Prolog

99 14 10
                                    

"Awak, betul ke nenek cakap awak nak pindah?"

Khalish tidak mengiyakan mahupun menafikan pertanyaan Lily. Dia masih dalam keadaan terkejut kerana tiba-tiba sahaja neneknya membuat keputusan untuk meninggalkan kampung halaman ini dan berhijrah ke Kuala Lumpur. Baru semalam neneknya meluahkan hasrat untuk menetap di sana dan hujung minggu ini mereka akan berangkat pergi. Berat hatinya untuk pergi lebih-lebih lagi di saat dia mula mengenali dan berkawan dengan Lily dengan lebih dekat. 

"Awak? Kenapa diam je? Saya tanya ni!" soal Lily lagi.

Lily sudah melabuhkan punggungnya bersebelahan Khalish. Matanya sudah berkaca dan hanya menanti waktu untuk pecah. Wajah Khalish yang sejak tadi mendiamkan diri itu dipandangnya. Jelas terpapar riak kesedihan pada wajah Khalish. Baru saja dia hendak berkawan dengan Khalish tetapi lelaki itu bakal pergi tak lama lagi. Sungguh dia tak sanggup untuk kehilangan orang yang dia sayang sekali lagi.

" Betul ke apa yang nenek cakapkan tu?"

"Erm.." balas Khalish pendek.

"Tapi kenapa? Tak boleh ke awak tinggal kat sini je?" 

Air matanya yang berkaca akhirnya pecah membasahi pipi. Walaupun dia dan Khalish tidak kenal lama, hanya 14 hari yang mereka lalui bersama sudah cukup untuk merapatkan hubungan mereka bagaikan ada tarikan magnet antara satu sama lain. Dia bukanlah seorang yang mudah mesra dengan orang yang baru dikenalinya, namun apabila dia bersama Khalish dia terasa nyaman dan selesa.  Pelik, tetapi itulah kenyataannya.

"Saya kena ikut nenek. Nenek dah tak ada siapa-siapa selain saya."

"Habis saya? Awak nak tinggalkan saya?" Nayli tahu dia agak mementingkan diri. Tetapi dia tak sanggup kehilangan Khalish. Di saat semua orang di sekolah cuba untuk menjauhinya hanya Khalish seorang saja yang sudi menjadi rakannya. Di saat semua orang cuba untuk menyakitinya hanya Khalish seorang yang sudi menjadi penyelamatnya. Dia tidak mahu bersendirian lagi. Dia mahu Khalish sentiasa menemani di sisinya.

"Saya terpaksa, walaupun saya pergi tak semestinya saya tinggalkan awak." 

"Bagi saya sama saja. Awak pergi maksudnya awak akan tinggalkan saya. Selamanya, macam ayah."

Nayli sudah bangun berdiri dia sudah tidak betah mahu lama-lama di situ. Kalau Khalish mahu pergi dia relakan. Memang sudah menjadi suratan takdir untuknya bahawa semua orang yang dia sayangi akan pergi. Dia 'boleh' terima semua tu. Dia 'akan' terima takdirnya itu. Tidak! Tidak 'kena' terima takdirnya itu. Baru sahaja Nayli hendak melangkah Khalish lebih pantas menangkap lengan Nayli.

"Saya cuma pergi sekejap aje. Saya janji! Saya janji saya akan selalu datang melawat awak kat sini. Saya janji!" Khalish mengeluarkan jari kelingkingnya.

Nayli memandang tepat ke mata Khalish. Ada kesungguhan serta keikhlasan dalam setiap kata-katanya itu. Kerana mata itu lah, mata yang terdapat kesungguhan dan keikhlasan itu lah yang membuatkan dia yakin Khalish lain daripada lain. Dia percaya yang Khalish mampu melindunginya. Dia percaya yang Khalish mampu kotakan janjinya. Akhirnya jari kelingking mereka bersatu.

"Awak janji!"

"Saya janji yang saya akan sentiasa datang melawat awak, lindungi awak, dan.." kata-kata Khalish terhenti seketika mencari keberanian sebelum dia mengungkap kata-kata yang selanjutnya. 

"-awak ingat tak yang kita selalu main kahwin-kahwin tu? Nanti bila dah besar saya yang akan gantikan tempat Nazif dekat sebelah awak." 

Sungguh sejak haritu lagi dia hendak katakan yang dia mahu gantikan tempat Nazif sebagai pengantin lelaki tapi dia turutkan juga permintaan Nayli jadi dia biarkan saja hasratnya terbuku di dalam hati.Akhirnya kata-kata itu terungkap jua. Terasa ringan sedikit beban di dadanya setelah menungkapkan kata-kata itu.

Nayli terkebil-kebil memandang wajah Khalish yang sudah bertukar rona merah itu. Sukar untuk dia mentafsir kata-kata Khalish itu. Adakah itu maksudnya bila mereka sudah dewasa Khalish mahu bermain kahwin-kahwin dengannya?


###

Assalamualaikum w.b.t

nak tanya sikit pendapat readers semua, korang suka cerita macam mana ye? Kalau  tak kisah share la ckit idea korang yg kreatif tu. :)

I'll try my best utk kasi habis crita ni. 

#supportsisplease!

#goodlucktomyself




Awak, Nak Kahwin Dengan Saya Tak?Where stories live. Discover now