Bab 11 + Bab 12

270 31 3
                                    


"Adira jom ikut aku." ajak Adlina. Adira terpinga-pinga. Dia baru sahaja bangun dari tidur. Tak sempat nak bermalas-malasan diatas katil sudah diajak keluar. Adira menguap.

"Dira ngantok la."

"Ish kau ni. Jom la, ayah tunggu tu."

"Nak kemana?"

"Ntah la. Jom la, tak best la kalau aku sorang je pergi." ajak Adlina sambil itu dia menarik-narik kaki Adira. Adira masih lagi dalam mood malasnya. Dia menarik kakinya lalu dipeluk erat bantal. Adlina mencekak. "Ee..kau cepatlah.." dia mengeletek kaki Adira. Adira ketawa mengekek-ngekek.

"Yela, yela.." Adira segera bangun dari tempat beradu. Dia mencapai tuala mandi. Masih lagi menguap. Rasa malas menyelubung dalam diri Adira. Adlina ni kalau ayah ajak keluar rajin sahaja ikut. Tapi untuk Adira, dia malas kerana pasti lambat pulang ke rumah. Adira lebih suka duduk di dalam rumah sahaja.

Hari ini Hasbullah membawa dua orang anak gadisnya keluar berjalan melihat suasana perlumbaan kereta drag. Hasbullah dan Adlina berkongsi minat yang sama, mereka teruja melihat kenderaan yang laju saling berlumba untuk mendapatkan tempat yang terbaik. Berbeza pula Adira. Dia cepat rasa bosan.

"Ayah bila kita nak balik?" tanya Adira.

"Ish Dira ni, tengah lumba ni. Kenapa nak balik awal sangat." tegur Adlina yang masih sedang seronok melihat perlumbaan yang sedang berlangsung. Adira mencebik. Dia memuncungkan bibirnya kedepan. Hasbullah yang melihat Adira merajuk, dia menyentuh kepala anaknya.

"Jom kita balik." ujar Hasbullah.

"Alaaaa..." Adlina pula yang tak puas hati.

"Tak apa lah, kita pun belum makan tengah hari, kita balik rumah dulu." ujar Hasbullah.

"Ok." jawab Adlina sepatah. Adira senyum kerana dapat pulang ke rumah. Lepas ni dia tak nak ikut lagi dah. Bosan. Dia lebih rela duduk di rumah dan membaca buku cerita lima sekawan tulisan Enid blyton.

<><><><><>

"Ibu masak apa hari ini?" tanya Adlina sambil peluk ibunya dari belakang. Fatimah yang sedang mencuci sayur-sayuran terkejut bila Adlina datang secara mengejut. Dia senyum.

"Ibu masak makanan kesukaan ayah."

"Oh, nak Lina tolong?"

"Kalau nak tolong ibu, pergi kejutkan Kak Syasya. Suruh dia bantu ibu kat dapur ni." arah Fatimah.

"Ala, Lina nak tolong jugak bantu ibu kat dapur." ujar Adlina separa merengek.

Apabila melihatkan kesungguhan Adlina yang ingin membantu dirinya, Fatimah menjadi tak sampai hati. Dia menyerahkan tugas membasuh sayur pada Adlina. "Basuh elok-elok, jangan main-main. Mak nak pergi kejutkan kakak kamu tu."

"Okeyh." senyum Adlina gembira dia dapat menolong. Adira memasuki ruang dapur. Melihat Adlina yang menyanyi kegembiraan hanya kerana menolong basuh sayur sahaja. Tak faham Adira.

"Itu pun nak seronok." ungkap Adira.

"Mestilah, kau apa tau. Memang kalau kita fikirkan basuh sayur ni bukan benda yang best."

"Abih tu kenapa Adlina basuh jugak kalau tak best."

"Sebab benda yang best adalah perkara yang disebaliknya. Kerja ibu jadi mudah. Tak ke benda tu best?"

"Emm." Adira fikir lama. Adlina ketawa. "Aku tahu apa yang kau fikir. Dalam dunia ni, kalau kau berjaya mengurangkan kesusahan orang lain walau sedikit pun sebenarnya adalah suatu yang mulia. Kalau kau meletakkan diri kau dalam kesusahan seseorang bermakna kau mengurangkan beban dia. Kan baik tuh."

Dewi PersonalitiWhere stories live. Discover now