"Orang macam saya ni selalu kena pandang rendah tau. Selalu kena ejek. Selalu kena hina. Kenapa orang kat dunia ni tak pernah adil. Kenapa manusia ni sentiasa kejam".
Itu mungkin luahan bagi seseorang yang selalu dipandang rendah oleh orang lain.
Jap. Nak tanya. Kenapa kita nak pandang rendah kat orang? Sedangkan kita pun belum tentu perfect. Kita nampak kesalahan dan kekurangan orang, sedangkan kita tak nampak kesalahan dan kekurangan diri kita sendiri.
Dah lah cari kesalahan orang, lepastu kita cakap buruk pasal dia dekat orang lain. Allah! Kita kena fikir juga kalau hari ni kita suka guna orang, ejek orang, buat orang stress dan jaja cerita orang padahal tak tahu betul atau tak.
Ingat lah bahawa satu hari nanti mungkin kita sendiri yang kena. Kita tak kena dengan dia tapi kita mungkin dapat pembalasan lain. Allah tu adil. Kita terlepas di sini, di sana kita takkan terlepas. Kalau kita ada buat salah dengan orang even best friend kita sendiri pun, minta maaf. Memang lah dia best friend kita tapi kalau dia terasa dalam diam macam mana? Dalam kita bergurau dengan sahabat yang kita sayang, jika kita rasa buat dia sakit hati ke, minta maaf. Saya ulang balik MINTA MAAF.
Jangan judge orang daripada luaran. Contoh nya. Kita nampak dia suka cari gaduh dengan orang lepastu kita judge dia, kita cakap "Eee. Aku tak suka lah perangai dia tu. Patut lah takde sape nak kawan dengan dia. Kalau aku jadi dia, buat apa nak cari pasal dengan orang. Dia nak publisiti lah tu. Menyampah aku".
Nampak tak. Mungkin tak la. Itu sekadar contoh je. Kita kena berfikir dari sudut positif. Dia jadi macam tu mungkin ada masalah dengan keluarga. Semua orang buat sesuatu perkara mesti ada sebab dia. Orang yang berperangai teruk pun ada sebab dia. Kita tak boleh senang senang nak jatuhkan hukuman dekat orang. Kita kena dekat dan kenal dia dulu. Kita tanya dia apa masalah dia. Dalam masa yang sama kita jadi kawan dia. Kita bimbing dia menuju ke syurga Allah.
والله أعلم.
Yang baik datang dari Allah
Yang buruk datang dari kekhilafan diri yang serba serbi ini.
~gadisdakwah~
YOU ARE READING
Let's Dakwah!
EspiritualKami hanya ingin menyampaikan dakwah dan pesanan dari hati. Terimalah dengan hati terbuka. Fitrah manusia melakukan kesilapan jadi kami ingin mengatakan yang kami juga tak sempurna. ~gadisdakwah~