Bab 2

76 12 19
                                    

"Lily, dah siap dah kemas barang?" soal Puan Haliza yang tiba-tiba muncul di muka pintu bilik anaknya itu.

"Dah, ada sikit-sikit je lagi mama." 

Nayli memasukkan lipatan baju terakhirnya itu ke dalam beg bagasi. Dia rasa macam tak percaya yang malam ni adalah malam terakhirnya di rumah ini. Tidak pernah dia bayangkan saat-saat ini. Saat di mana dia akan tinggalkan semua kenangannya di kampung ini, kenangannya bersama ayah termasuklah kenangannya bersama Khalish. Ya, kenangannya bersama Khalish juga akan ditinggalkan di kampung ini. Kenangan itu sudah tiada makna lagi padanya.  Lebih baik dia mulakan hidup baru. 

'Siapa tahu nanti kat sana life akak lagi better than this,'

Kata-kata semangat yang Nazif berikan membuka matanya untuk memulakan hidup baru. Kalau di sini dia tidak punya ramai kawan, dia akan pastikan kehidupannya yang baru di sana itu tidak lagi sama seperti di sini. 

"Lily, mama minta maaf sebab buat keputusan terburu-buru macam ni." Ucap Puan Haliza. Dia rasa kasihan akan anak-anak yang terpaksa akur dengan keputusannya untuk pindah ke Kuala Lumpur dalam waktu yang terdekat ni. Tetapi, jika tidak dipercepatkan sekarang pembelajaran Lily akan lebih terganggu kerana peperiksaan SPM yang bakal menjelang nanti. Sebab itu dia rasa lebih baik perkara ini dipercepatkan.

"Tak lah ma, Lily yang patut minta maaf. Lily faham niat mama tapi Lily ter-emosi sikit. Sorry."

Puan Haliza mengukir senyuman. Sejuk hatinya memandang anak daranya yang seorang itu. Dia tahu anaknya akan patuh juga walaupun pada awalnya dia menentang. Bila difikirkan semula dari dulu lagi Nayli tidak banyak kerenahnya, senang untuk dijaga. Tetapi kadang-kadang dia juga risau dengan perlakuan anaknya yang tidak banyak kerenah itu, takut-takut kalau dia memendam rasa.

"Anak mama yang seorang ni sekejap je dah besar, dah boleh kahwin dah pun," ujar Puan Haliza.

"Ish, apa mama ni cakap pasal kahwin, Lily muda lagilah. Tak puas lagi duduk bawah ketiak mama," balas Nayli seraya memeluk mamanya. Sungguh dia rindukan pelukan hangat bersama mamanya. Terasa begitu nyaman dan selesa. Dia sendiri sudah lupa kali terakhir dia bermanja dengan mamanya sebegini. 

Puan Haliza tertawa kecil mendengar kata-kata anaknya itu.

"Iyelah tu."

"Betul la. Lily tak puas lagi nak bermanja dengan mama Lily ni," ujar Nayli seraya mengemaskan lagi pelukannya. 

Puan Haliza tersenyum bangga. Pandangannya jatuh pada wajah polos Nayli. Dia bersyukur kerana dikurniakan Allah anak sebaik Nayli. Dia sendiri tidak percaya yang anaknya ini sudah meningkat dewasa. Dia masih ingat lagi memori ketika dia melahirkan Nayli. Betapa berdebarnya dia menanti saat itu. Semua kesakitan yang dia rasai saat itu hilang sebaik sahaja wajah mulus anaknya itu dilihat untuk pertama kali di dalam labour room. Dia tidak menyangka sudah banyak masa yang telah berlalu. Dia mengaku dia bukanlah seorang ibu yang baik. Sejak Nazif muncul dalam kehidupan mereka, perhatiannya terhadap Nayli agak berkurangan. Tetapi dia beryukur kerana Nayli tidak banyak kerenah dan faham akan keadaannya.

"Mama!! Ma ada nampak tak..." laungan Nazif terhenti tatkala dia ternampak kakaknya berpelukan dengan mamanya. "Apa ni? Family hug tak ajak!"

Pelukan Nayli dan Puan Haliza terungkai. Mereka sama-sama ketawa memandang Nazif. Adiknya yang seorang itu mula lah nak cemburu kalau dia bermesra dengan mama. Sememangnya anak manja!

"Kacau daun betullah Zif ni! Sibuk je," marah Nayli kepada adiknya.

"Zif pun nak peluk jugak!" Nazif menghampiri dua beranak itu sambil mendepakan tangannya seluas yang mungkin. Puan Haliza dipeluknya sebelum dia menarik kasar kakaknya itu ke dalam pelukan mereka.

Tersentak Nayli dengan tarikan kasar adiknya ke dalam pelukan itu. Dia terasa bahagia sangat ketika ini. Kalau boleh dia tak nak saat ini berlalu. Kalaulah dia mampu memberhentikan masa, saat ini tidak akan dilupakannya sampai bila-bila. Semoga kehidupannya yang baru esok adalah lebih baik daripada hari ini. Semoga dia, mama dan Nazif akan sentiasa diberikan kebahagiaan seperti ini, doanya di dalam hati. Amiin.

