Jam bagaikan terhenti berdetik ..
Qeisha Izzara dan lelaki itu masih berdiri di depan balai polis itu ! Masing-masing diam !
"Kereta awak dan semua barangan-barang berharga awak kami dah simpan balik ke dalam kereta !" Kata lelaki itu.
"Thanks, saya terhutang budi " Kata Qeisha Izzara, dia memandang wajah lelaki itu ! Siapa nama dia ? Mungkinkah dia dapat berjumpa dengan lelaki tu lagi ? Seribu satu persoalan mengasak mindanya, tapi dia hanya memilih untuk berdiam diri !
Tak perlu berangan lebih lah, Qeisha ! Sebulan lagi kot kau nak jadi wife orang ! Tak ada gunanya nak tanya-tanya nama or nak number telefon bagai ! Hatinya menjerit lagi !
Tapi, keperibadian lelaki ini menyentuh hati ku .. Pertama kali aku jumpa lelaki yang buat aku speechless dan ikut je apa yang dia cakap ! Dia pukau aku kot?! No No .. dah ! Jangan berangan lagi !
"By the way, kereta awak cantik ! Macam orang dia ! I hope boleh jumpa awak lagi next time .." kata lelaki itu ! Hint-hint yang bagus .. Hati Qeisha Izzara berbunga riang ! Nampaknya bukan hanya dia yang merasakan something kali ini !
Eh pertama kali jumpa dah falling in love ?! Ini bukan kau lah Qeisha ! Jaga sikit maruah tu ! Awak tu mahal tau ! Dah ramai lelaki kau jumpa tak pernah satu pun sangkut tau ! Hatinya menjerit ! Entah-entah suami orang ke ! BF orang ke ! Ishh !
Qeisha Izzara hanya tersenyum ! Tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya.
"Saya balik dulu .. Terima kasih, awak.. !" Kata Qeisha Izzara lalu mengambil langkah menuju ke keretanya . Entah kenapa dia tidak rasa betah berlama-lama di situ ! Dia meninggalkan lelaki itu perlahan-lahan ! Terasa seperti atmosfera di situ melemaskan dirinya !
Lelaki itu berjalan pula menghampiri dirinya ! Langkah demi langkah yang di ambil oleh lelaki itu untuk sampai ke arahnya bagaikan membawa degupan jantung yang laju ! OMG ! Kenapa aku berdebar nih ?!
"Awak, saya nak bagitahu ni ! Lainkali jangan pergi kemana-mana tanpa ada teman ! Bahaya tau zaman sekarang ni ! And, kereta awak ni menarik perhatian ! Thats why orang selalu akan embed awak ! Tapi saya tak kata sebab ini awak kena samun ! I know nasib sorang-sorang tak boleh jangka ! And, lagi satu ! Jangan simpan terlalu banyak barang berharga kat dalam kereta ! Awak tak dapat jangka apa yang akan jadi bila ada kes-kes kecemasan begini ! Remember that ?" Kata lelaki itu, laksana seorang abang menasihati adiknya yang masih kecil ! Dengan mata yang sedikit dibesarkan ! Still kacak !
Panjang lebar lelaki itu bercakap, dan seperti budak kecil Qeisha Izzara hanya mengangguk comel ? Reaksi itu mengundang gelak lelaki itu ! Lantas, dia menoleh ke tempat lain dengan gelak yang masih bersisa ! Kacak !
"I know .. " Angguk Qiesha Izzara
Lelaki itu pun turut mengangguk
Dan, Qeisha Izzara pun masuk ke dalam kereta ! Sebelum masuk, dia sempat menoleh ke arah lelaki itu ! OMG ! Lelaki itu masih memandangnya ! Renungan mereka bertaut ! Cepat-cepat dia meloloskan diri ke dalam kereta ! Tak sanggup ! Nanti bertambah parah !
Dan .. cerita Qeisha Izzara dan lelaki itu terhenti di situ ..
Lelaki itu.. tak sempat aku tanya namanya ! Tinggal di mana ! Aku hanya sempat ucap terima kasih ! Memakai baju Jersey merah, dan berseluar denim hitam ! He's looking so handsome !
YOU ARE READING
Dia .. Limited Edition .. !
RomanceMengisahkan tentang pasangan yang bercinta dan baru kenal selepas kahwin ! Jodoh mereka di atur oleh keluarga !