Bab 8

268 33 5
                                    


Suatu hari, apabila Rafiq masuk sahaja ke dalam kelas dia begitu terkejut bila mana rakan-rakan kelasnya sibuk meletakkan sampah, menconteng meja Adira. Ini bukan perangai budak sudah berusia 18 tahun. Ini macam budak-budak masih tak matang.

"Woi korang buat apa?" tengking Rafiq. Mereka semua terkejut. Salah seorang dari mereka berjalan mendekati Rafiq. Mamat yang tak perlu tahu namanya ini, mengenakan rambut belah tepi.

"Hang tok sah sibuk sangat Rafiq, aku tau hang suka kat dia. Tapi hang kena tau jugak dia tu gila! Takkan hang tak dengaq citer dia belasah budak sampai masuk wad?" ujar mamat belah tepi.

"Hang pasti ke tu Adira yang buat?"

"Hang fikir la sendiri, bila dia hilang. Ada plak kes kena pukul. Semuanya sebut nama Marsha, sebut orang gila. Siapa lagi kalau bukan dia? So kalau hang tak suka apa yang kami buat hang boleh duduk diam-diam kat meja hang. Kitorang buat ni supaya dia takut sikit. Ingat diri dah kuat sangat ke? Lagi elok kalau dia jangan datang sekolah langsung. Orang gila macam dia mana patut pergi sekolah." dengan berlagaknya mamat belah tepi ini bercakap membuatkan Rafiq rasa macam nak sepak je mulut tu bagi terburai gigi.

"Ntah apa yang hang suka sangat dekat Adira tu pun tak tau la. Hang dah kena guna-guna dengan dia ke?" ujar sorang lagi mulut capul. Perempuan mulut capul ni Rafiq kenal dengan perwatakan kaki becok.

"Aku nasihat hang stop jela dengan Adira tu, silap-silap esok hang pulak jadi mangsa dia. " ujar Syakirin. Budak bajet bagus. Rafiq mengengam tangan serapatnya. Dia rasa marah sangat. Satu kelas berkompromi untuk menghukum Adira. Bukan sahih lagi berita ini. Kenapa terlalu cepat percaya khabar angin.

Rafiq dah bersedia untuk memarahi mereka. Apa yang diorang buat ini adalah salah. Rafiq sudah mengelegak.

"Hampa diamm lah!!!!!!"

Rafiq terkejut. Bukan dia yang menjerit. Dia toleh kebelakang. Melati dan Adira berdiri dibelakangnya. Adira lihat mejanya yang sudah teruk dikerjakan. Dia menitiskan air mata lalu dia terus berlari keluar. Mereka satu kelas tersenyum-senyum puas melihat Adira sedih.

"Hampa tengok! Apa hampa tak rasa ke perasaan Adira macam mana?" marah Melati.

"Awat hang dok bela sangat orang gila tu?"

"Aku pernah belajaq sini dulu, aku tahu perangai dia camna. Kalau pun Adira punya personaliti yang lagi satu tu buat macam tu.. mesti ada sebab.. Mesti depa kacau dia dulu."

"Eleh, hang toksah cakap banyak sangat. Kitorang pun tau jugak hang macam mana time dulu-dulu." ujar seorang lagi perempuan tudung singkat.

"Diam lah!" terus Melati berlari keluar. Rafiq lihat budak-budak kelasnya. Mereka sedikit pun tak ada rasa bersalah. Ini kah sikap manusia terpelajar? Rafiq mendengus. Rafiq turut keluar dari kelasnya.

<><><><><><><>

Rafiq lepak di kawasan padang, dia baring di sebuah kerusi batu yang panjang. Matanya menghala ke langit. Dia memikirkan apa yang telah berlaku tadi. "Bodoh Adira, kalau kau sentiasa kena buli macam ni kenapa kau tetap jugak amik tingkatan 6?" Bukan ke sepanjang tempoh dia ada kat sekolah merupakan tempoh-tempoh yang sukar baginya. Dia tak ada kawan, semua orang bencikan dia. Rafiq benar-benar tak mengerti dengan Adira.

"Kau tahu sebab apa?"

Rafiq dikejutkan suara. Hari ini termasuk ini sudah dua kali dia dikejutkan dengan suara tiba-tiba. Dia bangun, dia lihat Nani duduk di meja batu itu jugak. Dia duduk bahagian tepi-tepi memandangkan tadi dia tak ada ruang sangat untuk dia duduk.

Dewi PersonalitiWhere stories live. Discover now