Villa Sakura .. - Petang yang dingin ..
Qeisha Izzara mengurungkan diri di dalam bilik sejak malam tadi, sebagai tanda protes bahawa dia membantah sekerasnya cadangan yang dirasakannya gila, yang di usulkan oleh kedua orang tuanya semalam !
Jodoh yang diaturkan oleh keluarga a.k.a kahwin atas pilihan keluarga, ada lagi rupanya zaman sekarang nih ? Wajah comel itu cemberut saja dari tadi, monyok ! Penuh dengan rasa tidak puas hati ! Dia berdiri di depan jendela, berpeluk tubuh ! Dengan seribu emosi yang bercelaru !
Eh, aku ni tak pernah bercinta ok ? Teman tapi mesra tu adalah ! Nak fikir-fikir pasal boyfriend ni semak lah ! Nanti cemburu lah, nanti curang lah, nanti putus tengah jalan lah ! Eh ! Keluhnya sendirian lalu menarik nafas dalam.
Tak nak fikir pasal boyfriend tup-tup kena fikir pasal husband pulak ? Eh lagi lah parah ! Ribut tak ada, angin tak ada tiba-tiba nak kahwin ? Kenal tidak, jumpa pun tak pernah ! How how howww ?? Hatinya menjerit ! Sakit hati !
Pintu bilik di ketuk ..
"Adik .." laung satu suara dari luar
"Saya .. " Sahutnya, lirih ..
"Buka pintu, ibu nak masuk .. " Kata Madam Idora dari luar ..
Lambat-lambat Qeisha Izzara membuka pintu
Terkuak saja pintu, Qeisha Izzara terus berpaling dan menghumbamkan tubuhnya yang langsing itu ke atas katil ! Protes lagi ! Dia baring menghadap dinding, tak mahu melihat wajah ibunya ! Protes ! Si kuma-kuma di peluk erat !
"Adik, tak mau la macamni dik .." Lembut saja suara Madam Idora memujuk .. Lembut tangannya mengusap manja rambut puteri kesayangannya itu ! Dia tahu anak manjanya itu terasa hati dengan perancangan mereka yang mengejut itu.
Namun, reaksi si Puteri tetap dingin !
" Kenapa perlu kahwin bu ? Adik baru 18 tahun kot ? Result SPM pun belum keluar lagi ! Adik nak sambung belajar lagi, adik nak travel satu dunia .. Adik ada cita-cita bu .." Luruh airmatanya .. Perlahan-lahan di kesat ! Kedengaran esakan kecil diselang dengan selsema, tanda hidung dah tersumbat ! Comelnya anak manja satu ni !
YOU ARE READING
Dia .. Limited Edition .. !
RomanceMengisahkan tentang pasangan yang bercinta dan baru kenal selepas kahwin ! Jodoh mereka di atur oleh keluarga !