"Wah..cantik la princess papa ni.."Puji Daniel kepada anaknya yang sedang tersenyum malu.
Dia cepat2 mengeluarkan telefonnya dan menangkap gambar anaknya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Nanti dekat sana stay dengan papa je tau."Kata Daniel dan Daerin hanya mengangguk.
•••
"Yo!Daniel.Meh la sini minum."Sungwoo mula menarik tangan rakannya dan Daniel hanya menurut je.
"Papa!Papa?!!"Daerin tercari2 papa nya sedangkan papa nya sibuk minum minuman keras dengan member sendiri.
"Papa?Papa dekat mana——..papa.."Daerin tersentak bila nampak papa nya mengepit sebatang rokok di dua jarinya.
Satu tangan sibuk mengepit rokok manakala satu lagi memegang cawan minuman keras.
"Papa dah janji dengan Daerin papa takkan smoking."Kata Daerin seorang diri dan terus menutup matanya bila ada seorang perempuan berpakaian ketat duduk di peha Daniel.
"Adik?kenapa adik tutup mata?"Suara tersebut membuatkan mata Daerin celik semula.
"Oh,nama saya Jisung.Boleh panggil samcheon."Kata Jisung dan tersenyum manis kepada Daerin.
"Mana ayah adik?"Daerin menunjuk ke arah Daniel sambil menutup mata kerana tidak sanggup melihat view tak manis.
"Papa kata Daerin kena stay dengan papa kat sini.Tapi papa dah hilang dulu tadi."Jisung terus mendekati Daniel.
"Daniel.Kau dah lupa ke anak kau dekat sini."Kata Jisung dan Daniel terus berdiri membuatkan perempuan tadi terjatuh.
"Shit!"Daniel terus mendapatkan Daerin yang sudah berada di luar.
"Daerin!!"Daniel memegang tangan anaknya tapi Daerin menarik tangannya semula dan berpeluk tubuh sambil mencebik dengan air mata bergenang.
"Papa jahat.Papa dah promise tak nak smoking dah.Papa baru janji semalam.Papa dah tak sayang Daerin kan?Daerin nak balik dekat mama."Kata Daerin sambil menangis.
"Dae-Daerin..jangan macam ni."Daniel memeluk Daerin tapi Daerin menggigit telinga papa nya.
"Auch!!Daerin!!"Secara tak sengaja,Daniel meninggikan suaranya membuatkan Daerin tersentak dan terus merengek.
"Papa jahat!Daerin tak nak kawan dengan papa!"Daerin terus berlari meninggalkan Daniel.
"Diam!Daerin pegi mandi lepastu tidur!Papa tak nak Daerin protest!"Marah Daniel dan Daerin menghentak kaki ke dalam bilik mandi.
"Papa jahat!Daerin tak nak kawan papa!"Jerit Daerin dari dalam bilik mandi.
Daniel melepaskan keluhan berat dan terus menghenyakkan punggung ke atas sofa.
"Mama,Daerin rindu mama..papa dah tak sayang Daerin..mama amiklah Daerin kat sini.."Kedengaran suara Daerin bergema dari dalam bilik mandi.Perasaan rasa bersalah mula menyelubung diri Daniel.
Daniel jalan menghampiri bilik mandi dan pintu diketuk.
"Daerin.Papa masuk tau."
Belum sempat Daniel pegang tombol pintu,Daerin dah kunci dulu.
"Daerin taknak jumpa papa.Papa jahat.Daerin tak nak tidur dengan papa."
Daniel mengeluh lagi.
"Jangan lama sangat mandi tu.Nanti demam."Pesan Daniel.