•05

189 18 2
                                    

Senyuman dibibir Se-yeong tidak pernah luntur walau sesaat pun. Rambutnya yang panjang mengurai sungguh indah ditiup arus air laut. Bunyi yang terhasil dari ekornya juga sungguh merdu. Oh, dia tidak menyangka semuanya begitu indah di dalam laut.

Dia berenang mengipaskan ekornya tanpa hala tuju. Meneroka dunianya yang sebenar di mana semua makhluk laut tunduk kepadanya. Pekakkan telinga kerana dia mampu mendengar dan memahami setiap kata-kata makhluk-makhluk laut yang ada berhampiran dengannya.

Rasa seperti dia sedang mabuk laut sebab dia seakan tidak sedar dunia. Terlalu asyik melayan perasaannya sebagai seekor duyung.

Kadang-kadang dia tersengih sendirian. Mendengar rumpai-rumpai laut itu bergosip sesama sendiri, mengatakan bahawa dirinya adalah Puteri Duyung. Benar kata ibunya. Dia memang Puteri Duyung.

Pewaris takhta tuhan lautan.

Tapi, jikalau dia pewaris takhta tuhan lautan..di manakah ahli keluarga duyungnya di dalam lautan ini? Kenapa dia tidak nampak walau sekilas pun kelibat ikan duyung yang lain?

Mungkinkah mereka tinggal di bahagian laut yang lain? Yang lebih dalam? Ini kerana, tiddak mungkin mereka membina petempatan di kawasan ini. Manusia sering lalu-lalang menjalankan aktiviti mereka sebagai seorang nelayan. Menangkap ikan, dan segala jenis makhlut laut yang lain lagi untuk dijadikan santapan.

Perlukah dia bertanya?

Se-yeong memberhentikan tubuhnya seketika. Membiarkan arus laut yang perlahan menerbangkan rambutnya.
Dia berpaling seketika ke arah rumpai-rumpai laut tadi. Berfikir sejenak.

‘Betulkah apa yang aku buat ni?
Bolehkah aku cari keluarga duyung ku seorang diri? Oh, Mummy tentu risau’

Dalam pada itu, seluruh pengawal yang datangnya daripada setiap kerajaan yang ada di setiap penjuru lautan ini berbaris menghadap Se-yeong, atau lebih tepat lagi...Puteri Se-yeong. Pewaris takhta tuhan lautan. Masanya sudah tiba, untuk mereka membawa Puteri Se-yeong menghadap Permaisuri Tuanku Maharajalelah Chen Xiao
.
“Puteri Se-yeong”  tegur seekor duyung pengawal yang mengetuai pasukan pengawasan dan penjagaan Puteri Se-yeong.

Se-yeong tersentak. Lalu dia berpaling ke arah empunya suara.
Alangkah terkejutnya dia melihat beratus-ratus ekor duyung lelaki yang sedang berbaris menghadapnya ketika ini.
“Hah? Kamu semua ini siapa? Bagaimana kamu mengenali aku?”  Se-yeong berasa resah. Dia takut. Mahu saja dia menjerit sekarang ini.

Melihat keadaan Puteri Se-yeong yang dalam keadaan takut, lantas pengawal yang bernama Jun Myeon itu memperkenalkan diri dan menjelaskan perkara yang sebenar agar Puteri Se-yeong mampu bertenang.

“Jangan risau Puteri Se-yeong. Patik bernama Jun Myeon. Kim Jun Myeon. Yang mengetuai pasukan pengawasan dan penjagaan Tuan Puteri dengan gelaran EXO. Kami berkawal di kawasan dan perairan laut dan pantai di sini adalah kerana untuk memastikan keselamatan tuan puteri atas perintah Permaisuri Tuanku Maharajalelah Chen Xiao, iaitu nenek kepada Tuan Puteri”

Se-yeong tergamam sebaik sahaja pengawal itu menghabiskan ayatnya. Apa? Berkawal untuknya? Atas perintah neneknya? Nenek? Ibu kepada mendiang ayahnya?

“Ne..nenek saya?”

“Ya. Nenek Tuan Puteri” Pengawal itu menjawab dengan tenang sambil melemparkan senyuman yang manis membunuh hayat.

“Jadi saya dan kakak saya adalah satu-satunya waris kepada takhta tuhan lautan? Tapi, kenapa saya? Bukan kakak saya yang lebih layak mewarisi takhta itu? Dia kakak dan saya adik.” Soal Se-yeong. Soalan ini kerap jugak menganggu fikirannya sebaik sahaja dia mengetahui yang dirinya adalah pewaris takhta tuhan lautan.

“Ini kerana, kakak kepada tuan puteri tidak mempunyai ekor. Kekuatan ekor tidak setanding dengan kekuatan sepasang kaki meskipun kakak tuan puteri mampu bernafas di dalam air. Tuan Puteri Se-jeong mungkin boleh dihanyutkan arus lautan kerana tidak mampu berenang mengharunginya.”
“Oleh sebab itu, tuan puteri saja yang merupakan satu-satunya waris kepada takhta tuhan lautan.”

Terang Jun Myeon. Pengawal yang sudah berusia hampir 270 tahun itu tetapi masih awet muda. Salah satu kelebihan yang ada pada duyung, boleh hidup beratusan tahun sama seperti penyu. Kebanyakan dari spesis duyung juga telah meyaksikan kepupusan dinasour daripada planet bumi ini. Sungguh menakjubkan!

“Kakak saya juga seorang puteri? Sama seperti saya?”

Jun Myeon mengangguk tanda mengiakan kata-kata Puteri Se-yeong.

“Puteri Se-jeong juga adalah keturunan berdarah raja duyung. Sama seperti tuan puteri. Cuma, Puteri Se-jeong tidak mampu mewarisi takhta tuhan lautan seperti yang patik terangkan sebentar tadi”

Se-yeong diam seketika. Tiada kata-kata yang mampu terungkap dari bibirnya. Dia berasa sedikit janggal dengan pertemuan yang tidak disangka ini. Dengan lontaran intonasi dan bahasa yang asing baginya..bahasa istana agaknya. Otaknya jadi kosong.

“Tuan Puteri, tidak perlu difikirkan lagi. Semuanya sudah jelas. Tuan Puteri adalah pewaris takhta tuhan lautan, dan bakal memerintah Kerajaan Lautan Sze Chawn dan setiap kerajaan yang ada si segenap penjuru dunia lautan ini.”

“Patik tahu, tuan puteri masih runsing memikirkan kedudukan kakak kepada tuan puteri. Seperti yang patik katakan tadi, baginda juga tetap seorang puteri. Dia juga tergolong antara kita semua.”

Se-yeong mengangkat kepalanya.

[OG] Air Mata DuyungWhere stories live. Discover now