Bab Satu

35 2 0
                                    

  Aku melangkah laju ke dalam kelas 5 Usaha.Pelajarku pasti sudah menunggu dengan begitu lama kerana guru-guru baru sahaja selesai bermesyuarat.Salam diberikan dan kelas bahasa inggerisku dimulakan dengan semangat.Sama seperti hari-hari sebelumnya.Ketika loceng berbunyi menandakan waktu sudah habis, aku melangkah pula ke kantin.

  Dari pagi aku tidak makan kerana merajuk dengan papa yang tidak mahu memberikanku peluang untuk menjelaskan tentang hubunganku dengan Tengku Rayyan.Bukan aku yang salah.Rayyan si penipu dan munafake paling besar atas muka bumi inilah punca kami putus.Lagipun itu cerita lama dan kenapa tiba-tiba papa mahu bincangkannya semula?

  Aku dah malas nak fikir pasal lelaki perangai cenggitu.Nak kata hensem tu tak adalah sangat.Muka macam periuk tak basuh!Peristiwa 8 tahun lepas masih segar dalam ingatan apabila aku dimalukan dengan begitu teruk di hadapan orang lain.

  Spm yang akan menjengah seminggu dari sekarang betul-betul buat semua student insaf dan tekun mengulangkaji pelajaran.Ketika ini, aku bersekolah di sebuah sekolah berasrama di utara Malaysia.

  Papa yang sibuk dan mama yang masih dengan kerjanya di Paris tidak mungkin dapat melawatku hujung minggu ini.Jadi aku hanya pasrah dan berharap agar Rayyan; teman lelakiku  akan mengajakku bertemu dengan kedua orang tuanya seperti selalu.

  Hari Khamis semakin mendekat tetapi Rayyan masih belum memberitahuku apa-apa.Dia juga sudah jarang ke kelasku untuk study bersama.Jadi, aku kelasnya dan menebalkan muka untuk bertemu dengannya.

  "Rayyan, weekend ni parents kau datang tak?"soalku malu-malu kerana rakan sekelasnya memandangku dengan pelik.

  "Hmmm...kenapa?"soalnya kembali dingin.

  "Aku ingat nak jumpa parents kau sebab parents aku tak boleh datang.Minggu depankan dah start spm.So, aku ingat nak pinjam semangat sikit dari parents kau."balasku dengan senyuman.

  "Tak boleh.Weekend ni aku dah ajak Iman jumpa parents aku.Aku nak kita putus."balasnya sedikit kuat sehingga seluruh pelajar di dalam kelasnya memandang ke arah kami.Iman juga melakukan hal yang sama dari meja belajar Rayyan.

  Mudahnya dia cakap putus.Air liur yang aku telan terasa berpasir.Air mata yang bergenang aku tahan supaya tidak menitis.Malunya tu tahap hanya Allah sahaja yang tahu.

  "Kenapa tiba-tiba?"soalku dengan suara yang tersekat.

  "Sebab kau bukannya baik sangat pun.Menggedik dengan budak lelaki kemain macam takda boyfriend.Tambah-tambah lagi dengan budak lelaki kelas kau.Kau ingat aku tak tahu?"suaranya meninggi dan ketika itulah Iman datang dan memegang tangan Rayyan.Mungkin menyuruhnya sabar dengan perempuan tak baik macam aku ni.

  Aku mengangguk faham. "Aku perempuan tak baik.Tapi sekurangnya aku tak pernah sentuh budak lelaki macam aku pegang abang-abang aku.Kau tunggu nanti aku pulangkan semula hadiah yang kau pernah bagi kat aku."

  "Tak perlu.Buang saja."keras suara Rayyan ketika ini.

  Aku terus menapak ke kelas dengan mata yang banjir.Air mata yang tak dapat aku tahan aku biarkan saja mengalir.Sampai sahaja di meja, terus aku sembamkan muka di meja.Tahap stress aku meningkat.Budak kelas semua kerumun aku tanya apa yang jadi.

  "Rayyan dah ni."ketua kelas bersuara .

  "Iman punya pasallah ni."kata pelajar lain pula.

  Aku angkat muka dan lap air mata yang bersisa.75 peratus pelajar kelasku adalah pelajar lelaki kerana kelas belakang sememangnya dipenuhi pelajar lelaki yang hanya tahu bersukan sahaja.

  "Hang okay dak ni Aya? Nak kami taboh Rayyan ka cemana?"soal Mat dengan loghat utaranya yang pekat.

  "Biarlah dia.Korang jangan cakap apa-apa langsung kat dia.Buat macan korang tak tahu apa-apa.Aku just nak dia happy even dia tinggalkan aku.Aku tak mahu dia rasa bersalah even aku rasa macam nak slap muka dia depan classmates dia sebab malukan aku.Hahaha."aku ketawa sekejap selepas tu.

  "Aku tak faham macam mana kau fikir tapi kami sekelas sentiasa ada untuk kau."kata Nina dan kemudiannya aku menyuruh mereka sambung study seperti sebelumnya.

  Keesokan harinya, aku perlu lalu kelas Rayyan untuk ke makmal.Aku buat biasa macam tak ada apa-apa.Betapa terkejutnya aku kerana wajahnya bengkak dan lebam.Dia yang berjalan keluar dengan kaki yang terjengket itu membuatkan separuh hatiku berasa puas dan separuh lagi kasihan terhadapnya.

  Aku tahu semua ini kerja siapa.Siapa lagi kalau bukan budak lelaki kelas aku sendiri.Aku berjalan laju untuk mendapatkan ketua kelas, inche Aiman yang penuh dedikasi.

  "Korang kerjakan dia ke?"soalku.Aiman hanya tersenyum ke arahku dan mengangguk mengiyakan semua lebam di wajah Rayyan itu kerjanya dan boys kelas aku.

  "Hang marah ka kami buat macam tu kat dia?"soal Mat dari belakang.Mungkin terdengar pertanyaanku kepada Aiman.

  "Buat apa nak marah?Biar aje dia.Aku dah tak kenal Tengku Rayyan tagune tu dah."balasku dengan senyuman dan aku pasti Iman akan menyerangku di asrama nanti.

Jodoh Depan MataWhere stories live. Discover now