sorry plz

2.9K 37 1
                                    

"Apa kau nak !!!" Kasar saja suara wanita itu berkata.

Al tahu 2 sebab kenapa adel marah sangat dengan diri nya sebab pertama nyata lagi jelas kut, adel bencikan dia sejak kejadian itu, yg kedua ialah sebab dia terpaksa babitkan zara dalam hal ni dia dengan zara sepakat kononnya zara ajak jumpa padahal Al yg suruh dah tak cara lain al harap adel tak lah marah sangat dengan zara nanti sebab hal ni.

"Look, i serious ni please listening... i betul² nak minta maaf pasal hal tu ... i tak sengaja.. i berharap sangat you dapat maafkan i , selagi you tak maafkan i , i rasa tak tenang please..." rayu al dia berharap agar wanita didepannya ni terbuka hati nak maafkan dirinya.

Krik²...

Beberapa minit kemudian...

Adel tetap tidak memberi sebarang jawapan . Tetapi al tetap menunggu.

"Huuuuuhh..." kedengaran keluhan berat dari adel setelah sekian lama menyepi.

"Baiklah i maafkan you...tapi dengan syarat..."

"Apa syarat nya??" Kelihatan wajah al berubah sebaik mendengar perkataan syarat  baru hati nya nak berbunga² bila adel kata dia dimaafkan.

"Syaratnya ...you jangan tunjuk muka you lagi depan i... i taknak you ganggu i lagi...!" Adel berkata tegas dalam hal ni... wajahnya serious sangat membuatkan al seram sejuk.

Agak berat bagi al nak menunaikan syarat adel tapi apakan daya dah orang tak nak . Nak buat macam mana kan?

"Baiklah... terima kasih !" Sebaik berkata² Al terus pergi meninggalkan adel . Seperti nya al merajuk .

Adel menjadi serba salah dengan kelakuan lelaki itu, sebenarnya dia tidak lah menyalahkan 100% tentang hal itu cuma dia takut jika hatiya berubah terhadap arwah ,lagipun dia tidak mahu berlaku curang... adel tahu hatinya mulai berubah sejak lelaki itu datang dalam hidupnya.

-----

"Sorry la kak, zara terpaksa lagipun zara kesian dengan c al beesungguh² nak jumpa dengan akak." Pinta zara dah 2hari kak Del tak mahu menjawab panggilan nya mahukan membalas chat nya zara rasa sungguh bersalah sebab tipu kakaknya.

"Zara tahu kan yg zara dah tipu akak..." kata kak Del .

"Tahu..."

"Dah lah... akak tak marah zara pun cuma akak nak bagi zara sedar perbuatan zara ni salah..." kata adel lagi.

"Maaf kak zara tahu zara salah... Maafkan zara ye..."

"Tak pe lah... akak dah okay.. akak dah maafkan zara"

"Betul ke ni kak?"

"Hurmm... Dah aka nak masuk bilik nak rehat .." katanya lagi.

"Kalau macam tu  zara nak balik masak , nanti suami marah hehehe .."

"Hmm eloklah tu... zara sekarangkan dah bersuami , kena jaga pakai minum suami nanti suami cari lain kalau tak jalankan tanggungjawab ..." adel memberi peringatan kepada zara.

"Baiklah kak...zara balik dulu" kata zara sambil tersenyum.

"Elok2 drive.." kata adel disambut dengan anggukan.

----
Sebulan berlalu...

"Adel tak silap dengar ke ni??" Celah adel sebaik mendengar khabar baik dari zara & suami nya, kelihatan ibunya begitu gembira sekali.

"Betul kak..., dah masuk 2weeks." Balas zara dengan wajah yg happy giler.

"Yess !! So akak akan jadi makcik lah ni?? Tak sabarnya..." kata adel tak sangka zara dah mengandung .

Zara dan azam mengangguk tanda mengiyakan soalan adel itu.

"Hurmm... adel bila nak kawin lagi?? Ibu nak juga tengok anak adel sebelum ibu tutup mata " Soalan ibunya mematikan tawa adel.

