|B A B 2 9

5.2K 169 3
                                    

Alamak! Macam mana pulaklah kau boleh lupa ni Nuha? Haih! Dahlah hari pun dah malam. Masa macam nilah kau lupa nak ambik telefon! Tak pasal-pasal kena pergi naik atas balik. Untung jugak ada office mate yang belum balik. Nuha melangkah ke arah lif. Dia menekan punat nombor lima.

Sampai sahaja di tingkat lima, dia bergegas menuju ke arah ofisnya. Namun, dengan tak sengaja dia terlanggar salah seorang office mate nya. Aduh! Time orang nak cepatlah dia nak jadi eksiden pulak.

"Sorry..." ucap Nuha.

"Eh? Nuha? Awak tak balik lagi?" soal Jiha.

"Tak...saya datang balik sebab nak ambik telefon saya..."

"Oh...ok. Saya balik dulu ya?" Nuha hanya sekadar mengangguk. Dia bingkas menuju ke ofisnya.

Tiba-tiba sahaja suasana kelam. Tak ada elektrik. Blackout kot? Ah! Kalau blackout, macam mana pulak aku nak cari telefon aku! Haih! Tolonglah! Aku dah penat! Aku nak balik, nak rehat! Jadi pulak macam ni. Time penting nilah nak jadi blackout. Nak mengamuk pun tak guna. Baik aku cari je telefon aku.

Nuha terus-terusan meraba meja kerjanya dalam kegelapan. Mana pulak telefon aku ni? Yang aku rasa sekarang ni kertas-kertas je. Dia cuba mencari lagi. Hah! Dapat pun! Yes!
Alhamdulillah...baru sahaja dia hendak bukak lampu suluh, suasana ofis kembali terang benderang. Tanpa ragu-ragu Nuha segera bergerak meninggalkan ofis.

Baru sahaja hendak melangkah masuk ke dalam lif, tubuhnya diheret dan ditekup dari belakang. Dia cuba meronta namun gagal bila dia terbau cecair klorofom yang ada pada kain tersebut. Akhirnya, pandangannya kelam. Tak sedar.




TIDURNYA terganggu bila terdengar riuh suara-suara manusia di dalam bilik. Kepala yang terasa nyut-nyut dipegang. Ah! Sakitnya kepala aku. Dia cuba membuka mata tapi rasa berat. Digagahkan juga untuk buka mata. Pandangan yang kabur ditenyeh dengan jari. Makin lama pandangannya makin jelas. Anak matanya membulat bila melihat bilik yang diinapnya. Aku dekat mana ni?

Makin membulat matanya bila melihat ada beberapa orang lelaki berkopiah di hadapannya. Dan...seorang lelaki yang amat dia kenali. Rayden. Ap...apa yang dah jadi ni? Kenapa ramai orang ni? Kenapa aku ada dekat sini? Kenapa Rayden tak berbaju? Kenapa...orang tengok aku pelik? Nuha menilik dirinya. Masih lengkap dengan pakaian yang dipakainya semalam.

"Tak sangka pakai baju kurung tapi buat maksiat! Apa nak jadi dengan budak zaman sekarang?" ujar salah seorang lelaki yang berkopiah sambil tangannya menulis sesuatu.

"Hah?" Nuha bersuara perlahan.
Tekaknya terasa perit. Kejap! Aku blur ni! Apa yang dah jadi?!

"Ray...Rayden...apa yang dah jadi?" kepalanya masih lagi rasa pusing.

Kemudian, pengakuan dari Rayden apabila ditanya oleh pak cik berkopiah tersebut amat memeranjatkan Nuha. Rasa macam nak pitam lagi dia dibuatnya. Apa yang Rayden merepek ni? Sejak bila pulak aku terlanjur dengan dia? Penipuan apa ni?

"Ta...tak...pak cik! Saya dengan dia...ah!" dia memegang kepalanya yang terasa sakit.

"Are you okay?" tanya Rayden dan ingin memegang kepala Nuha.

"Jangan pegang akulah!" dia menepis kuat tangan Rayden.

"Depan orang pun nak buat maksiat lagi?" seloroh pak cik berkopiah tersebut.

Huh? Buat maksiat? Apa yang pak cik ni merepek? Sejak bila pulak aku buat maksiat ni?

"Rayden! Apa ni?!" dia memandang wajah Rayden yang dalam keadaan serba salah.

Saya Sayang AwakWhere stories live. Discover now