32-Dulu, kini & selamanya..

40.7K 1.3K 94
                                    

Te Amo, Mi lady❤️
'Don't come and say hello when you've done wrong to me. I'm not good in mad, I always so kind to wrong person'

Iman mengerut kening apabila melihat Ilham yang asyik tersengih dengan iphone-nya. Dari tadi lagi, Ilham sibuk dengan phone. Chatting siapa tu yang seronok sangat tu ?

Tapi Iman, bukan a wife yang busy body and main serang suka hati je. Dia perhati dan mendekat sebab tengok Adrell yang tidur terlentang sebelah Ilham, dok capai kaki dia nak masuk mulut. Ilham tak perasan pun dengan kelakuan anaknya. Terlalu sibuk dengan handphone.

"Adrell ! Melampau tau dia tu. Nak kena babap yaa." Iman mengankat tubuh kecil ke dalam dukungannya. Terdengar suara bayi itu yang berceloteh 'aaauuweerkk' sampai tersembur air liur keluar. Meleleh huh.

Dah didukung, Adrell senyum happy dan melagakan pipi tembam dia dengan pipi Iman. Macam nak kiss lah haha. Bosan kut terbaring je atas
katil. Ada papa kat sebelah pun ingat nak main dengan dia tapi asyik sibuk je. Sian Adrell main-main sorang.

IMAN's (pov)

Bila aku angkat je Adrell, happy betul dia. Meleleh-leleh air liur sampai kena pipi aku. Yalah dia kan tadi acah acah sweet nak kiss. eei comel je. Aku kembali pandang Ilham dihadapan. Betul-betul hadapan lah sebab aku berdiri rapat dengan birai katil cuma Ilham seberang sana.

Orang tua ni tak perasan ke aku tengah berdiri kat sini ?

"Abang, sibuk buat apa tu ?" Aku jalan ke katil sebelah sana tempat Ilham duduk melunjur. Tapi aku masih berdiri sebab takut nanti boboy debab ni menangis.

"Huh? Takde. Saja lah layan member office sembang kat group ni." Ilham hanya memandang aku sekejap dengan senyuman yang masih menghiasi wajah kacak nya.

Tapi pelik, member office ? Uih sejak bila Ilham pandai campur cuti dia dengan kawan sekerja ni ? Sebelum takde pernah pun mesej kawan office hari cuti. Dia cakap masa cuti dia hanya utuk family. Kononnya lah.

Aku atur langkah bersama Adrell didukungan. Malas nak bertanya lagi, aku berduri kat situ pandang dia pun dia ignore je. Sibuklah kot.

Lepas sarung tudung dengan jubah mudah, aku turun ke tingkat bawah. Ingat nak pergi tengok tengok Ayra dan Aidan yang tengah mengaji bersama ustaz yang aku panggil ke rumah. Adrell tak habis berleter dengan bahasa baby dia, tangan tu tak boleh dok diam ! Asyik nak tarik tudung aku, lepastu digigitnya tudung tu.

"Adik jangan gigit tudung mama, sayang." Aku menarik hujung tudung yang dah basah dengan air liur Adrell.

Tapi diganti pulak dengan jari sendiri ! Allahu Rabbi. Selalunya macam itulah. Aku tarik, dia masukkan balik jari ke dalam mulut.

Adrell Adrell. Nasib baik comel tauuu !

Apabila melintasi ruang tamu dimana that two kids sedang mengaji, aku nampak Aidan yang tengah baca dihadapan ustaz. Ayra pula duduk di tepi ustaz sambil membelek buku iqra' dia. Tudung mini dia dah senget benget, rambut pun dah terkeluar. Eeeee cumil je anak aku.

Baru seminggu mereka berdua mula mengaji. Dan ustaz cakap, Aidan cepat belajar. Aidan hampir menghabiskan iqra' satu. Happy nya aku dengar tu ! Tapi Ayra pula, ustaz cakap dia malas nak menyebut huruf dan kadang-kadang dia lupa sebutan huruf. Tapi boleh lah tu, Ayra pun baru 3 tahun lebih. Bagi aku, untung lagi dia mahu mengaji jugak. Daripada dulu kalau ajak belajar je, sentiasa mengelat !

END (pov)

____________________

ILHAM's (pov)

Aku mempercepatkan langkah apabila jam di tangan sudah menunjukkan pukul 12:30 p.m. Maknanya waktu lunch dah 30 minit berlalu. Ralit sangat tadi check dokumen yang pekeja practical tu hantar. Aku takut dia tengah tunggu aku di tempat yang kami dah janji semalam.

Bila aku melangkah masuk ke dalam restoran nasi berlauk tu, aku liarkan pandamgan ke seluruh kedai untuk mencaro gerangan yang akan menjadi peneman waktu lunch aku.

Aku tak balik rumah walaupun Iman dah bagitahu nak masak makanan kegemaran aku. Sebab aku dah janji. Iman faham, InsyaAllah.

Mataku terarah kepada seorang wanita yang sedang melambai tangan. Dan bila dah nampak muka gerangan tu, aku berjalan ke arah meja yang tepi sekali. Ramai betul orang kat kedai ni waktu lunch.

"Sorry, Qay. Haha aku busy sikit tadi." Punggung aku labuh atas kerusi berhadapan dengan Qayla.

Wajah dia biasa saja. Nasib baik tak marah.

"Yelah. I kenal you yang tak pernah punctual." Uish perli. Pedas pulak macam sambal belacan.

Aku balas dengan ketawa kecil. Kepala aku panggung nak cari kelibat pelayan nak ambil order.

"I dah order untuk you sekali. Kita makan nasi set lah eh. Bawal goreng sini best. You okay tak ?"

"Oh, I okay je. Untuk you semua boleh." Lepas cakap tu, aku kenyit mata sikit kat dia.

Aku tak tahu kenapa aku buat macam tu, tapi aku rasa senang. What ? Bukan nya aku kenyit mata nak goda dia pun. Relax okay.Tapi aku nampak Qayla macam... blushing. Oh takkan lah ? Bukan kut. Mungkin panas.

"Hmm, Ilham...." Tiba-tiba Qayla buka mulut waktu aku sibuk pandang sekeliling restoran yang padat dengan manusia tu.

"Yes ? "

"I want you to know something. I'm so happy to see you again after so many years we didn't meet each other."

Ok. Aku go on dengar bagi dia laluan sambung.

"I...."

"You ?" Aku jongket kening sikit.

"And, dalam bertahun tu jugak. I still can't forget you, Ilham. I lepaskan you dulu supaya bahagia dengan Mariana but noww...."

"Wait Qay, apa you nak cakap sebenarnya ? Apa kaitan dengan Mariana ?"

Sebelum Qayla sambung kata-kata dia memang aku tak faham langsung apa sebenarnya, dan sebelum aku bertambah pening. Aku pintas kata-kata dia.

"Okay, Honestly Ilham. Dulu, sekarang dan selamanya........"



















TO BE CONTINUED

***************************

Okay saya tahu korang semua dah siap sedia nak terajang mel, sabar sabar. Mel saje je buat tergantung nak bagi korang suspen sikit. hehe

Tapi, nak pesan sikit. When I'm not around, jaga diri keh ? tunggu kemunculan mel semula okay ? jangan give up dengan mel, setia dengan The Mama yaa. Mel sayang korang semua sampai Jannah. InsyaAllah ❤️❤️

Assalamualaikum and bye ❤️

The Mama [C]Where stories live. Discover now