1 (Hello New School)

73 10 2
                                    

Nama aku Nur cahaya Kasih. Tak percaya? Good . Sebenarnya aku tipu.
Nama aku, Nur Merlissa Adora binti Azmizan dan umur aku, 17 tahun. Yesh Tahun ni aku akan menduduki SPM. Omaigad takut weehhhhhh. Rilek rilek, lama lagi kut.

Aku berjalan di sekitar koridor yang agak menyeramkan ini. Sekolah ni berpuaka ke apa? Sunyi sangat. Satu orang pun aku tak nampak. Whatdaheol ?! Jam tangan jenama G-shock aku pandang. Dah pukul 8 rupanya. Patutlah takde orang. Waktu pembelajaran dah mula dan kaki aku pulak berjalan tanpa tahu arah tuju. Maklumlah aku budak baru kat sini. Someone help me pleaseeee~

Bammm! !

Yeah, finally aku jatuh tersungkur apabila aku rasa aku terlanggar satu objek dihadapan ku. Padan muka, jalan tak tengok depan. Sibuk pandang sekeliling. Rasakan penangan nya wahai Merlissa Adora. Rasakan.

Kepala aku dongakkan melihat objek yang aku langgar tadi. Bermula dari bawah, ehh kaki? Objek ape ni? Ohhh aku tau. Patung . Sekolah ni pehal? Letak patung tengah tengah laluan macam ni. Kang orang terlanggar kan naya tu. Kalau student lama okay lah sikit. Diorang dah tahu kewujudan patung pelik ni kat sini. Lain lah budak baru macam aku ni. Tapi, lawa siot patung ni, macam 3D pulak even aku hanya nampak kaki je.

"Puas tengok kaki aku? Muka aku taknak tengok ke?"

Eh? Patung bercakap weh?!
Kepala aku dongakkan dan...

Oh Mai Mbekkkk ! !

Manusia rupanya~

"Ehh sorry sorry. Saya tak sengaja, ingatkan patung tadi. " mulut segera aku tutup menggunakan kedua belah tangan ku. Aku baru cakap dia patung ke tadi ? Matilah kau Merlissa Adora. Aku minta maaf lah ye duhai si manusia dahlah aku langgar kau. Aku cakap kau patung pula tu.

" muka aku yang handsome ni kau katakan patung? Kau ni tak sayang mulut ke ha? " tenang sahaja ayat yang keluar dari mulut nya namun mata nya sudah menunjukkan yang dia sedang marah sekarang ni. Oh no !

"Muka kau tu yang macam Dora. Pendek ! " ciss mulut dia ! Nak kena sambalado ke cik abang oi ? Harap muka aje handsome, perangai cilake !

" kau diam aje dah kenapa? Dah bisu? Takkan dora dah bisu kut. "

segaris senyuman sinis dihadiakan buat aku, aku? Apa lagi, Mata aku dah macam helang dengan pandangan yang super padu tajam menikam anak mata nya yang berwarna hazel itu. Aku masih lagi membisu kan diri. Lantak kau lah !

"Kau nak duduk situ sampai esok ke budak? "

....

"Bangun sekarang, masuk kelas kau sebelum aku catat nama kau dalam buku disiplin "

....

" kau ni spesies dora kepala batu ke? Kau budak baru ?"

....

" kau nak aku cium kau baru nak cakap ke? 1.. 2.. "

Langkahnya semakin hampir dengan aku. Eh dia nak buat apa ni ? Takkan dia serius kut ? Ummiiiiiii tolong merrr ! ! ! Muka nya pula didekatkan ke muka ku. mata aku pejam rapat. Takut punya pasal doh. Sakai punya jantan ! !

"Nama aku Merlisaa Adora . Ye aku budak baru kat sini , aku tak tau kelas aku kat mana so aku cari pejabat but aku tak tau kat mana so aku jalan je sampai kat sini then aku terlanggar kau. Sorry sorry aku tak sengaja langgar kau . Aku tak sengaja nak cakap kau patung. Aku minta maaffff "

Fuh ! ! Laju ayat tu keluar dari mulut aku. Langsung tak gagap. Laju daripada yang biasa. Bukan apa. Aku takut sikit. Sikit je okay ! Muka nya tahan gelak. Cilake punya mawas ! Pervert !

CANDY CRUSHWhere stories live. Discover now