30-Kawan lama

49.1K 1.3K 64
                                    

Te Amo, Mi lady❤️
'You can easily say I Love You. But your heart are the real one.
And I, can honestly say you are the one because my heart told me the same thing'

Few months later

"Bodohlah. Mana jantan ni pun. Lembab sungguh." Dengan muka cemberut serupa asam ko, Ilham menekan nekan kasar skrin iphone di tangannya.

Dah berpuluh kali dia cuba call rakan yang berjanji ingin lunch. Lunch sampah ape ceni. Aku call tak angkat ! Tengah beromen ke hape ?!

Macam nak blah je dari kedai tersebut tapi memikirkan yang perutnya masih belum terisi, disabarkan hati dengan menunggu dan terus mencuba telefon rakannya itu.

"Ilham?" Teguran seseorang memaksa Ilham memanggungkan kepalanya walaupun dia masih dalam mood nak hempuk iphone-nya sekarang ni.

Ilham memandang gerangan yang berdiri di hadapannya kini. Seorang gadis tinggi lampai, sleeveless blouse yang di tuck in ke dalam seluar kembang, hand bag gucci yang tergantung di lengan. Siapa ?

Kenapa wanita ni boleh kenal dia pulak?

"Excuse me ?" Ilham menayang muka bingung. Sumpah tak ingat siapa dia ni.

"Whatttt? You Ilham Nazariel right ? Don't you remember me ? I'm Qayla, takkan dah lupa I yang hot ni. Come on." Gadis yang memperkenalkan dirinya sebagai Qayla itu dah membuat muka tak percaya.

Ilham memicingkan mata cuba mengingat. Seketika kemudian kepalanya terpanggung memandang wajah Qayla dengan mata bersinar. Mulutnya terbentuk 'o'.

"Aaaaaa Qayla Ariffin right? My gadd, how can I don't remember you. Sorry sorry. Come join me." Ilham mula beramah mesra. Dia ketawa kecil melihatkan wajah Qayla yang masam sedikit.

"Tulah you, lepas kahwin lain ni lupa habis I kan. Ape lah wife you bagi makan sampai lupakan I." Usai melabuhkan punggung pada kerusi berhadapan dengan Ilham, Qayla membuka mulut.

Dijelingnya sesikit Ilham yang tersengih kambing.Geram tau bila kita ingat orang tapi orang tak ingat kita. Hergh.

"Alaa dah lama okay tak nampak you and makin cantik. Chill lah. By the way, you buat apa kat sini?" Ilham menjatuhkan iphone-nya ke atas meja.

Sekarang dia lebih berminat untuk mendengar kisah hidup rakan dari zaman study dulu (Qayla) daripada menunggu cetan yang janji melayu. Suap cendol campur stokin kang .

"Oh, I saja datang cari nasi ayam kat sini. Well, my friend cakap nasi ayam kat sini the best."

Dalam mulut bercakap, mata Qayla ralit merenung seraut wajah kacak yakmat milik lelaki dihadapannya ini. Ilham semakin handsome dari zaman belajar dulu. Dulu wajahnya macam bad boy sikit, sekarang muka dengan gayanya dah macam ciri-ciri CEO novel dah. fuhh.

Ya, mereka sama-sama menuntut di universiti yang sama suatu masa dahulu, di Manchester. Di sana juga, Ilham berkenalan dengan rakan baiknya, Mariana yang kini hanya tinggal sejarah buat keduanya. Ilham merupakan rakan sekuliah Qayla, mereka sama-sama mengambil kos architecture manakala Mariana dalam bidang business. 

Qayla yang awal lagi memendam perasaan suka pada Ilham terpaksa menkuburkan perasaannya dan memadam demi melihat kebahagiaan buat rakan baiknya. Dia melepaskan Ilham untuk Mariana dan merelakan kebahagiaan buat rakan baiknya dua itu. Malah Qayla juga yang selalu menjadi orang tengah antara mereka berdua apabila bertegang urat akibat salah faham ataupun apa sahaja.

The Mama [C]Where stories live. Discover now