Bab Empat.

10 0 0
                                    

  "Sudahla Angah.Niat dia baik nak lawat nenek.Lagipun adik yang bagi dia masuk dalam wad untuk letakkan buah tangan tu."aku mengaku salah.Kalau dibiarkan perbualan ini dipanjangkan, mungkin hati Rayyan terobek kecewa dek mulut Angah yang tidak bertapis langsung itu.

  Angah melihat wajahku dengan riak tidak puas hati.Mungkin marah kerana aku membela Rayyan yang hanya diam dari tadi.

  "Maaflah ye.Saya ingat tadi tiada sesiapa.Sungguh niat saya baik untuk melawat Nenek Aya."balas Rayyan yang sudah kelihatan stress.Dia menapak ke pintu sebelum Angah memanggilnya semula.

  "Sorry bro.Aku emo.Serabut sikit and aku still ungkit benda yang dah lepas antara kau dengan adik aku."Angah meminta maaf.Dia kelihatan serabut dengan masih berkemeja putih dari pejabat.

  Kemudian, Along masuk tanpa memberi salam dan wajahnya sedikit terkejut apabila melihat Rayyan, Angah dan aku dalam bilik yang sama dengan muka bersahaja.

  "Wrong timing ke sekarang?"soal Alomg dengan muka blur yang sengaja dibuat.Aku rasa macam nak cepuk aja abang pertamaku ni sekarang.

  "Tak.Along sampai lewat ni kenapa?Ada problem dengan papa ke kat rumah?"aku menyoal dengan nada yang agak risau.Tapi, tidak pula kelihatan bengkak di mana-mana bahagian wajah Along.

  Aku bukannya apa.Semua sudah sedia maklum bahawa papa adalah juara judo peringkat kebangsaan tahun 1998.Entah di mana papa belajar seni mempertahankan diri yang asalnya dari negara matahari terbit itu.

  Along angkat kening kat aku.Nampak sangat semuanya okay di rumah.Tapi persoalan dia lewat itu membuatkan aku rasa macam nak sepak dia laju-laju ke dinding.Badan dah melekit sebab ke hulu ke hilir selesaikan urusan menempatkan nenek tadi.

  "Okay.Now I gotta go.Esok kena masuk pagi."Rayyan meminta diri.Jadi aku hanya mengangguk dan macam biasa, Along dan Angah akan berjabat tangan dengannya.Adatkan.

  "Apa jadi sebenarnya kat rumah?Takkan papa tak perasan kita berempat takda di rumah."soal Angah tak puas hati.Angah ni macam berharap aje papa ambik peduli tentang hal ni.Cari mampus agaknya.Cubala bersyukur sikit.

  "Dia terlalu busy untuk pedulikan kita.Tiba-tiba Mek Ngah dari Kelantan datang satu famili.Katanya ada benda nak bincang so Along pun ngaku gitu-gitu aje.Acah faham.Tunggu semua tidur dulu, baru Along chow."cerita Along dengan teruja.Mungkin bersyukur temberang kitaorang tak pecah lagi.Tapi, macam mana esok? Atau lusa?

  "Mek Ngah? Nak apa ?"Angah tak puas hati.Kali terakhir kami berjumpa keluarga Mek Ngah adalah ketika aku berusia 12 tahun.Apa agaknya yang membuatkan satu keluarganya datang ke rumah? Setelah kami kaya? Setelah kami semua berjaya? Setelah papa berjaya membina syarikat lampunya sendiri?

  "Mana Along tahu.Nanti papa akan bagitau kita juga.Sama macam waktu papa ceritakan betapa hinanya keluarga kita waktu kita orang biasa dulu.Semua keluarga papa berjaya dengan butik, syarikat pembinaan dan lawyer yang ternama.Hanya papa yang bekerja di kilang.No worries my sweetie."kata Along lepastu terus buat kuak lentang di atas sofa. Aku pandang Angah, Angah pandang aku.Malas layang mamat screw up ni.

                      ~~~~~~~~~~~~~

  Keesokan paginya, aku terus ke sekolah setelah mandikan nenek dengan sabun kesukannya yang dibeli di pasar pagi.Nenek meraba-raba wajahku seperti dia ingin mengingati wajahku selamanya.Jadi aku fikir, hari ini mungkin aku perlu ke sekolah hanya sekejap.

  Tinggalkan pesanan kepada inche pengetua bahawa aku tidak ke sekolah hingga nenek lega demam.Aku takkan kisah kalau dibuang terus.Papa,Along dan Angah masih mampu menyara aku walau hanya duduk goyang di dalam bilik.Tetapi, demi tidak mahu dinggap anak yang tidak pandai membawa diri, aku bekerja juga.

  "Angah, I can feel nenek.Can you please come to the hospital right now?"soalku setelah mendapat tahu tentang penyakit nenek yang sebenarnya.

  Bukan demam.Nenek menghidapi barah payudara peringkat empat.Jadi doktor cakap kemungkinan tu agak tipis.Faham sendirilah apa yang tipis tu ya.Aku masuk ke dalam bilik.Nenek terlantar dengan senyuman di wajahnya.Keadaanya agak berbeza dari semalam.Wajahnya pucat, matanya merah dan senyumannya sudah hilang manisnya.

  Aku tahu tu.Nenek risau.Nenek sedih.Tapi aku tak boleh salahkan  nenek kerana ini takdir yang sudah tertulis sejak azali lagi.Jikalau hidup, nenek hanya akan menderita, aku rasa lebih baik jika nenek pergi dulu.Berjumpa mama mungkin?

  Terlalu banyak perkara yang berlegar di dalam fikiranku.Kusut bagai rambut yang tak disikat bertahun dan banyak imaginasi tak guna yang aku fikirkan sekarang.

  "Kenapa ni dik?!"soal Angah yang baru masuk dengan peluh yang merenek di muka.Tanpa salam dan bersama Along yang merah bagai udang kering dijemur di tepi pantai.

Jodoh Depan MataWhere stories live. Discover now