•06

191 18 0
                                    

“Baiklah, jika kamu sudah berkata begitu. Aku percaya akan kata-kata mu. Sekarang, adakah kamu masih menjalankan tugasan kamu untuk memerhatikan ku? Menjaga dan mengawasi ku?”

“Itu sudah tentu menjadi tugas kami tuan puteri. Ianya belum berakhir lagi sehingga tuan puteri genap berusia 20 tahun. Ini kerana, tuan puteri sudah lengkap dan sudah bersedia untuk menjadi pewaris takhta tuhan lautan. Kuasa tuan puteri juga sudah cukup sempurna pada ketika itu.”

“Namun, sekarang ini, patik dan rakan-rakan setugas patik yang lain akan membawa tuan puteri ke Kerajaan Lautan Sze chawn, tempat lahirnya mendiang ayahnya tuan puteri. Tempat dimana tuan puteri akan memerintah sekian alam lautan ini. Dan juga, patik akan mengiringi tuan puteri menghadap Permaisuri Tuanku Maharajalelah Chen Xiao”

“Sekarang?”

“Ya, baginda sudah tidak sabar untuk bertemu dengan tuan puteri.” Lembut alunan suara Jun Myeon, membuatkan Se-yeong tenang berada disampingnya.

Se-yeong menarik nafas dalam-dalam lalu melepaskannya perlahan-lahan. Dia agak gemuruh juga untuk pergi menghadap neneknya sendiri di kerajaan yang bakal menjadi saksi kenaikkan takhtanya menjadi tuhan lautan, seperti yang Jun Myeon katakan.

Cuma, bagaimana kalau Se-jeong datang untuk mencarinya? Dan bila mummy tahu yang dia tidak berada di sekitar kawasan ini, sudah tentu dia risau yang teramat dan berfikiran yang bukan-bukan.

“Tapi, bagaiman kalau kakak saya datang mencari saya disini? Dia sudah janji mahu datang melawat saya bagi memastikan saya baik-baik saja di sini.”

Maklum Se-yeong kepada Jun Myeon.

Jun Myeon seperti biasa, tenang sahaja. Sambil senyuman dibibir tidak pernah pudar.

“Tuanku tidak perlu risau soal itu, saya akan mengarahkan beberapa orang pengawal untuk tinggal disini. Dan bila Puteri Se-jeong memunculkan diri, mereka akan ceritakan segala-galanya.”

“Cuma, saya harap kamu sendiri yang memberitahunya tentang semua ini.” Se-yeong memandang tepat ke arah muka Jun Myeon.

Jun Myeon terkedu. Biasan cahaya pelangi yang terpantul dari mata Se-yeong sungguh mempersonakan.

“Patik..patik cuba untuk pulang ke sini dengan sepantas yang boleh.”

Beritahu Jun Myeon.

Mana mungkin dia menolak permintaan Tuan Puteri yang baru pertama kali menjejakkan ekor di dalam lautan ini. Ianya bagaikan satu penghormatan buat dirinya.

[OG] Air Mata DuyungWhere stories live. Discover now