Bab 5

236 31 2
                                    


Hari ini Rafiq kelihatan lebih bersemangat dari hari-hari yang lain. Rambutnya dirapikan disikat kebelakang. Ketiak disapu deodorant, agar bau ketiak tidak melingkar keluar. Minyak wangi di spray di merata badan. Tidak cukup dengan itu, bedak juga diletak sama. Barulah wangi kata Rafiq. Lepas ni Adira pasti terpikat dengan lelaki wangi macam aku. Fergh.

"BAHAHHAHAHAHA, KAu ni dah bertukar jadi botol minyak wangi ke?" perli Marsha. Malang sungguh Rafiq bila pagi ini bukan dia berjumpa dengan Adira terlebih dahulu. "Dah la, aduh..lawak betul. Wangi-wangi sangat buat apa, bukan kau nak pergi interview pun. Pergi kelas je pun aduh..ahahaha." masih lagi Marsha ketawakan Rafiq.

"Blah la kau Marsha, sila bagi Adira balik badan dia."

Marsha mengesat air mata yang keluar kerana terlebih gelak. "Awak maaf." ujar Adira. Kali ini Adira kembali menguasai badannya. Rafiq senyum.

"Ala, nak maaf sebab apa. Bukan awak yang perli saya."

Adira senyum sambil menunduk. "Sebenarnya saya pun pikir macam Marsha fikir."

Rafiq menahan malu. Alahai memang wangi sangat ke? Sambil-sambil dia bersembang dengan Adira mata dia menjeling terhadap satu susuk tubuh yang berada di pintu kelas. Susuk tubuh itu dari tadi kelihatan seperti memerhati dirinya. Rafiq buat tidak endah. Mungkin sebenarnya orang itu memerhatikan orang lain.

<><><><><>

Semua pelajar kembali ke kelas selepas sahaja tamat subjek Bahasa Melayu di perpustakaan. Rafiq kembali ke tempat duduknya. Dia melihat satu kertas yang berlipat kemas diatas mejanya. Segera dia membuka. Sebuah teks yang panjang. Matanya terus kusyuk membaca apa yang tertulis pada kertas tersebut.

"Assalamualaikum Rafiq,

Sbnrnya tujuan kita tulis surat ni dekat awak sbb kita dah jatuh hati dekat awak..tapi kita malu nak ckp depan2 kat awak.. >.< eish~ *tiba2 muka kita jadi merah plak, tngok! tulis surat aja dah malu...belum jumpa lagi tehehe..

Selama ini kita bynk perhati awak tau..mungkin awak tak perasan kot, sbb awakkan selalu brsma Adira. Awak ngan Adira ada apa-apa ke? Eh, eh...maaf...tak sepatutnya kita tnya2 awak pasal ni...~

Erm, awak, kalau awak rasa nak balas surat ni..awak tinggalkan je surat awak kat bawah meja awak...~

nnti saya sendiri akn mnyelinap amik, hehe..~ Kalau awak rasa tak mahu layan, awak jgn tulis apa2..biarkan meja awak kosong..saya akan tahu.. >.<

Okey itu sjalah...saya takde idea nak tulis apa lgi...maaf kerana habiskan masa awak baca surat saya yng ntah apa-apa ni..."

Ini..ini..macam surat cinta je. Rafiq agak terkejut. Buat pertama kali dalam hidupnya dia dapat surat cinta. Tengok bertapa malangnya tak ada orang berkenan selama hidupnya. Dia cuba mencari nama pada surat itu. Tak ditulis.

Adira mendekati Rafiq. Sap! Surat dirampas dari tangan Rafiq. Rafiq menoleh. Diamati air muka. Ini Marsha.

""Surat apa ni wei!?" tanya Marsha."

Rafiq cuba mengambil kembali surat cintanya. BAP!! Perutnya ditumbuk. Senak rasanya. "Sakitlah!!" ujar Rafiq sambil pegang perutnya. Marsha senyum, dia membuka lipatan surat tersebut. Dia membacanya dengan tekun lalu setelah dia habis baca dia hentak surat tersebut diatas meja Rafiq dengan kuat.

"Best! So hang nak balas surat ni balik tak?" tanya Marsha.

"Ish aku tak tahu la, first time aku dapat surat macam ni. Lagipun apa yang aku nak balas? Orangnya pun aku tak kenal." jawab Rafiq. Dia pasti pemilik surat ini pastinya orang yang dia lihat tadi. Dari kelibat-kelibat dia rasa orangnya cantik. Budak kelas sebelah kalau tak silap.

Dewi PersonalitiWhere stories live. Discover now