Bab Lima

7 0 0
                                    

  Sudah masuk hari yang ketiga sejak nenek meninggal.Setelah begitu lama dia menderita, akhirnya nenek dijemput Ilahi juga.Pelbagai cara dan ikhtiar yang kami lakukan sehingga seminggu sebelum nenek meninggal, dia menolak untuk menerima sebarang rawatan atau makan ubat.

  Kali ini, papa tidak membantah walau ke mana jua kami membawa nenek untuk berubat.Malahan,papa banyak berusaha untuk mencari pakar antara kenalannya.Mungkin papa tidak mahu kejadian yang menimpa mama berlaku lagi tetapi, nenek tetap pergi dijemput Ilahi.

  Semua ahli keluarga datang berkampung di rumah memandangkan sekarang cuti raya cina.Papa sediakan semua dengan lengkap.No, I mean Mak Timah.Hanya yang bekerja sahaja pulang ke rumah masing-masing.

  Aku hanya berkurung di dalam bilik sejak malam semalam.Malas nak hadap mak-mak saudara yang mungkin akan tanya soal hidupku.Bila mahu kahwin?Bila mahu dapat anak?Dah ada calon?

  Soalan-soalan sebegitu mungkin akan membuatkan aku pening bagai naik roller-coaster.Sudah aku pesan kepada Along dan Angah supaya memberitahu papa bahawa aku tidak sihat dan papa hanya iakan sahaja.Mungkin papa mengerti.

  Selepas maghrib, air mataku meleleh sendiri.Mungkin  aku rindukan belaian nenek setelah kami selesai solat maghrib.Aku akan tidur di atas riba nenek sebelum kami menunggu waktu isya.

   Setelah 3 hari berkurung, dan mendapat info daripada Along bahawa kebanyakan saudara sudah pulang ke rumah masing-masing, baru aku turun ke dapur untuk menjamah nasi.Itupun kerana perut asyik meragam sebab selalu isi perut dengan roti dan peanut butter.

  Jam menunjukkan angka 12 tengah malam.Aku mendapat pesanan whatsapp dari nombor yang tidak dikenali.Mengucapkam takziah dan meminta maaf kerana sudah lama tidak menghubungiku.Aku penat meneka di dalam otak jadi terus aku bertanya siapa.

  Ringkas jawapannya; Jade.Jadi aku terfikir mungkin pengirim itu salah nombor.Malas melayan, aku letakkan telefon di atas meja.Baru sahaja mahu melelapkan mata, ada panggilan masuk.Kacau aje.

  "Hello?"aku mulakan dahulu.

  Sunyi aje bunyi pemanggil.Bencinya kena prank tengah-tengah malam macam ni.

  "Hello.Jade ni.Kenapa ignore I?"

  Aku rasa macam nak sepak aje.Aku tak kenal kut.Suara pun tak pernah dengar.

  "I'm sorry.I never heard that name.You salah nombor ni I guess."aku membalas masih sopan.

  "Nyssa! Ni I, Jade.Name penuh I Faris Rizqy.Remember?"soalnya penuh teruja.

  Aku loading sekejap dan kemudian baru terbayang figura temanku sewaktu di Manchester.Lelaki tinggi, berkulit putih, dan memakai pendakap gigi itu sangat membantuku dahulu.Paling penting, rambutnya kerinting!Kalau nak bayang; ibarat finwolhfhard pakai pendakap gigi la.

  "Eh kau lain kali jangan nak prank huduh macam ni eh.Aku tampar kau karang sampai lebam."marahku.Ketika aku sudah pulang dan mengajar di sekolah, Jade masih menyambung pengajian dalam bidang yang sama.

  Jade lahir di Kedah, tinggal di Melaka tetapi zaman sekolahnya di Perak.Wajahnya putih bersih dan kalau dipakaikan telekung sumpah sebijik macam Rose; teman rapat sekolah menengahku yang paling cun.Tingginya Jade itu 197 cm.Dia banyak mulut dan kadangkala mulutnya itu lagi berbisa dari seorang kakak propa yang profesional.

  Alah, saja mahu memanjangkan cerita jadi aku describe semua pasal dia.Jadi, kalau dipendekkan cerita, dia teman baikku yang paling gila dan dia tidak mempunyai awek.So orang sekeliling boleh anggap kitoarang pasangan couple walhal dia tak rasa aku menarik walaupun aku minat dia dari dulu sebab rambutnya yang kerinting itu.Atau mungkin dia mengharapkan yang sama tetapi kami lebih selesa keluar berdua melepak sebagai 'teman sejati' dan tidak mahu hubungan kami putus sepenuhnya jika kami tiada jodoh.It would be like a total stranger to your ex.Macam aku dengan Rayyan sekarang.

  Macam aku dan Rayyan.Ya.

 

Jodoh Depan MataWhere stories live. Discover now