18-Nampak tak ?

68.7K 1.7K 51
                                    

Te Amo, Mi lady ❤️
'If u can't get somebody off your mind, they're probably supposed to be there'

Short Chapter

Ilham meninjau di ruang ketibaan antarabangsa KLIA mencari kelibat seseorang yang sudah lama tak bersua. Cam ke tak aku eh? lantak lah.

Tapi tadi Khairunnisa sudah menghantar pesanan ringkas padanya agar menunggu jauh sikit daripada orang ramai.

Khairunnisa ataupun Nisa dikenali sebagai kak cik. Anak ketiga ibu yang belajar di Australia. Nama penuh Lisa pula ialah Khalisa. Nak sama je nama. Sebab tu panggil kak cik.

"Abang !" Kelihatan seorang gadis tinggi lampai berkulit hitam manis berjalan ke arahnya dambil menolak troli bagasi.

Found you !

" Kak cik? Khairunnisa?" Soal Ilham meminta kepastian.

Wajah itu tidak banyak berubah. Sejak zaman kecil lagi.

"Haah betul lah, abang Zaril oi."

Nisa memang menggelarkan Ilham dengan panggilan abang kerana Ilham yang tua tiga tahun. Walaupun agak janggal awalnya kerana mereka adalah teman sepermainan, tapi kalau panggil Zaril je kang kena lepuk dengan ibu.

"Ha kotlah salah orang, ingatkan kau makin putih duduk kat Australia. Rupanya sama je." Gurau Ilham. Dia menolak troli bagasi.

"Tak gunanyaa mulut ! Eii."

Sesampai mereka di kereta, Ilham membuka bonet belakang untuk memasukkan bagasi-bagasi milik Nisa. Bukan main penuh bonet tu dengan bagasi berisi pakaian mereka sekeluarga lagi. Rabak !

"Kau tunggu apa lagi ? Masuk lah, tak nak balik ?." Mereka memang selalu bergurau kasar, kadang-kadang sampai maki semua terkeluar.

"Orang segan ah bang, bini kau eh dalam tu? Takut ahh." Terkulat-kulat Nisa berdiri di luar kereta.

Dia tidak pernah jumpa dengan isteri baru sepupunya itu. Dalam masa yang sama takut peristiwa lama berulang. Dimana Nisa pernah ditengking oleh Mariana, bekas isteri Ilham. Hanya kerana dia terrrrtegur, sudah ditengking.

Flashback

Nisa keluar daripada bilik setelah selesai menelefon Mak Yang di kampung. Kini Nisa berada di rumah Ilham kerana penerbangannya ke Australia ditangguhkan selama dua hari. Kalau check in hotel, membazir. Baik tumoang je rumah abang. Walaupun Mariana tak suka, ada aku kisah ?

Dia melangkah ke ruang dapur apabila terdengar suara tangisan Aidan yang masih bayi.

Tiba didapur, Nisa melihat Ilham yang sedang memujuk Aidan agar berhenti menangis. Abangnya itu hanya memakai seluar slack hitam tidak berbaju. Seluar pun comot je.

Hairannya, mana perempuan tu ? Tidur lagi ?

"Iyaa Aidan sabar ya." Ilham terkial-kial membancuh susu Aidan dengan sebelah tangan kerana tangan kiri mengendong Aidan yang baru berusia 4 bulan.

"Abang, sinilah Aidan tu kat orang." Pelawa Nisa. Tak sanggup dengar tangisan Aidan yang semakin lama semakin kuat.

The Mama [C]Where stories live. Discover now