"Akak! Termenungkan apa tu?" sergah Nazif dari belakang. Asyik betul kakaknya merenung bulan yang menerangi malam itu.

"Tak ada apa saja je tengok bulan. Malam ni bulan penuh." 

Sebenarnya memang betul pun dia tengah termenung teringatkan seseorang. Entah kenapa sejak kemenjak ni selalu betul dia teringatkan lelaki itu.

"Kalau awak rindu saya, awak tengok bulan. Awak tahu kenapa?" soal Khalish.

Nayli menggelengkan kepalanya.

"Sebab bulan tu satu. Kalau awak tengok bulan tu dari sini, dan saya tengok dari sana kita akan tengok bulan yang sama,"ujar Khalish.

Nayli tersenyum sendiri mengenangkan kembali peristiwa itu. Dia ingat lagi waktu itu dia kurang faham apa yang dikatakan Khalish, entah apa kena-mengenanya bulan itu dengan rindu, tapi dia iyakan saja. Khalish waktu kecil-kecil dulu memang manisnya tahap potong kaki. Padahal usianya baru 10 tahun pada waktu itu. Entah dari siapa yang diikutnya. Nayli menggeleng perlahan senyuman yang diukir masih melekat pada wajahnya. Ada-ada saja Khalish ni!

Waktu itu dia dan Khalish memang suka pandang bulan malam-malam begini. Sehinggakan mereka tertidur di pangkin nenek. Dia masih ingat lagi Khalish pernah dimarahi nenek kerana balik lewat hampir pukul 12 tengah malam. Mujur rumah mereka sebelah-menyebelah tak lah nenek risau sangat. 

Nazif pelik melihat kakaknya tiba-tiba je sengih sorang-sorang. Sengih pada siapa? Dipandangnya keluar tingkap. Tiada sesiapa. Seram sejuk pula dibuatnya. 

****

"Ayish, tak tidur lagi?" 

Khalish memaling ke arah suara yang memanggilnya. Wajah nenek tersembul di muka pintu. Perlahan neneknya menapak ke arahnya. Orang tua itu melabuhkan punggung di birai katilnya. Buku di tangan ditutup dan diletakkan di atas meja bersebelahan katil.

"Ada apa nek?" soalnya. Pelik bin hairan juga tiba-tiba neneknya itu kuat pula memanjat tangga ke tingkat dua.

"Ayish ingatkan pasal esok?"

Khalish tersentak. Dia hampir-hampir sahaja terlupa tentang esok. 

"Nek, Ayish rasa Ayish tak boleh nak ikut la esok. Sorry. Ayish ada study group dengan kawan,"ujarnya. Bukannya dia sengaja, dari awal lagi memang dia sudah berjanji dengan Maya untuk esok. Takkan nak mungkiri janji pula? Nanti dia kena cop munafik pula.

"Hah! Tengoklah tu. Alasan! Kamu ni kenapa Ayish? Setiap kali nenek ajak kamu ke sana macam-macam alasan kamu bagi. Itulah inilah. Kamu dah benci sangat ke nak ke sana? Apa salah diaorang kat kamu?" Marah neneknya. Dia sendiri sudah penat menasihati cucunya ini. Entah apa yang tidak kena dia sendiri kurang pasti. Setiap tahun dia mengajak Khalish pulang ke kampung ada saja 1001 alasan yang dia bagi.

Khalish menarik nafas dalam-dalam. 

"Bukannya Ayish sengaja nak bagi alasan nek..." belum sempat dia mahu meneruskan kata neneknya terlebih dahulu memotong.

"Suka hati kamulah Ayish, buatlah apa yang kamu rasa betul. Nenek dah tak kisah dah." Neneknya bingkas bangun dan melangkah keluar. Geram dengan cucunya yang seorang itu.

Khalish menghantar langkah neneknya itu dengan pandangan matanya. Dia mengaku memang dia selalu bagi macam-macam alasan sebelum ini tetapi kali ini dia betul-betul sudah berjanji, bukannya dia sengaja-sengaja hendak memberi alasan. Khalish mengeluh. Langkah diatur ke veranda. Langit yang diterangi bulan dan bintang diamatinya. Terasa damai sedikit hatinya yang dipenuhi dengan pelbagai masalah. 

Pandangannya teralih pula pada bulan yang satu itu. Serta-merta kenangan itu kembali berputar di dalam fikirannya bak pita rakaman. Tipulah kalau dia kata dia lupakan budak perempuan itu. Budak perempuan yang cengeng dan kuat merajuk. Nayli Madeena, nama yang indah seindah tuannya. Satu-satunya nama yang terpahat di hatinya sejak dulu lagi. Semakin cantik atau semakin comel? Khalish berkira-kira sendiri.

Tak sangka kita akan berjumpa lagi. Khalish tersenyum sendiri.

###

Okay... any words? Ada kata-kata terakhir sebelum kita menginjak ke bab 3?

Awak, Nak Kahwin Dengan Saya Tak?Where stories live. Discover now