Bab Dua

16 1 2
                                    

  Aku keluar awal hari ini memandangkan aku mula bertugas minggu ini dan perlu menyambut pelajar yang datang ke sekolah.Walaupun semalam aku terpaksa bersengkang mata menjaga nenek yang demam.

  Sudah seminggu nenek demam.Along dan Angah sudah bising mahu menghantar nenek ke hospital kerana demamnya tak juga kebah.Papa hanya mengiyakan tindakan nenek supaya biarkan saja nenek tinggal di rumah. Malas memanjangkan cerita, kami tiga beradik hanya setuju sahaja.

  Aku dan Cikgu Suraya, menunggu kehadiran pelajar di tepi pagar.Pelajar perempuan akan datang bersalaman manakala pelajar lelaki hanya menyapa.Inilah rutin warga sekolah sejak PK HEP baru datang tahun lepas.

  Selesai perhimpunan, aku ke kafe untuk sarapan.Ramai juga guru yang tiada kelas pagi di kafe.Sambil menunggu nescafe panas, aku terdengar guru-guru di meja sebelah bersembang.Bukannya aku sengaja memasang telinga, tetapi aku memang seorang yang gifted dengan telinga lintah.Acewah.

  "Dengar cerita ada guru baru akan pindah sini.Rasanya guru matematik.Perempuan dan muda macam Sakeena juga."kata Ustazah Lina.

  Muda macam aku?Tak mungkin si Iman yang acah baik tu akan mengajar di sini juga.Kali terakhir aku dapat tahu Iman menyambung pengajian di Manchester dalam bidang Math.Dunia pasti akan berakhir kalau Iman juga mengajar di sini.

  Sungguh perasaanku kuat mengatakan bahawa Iman yang akan berpindah ke sekolah ini sebagai guru matematik baharu memandangkan Sir Michael berpindah ke Perak sebulan lepas.Ini memang petanda tak baik.Setelah mendapat nescafe panas, aku terus menapak ke bilik guru.

  "Lisa, kau tahu tak Iman sekarang mengajar mana?"soalku terus setelah telefon berangkat tanpa memberi salam.

  "Ish, kau ni Aya.Kut ya pun bagilah salam dulu.Last aku dengar dia mengajar kat sekolah di Sabah.Kenapa?"soal Lisa semula.

  "Aku dengar ada cikgu major Math akan pindah ke sekolah aku.So, perasaan aku kuat mengatakan si Iman tu yang akan pindah sini.Kau fahamkan apa akan jadi kalau kitaorang jumpa?Last time we meet she almost died okay.Don't forget that."aku membebel kat Lisa yang mungkin tengah busy dengan kes baru dia.Lawyerlah katakan.

  "Nanti aku check dengan orang lain kalau-kalau dia akan berpindah ke sekolah kau."kata Lisa penuh semangat.Aku kemudiannya memohon maaf kerana sikapku yang kurang sopan dan meneruskan kerjaku seperti biasa.

  Selepas solat maghrib, Along mengajakku membawa nenek ke hospital.Walau aku tahu sudah berkali papa menolak keras untuk membawa nenek ke hospital, Along pasti tidak setuju juga dengan papa.

  "Papa tahu tak?"soalku ketika kami menapak ke dalam bilik nenek.

  "Tak.Angah cakap tadi hari ni papa kena jumpa rakan kongsi dari China dan akan pulang lambat malam ini."balas Along dan kemudiannya menggendong nenek ke dalam kereta.Kali ini nenek tidak pula menolak.Mungkin dia sendiri sudah penat berkeadaan sama atau lebih teruk dari sebelumnya sudah seminggu.

  Aku mengambil duduk di sebelah Along.Melihat wajah abang sulungku begitu serabut, aku menampar pipinya perlahan.Terus dia angkat kening sebelah 'kenapa'.

  "Stress aje muka tu.Kenapa?Awek buat hal ke?"soalku ingin membuatkan Along terhibur.Seingatku, teman wanita Along paling baik dengan ahli keluargaku.Orangnya cantik, baik tetapi seksi sedikit.Kata Along, semua itu boleh diubah setelah mereka kahwin nanti.Jadi, kami pun iyakan sahaja.

  "Haah.Macam mana adik tahu?"soalnya kembali membuatkan aku sedikit terkejut.Tak sangka soalan spontanku akan mendapat jawapan sebegini rupa.

  "Saja tanya.Dah kalau muka yang tak hensem tu jadi serius aja sepanjang masa, adik ingat Along ada problemlah."

  Kereta Along berhenti di hadapan pintu unit kecemasan.Kemudiannya,beberapa orang jururawat mendapatkan kami dengan kerusi roda.Hanya aku yang mendaftarkan nenek seperti orang bodoh kerana sudah lama aku tidak berurusan di hospital dan Along memarkir kereta entah di mana.

  Agak sesak juga kerana mungkin hari ini hari minggu.Nenek hanya memerhati keadaan sekeliling atau mungkin dia sudah malas mahu melakukan bahasa isyarat.Oh, lupa hendak beritahu bahawa nenekku seorang yang bisu.

  Setelah 20 minit lamanya Along memarkir kereta,dia mendapatkan kami dengan sedikit jajan di tangan.Haish, tabiat itu memang tak boleh nak buang gamaknya.

  "Lama lagi ke turn kita?"soal Along yang sudah mula mengunyah cikides di tangan.

  "Taklah lama sangat.Sabar sikit aje lagi."balasku.

  "Tu, dah sampai turn nenek.Siapa nak masuk teman ni?"soal Along.Aku tudingkan jari telunjukku kearahnya.

  "No.No.Dua-dua masuk baru fair and square."cadang Along pula.Aku hanya menjulingkan mata ke atas.Malas layan mamat sorang ni.

  "Along!Adik!"

  Serentak itu aku dan Along mengalihkan pandangan dan melihat Angah yang lagaknya seperti bertahun kami tidak berjumpa.Adegan seperti ini hanya sesuai dilakukan di airport dan bukan di hospital yang ramai orang tak sihat akan memandanganya pelik.

  "Okay, jom masuk."aku mengheret kedua tangan mereka sambil Angah menolak kerusi roda nenek.Kalau menunggu kami semua buat jejak kasih di sini, mungkin nenek akan dimasukkan terus ke ICU.

  Masuk sahaja bilik doktor, terus namaku yang dipanggil.Serius terkejut sebab nenek yang sakit dan obviously, nama aku dan nenek sangat berbeza.Manalah tahukan, doktor salah baca ke.

 

Jodoh Depan MataWhere stories live. Discover now