-Day 3-
Daerin celik dari tidurnya kerana bau yang tak menyenangkan.
Figura papa nya jelas kelihatan di balkoni bilik tidur.
Daerin mendekati papanya dan memeluk kakinya.
"Daerin.Jangan datang sini.Tak elok."Kata Daniel sambil menghembus asap rokok dari mulutnya.
"Papa tak sayang Daerin ke."Kata Daerin dan menarik papa nya sehingga sama tinggi dengan dia.
"Papa sayang Daerin.Sebab tu papa tak bagi Daerin datang sini."Balas Daniel dan mengusap lembut rambut anaknya.
"Papa.Kenapa papa smoking?"Soal Daerin dan Daniel hanya tersenyum pasrah.
"Kalau papa cerita pun Daerin takkan faham."Jawab Daniel dan Daerin memegang tangan papa nya.
"Papa sayang Daerin kan."Kata Daerin dan Daniel mengangguk.
"Daerin nak papa buang tu."Daerin menuding ke arah rokok yang berada di jari Daniel.
Daniel mencucuh rokoknya ke bekas rokok.
"Okay.Daerin nak papa janji.Takkan smoking lagi.Daerin sayang papa.Daerin tak nak papa sakit.Kalau boleh Daerin nak mama dengan papa jadi macam dulu walaupun Daerin tak tau dulu mama dengan papa macam mana."Kata Daerin panjang dan Daniel mengangguk perlahan.
"Papa janji.Tapi yang pasal mama dengan papa tu papa tak sure."Kata Daniel dan Daerin hanya mencebik.
"Papa akan cuba.Okay,princess?"Kata Daniel cuba menyedapkan hati anaknya.Daerin tersenyum sekilas.
•••
"Harini papa kena pergi kerja.Daerin kena ikut tau sebab takde orang nak jaga Daerin nanti."Kata Daniel dan mengeluarkan baju Daerin dari begnya.
"Okay.Tapi lepastu papa kena belanja Daerin eskem."Kata Daerin dan tersenyum lebar.Daniel mengangguk sambil tergelak kecil.
"Dah.Pergi mandi papa dah siapkan air dalam bath tub"Daniel memberikan tuala kepada Daerin dan Daerin bergegas ke bilik mandi.
"Daerin,Daerin."Daniel menggelengkan kepala sambil mengeluh lembut.
Tak ubah macam mama dia :) -daniel

YOU ARE READING
Papa 『C』 (KDNL)
Fiksi Penggemar*ting tong* "Sape pulak la nak kacau aku pepagi buta ni.." "Papa!" ••• Kang Daddy 💕