik ke atas pada tahap km/j yang telah ditetapkan. Kaki turut memainkan peranan dalam menekan brek. Selepas melepasi kawasan stesen, acceleration ditolak lagi untuk menambah kelajuan train.
YOU ARE READING
Saya Sayang Awak
RomansaTak pernah terdetik di fikiran untuk insan bernama Aila untuk berjumpa kembali dengan lelaki yang hanya sejarah kepadanya. Bukan sejarah hitam pun...cuma sejarah yang agak pervert bagi dia. Dia tak sukakan lelaki itu. Setiap kali terserempak, mes...