"Ibu... Ibu tahu kan adel takkan menduakan arwah?? Ibu kena faham adel sayang sangat dengan arwah.."

"Tapi sampai bila Del?? Sampai ibu tutup mata baru adel nak berubah... adel suka ke kalau ibu tak tenang disana macam arwah asyi tengok adel meroyan je macam ni... hidup dah tak terurus...? Adel nak sangat ke hidup tak ada hala tuju nak? Nak tunggu zara dah beranak pinak? Siapa nak jaga adel kalau ibu dah tak ada ? Siapa ? Adel tak kesian ke dengan ibu??" Kata² ibu dihadam dengan begitu pahit. Dia tahu semua tu cuma dia tak boleh nak move on.. kalau difikir kan ada betul kata ibunya.

"Betul tu kak , zara harap akak cari lah pengganti arwah, zara sendiri pun sedih tengok keadaan akak macam ni kan dy?" Tanya zara kepada suaminya.

"Hmm... betul tu by... adel azam bukan na masuk campur cuma adel fikir lah masak2 bukan untuk org lain tapi untuk adel sndri... ni masa depan adel." Tambah azam lagi.

Ambik kau semua dah membebel pasal hal ni.. sabar lah wahai telinga..

"Hmm... kalau macam tu.. Ibu cari kan lah calon suami tuk adel boleh??" Kata adel sekadar bergurau dah semua bising sangat haa ambi kau.. asal dapat menyenangkan hati  ibunya .

"Betul ke ni??" Tanya ibu adel meminta kepastian.

"Hahhahah... betul², segera adel melarikan diri ke dapur untuk mengelak dari pertanyaan ibunya dia yakin ibu tahu yg adel sekadar bergurau.

----

2minggu selepas tu...

"Adel mari sini ibu ada benda nak cakap sikit.." kata ibu sebaik nampak kelibat ku dari dapur. Baru nak masuk bilik tidur.. Dah la penat berjalan sehari dengan zara..

"Ada apa bu ? Esok tak boleh ke" tanya ku..

"Tak boleh , sekarang juga.."

"Penting sangat ke benda ni" tanya ku lagi.

"Ish... budak ni banyak tanya pulak mari lah sini duduk ibu nak cakap.." arah ibu nya lagi.

"Ishh... yela²," segera aku pergi ke ruang tamu dan duduk disebelah ibu..

"Hmm ada apa?" Tanya ku .

"Sebelum ibu nak cakap ni adel jangan marah ye ? Dan tolong fikir masak2? Ibu nak adel buat keputusan yg terbaik untuk hidup adel.." adel mulai tak sedap hati dengan kata2 ibu.

"Tadi tengah hari ada orang datang merisik adel.., dia berkenan nak jadikan adel menantunya. Ini cincin nya" ibu memberi kita cincin kepada adel , adel mengambil dan membuka kotak itu. Sungguh perasaan nya tak dapat digambarkan. Tak tahu nak kata apa.

"Ibu tahu kan yg adel tak.." belum sempat adel memutarkan katanya ibu mencelah.

"Ibu tahu , dalam adel bergurau itu tapi adel maksudkan nya betul?" Adel hanya berdiam diri.

"Adel ibu tahu adel perlukan seseorang dalam hidup adel tolong fikir masa depan sayang?"

"Tapi adel..." Ini kali ke2 ibu memotong percakapan nya.

"Tolong sayang... Tolong fikir tentang diri adel tak pun tolong faham perasaan ibu? Tolong terima demi ibu? Adel tak mau kan tengok ibu sedih fikir tentang diri adel?" Ibu memujuk adel agar adel berfikir sewarasnya.

"Bagi adel masa... bu... adel nak tidur... Ibu bagi adel ruang ye.." kata adel .

"Adel please buat demi ibu sayang..." laung ibunya sebelum adel hilang dari pandangan.

---

BerSambung

KESUNYIANWhere stories live. Discover now